Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

By | 19/10/2016

kira-kira urus kewangan perniagaan kecilKali ini saya nak kongsikan bagaimana nak urus kewangan perniagaan kecil. Perkara ini wajib dilakukan oleh para usahawan yang mahu pergi lebih jauh dalam perniagaan yang sedang dilakukan.

Saya tak terangkan secara terperinci sebab tak perlupun sebenarnya, jika anda memang seorang usahawan yang dahpun berniaga.

Anda hanya perlu ambil panduan mudah ini dan terus lakukan dalam keadaan peka dan belajar dari amalan dan bukannya hanya secara teori.

Urus kewangan perniagaan praktikal

Macam yang selalu saya tekankan, amalan adalah lebih penting dari teori yang mendalam dalam bab berniaga ni. Teori mendalam yang biasa didedahkan kepada para pelajar di universiti sebenarnya lebih khas untuk menjadi pengurus yang makan gaji.

Bagi usahawan, boleh dikatakan apa yang para pelajar universiti belajar tu, majoriti besarnya mereka tak berapa pakai sangat.

Tak percaya cuba pergi tanya usahawan yang ada kelulusan akaun samada ijazah atau diploma, silap hari bulan, mereka sendiri tak jaga akaun sebagaimana yang mereka belajar dalam kelas bertahun-tahun dulu.

Walau bagaimanapun, semakin besar perniagaan anda, semakin perlu tahu lebih mendalam sedikit hal ehwal serta terma akaun dalam perniagaan. Ini lebih memudahkan anda untuk menguruskan masalah kewangan secara sistematik.

Terutamanya pengukuran indeks-indeks tertentu dalam memahami kedudukan kewangan perniagaan yang sedang dijalankan. Supaya para usahawan kecil tak pening dan terus rasa fobia dengan segala terma pelik akaun tersebut, tak perlulah saya cuba terangkan semua perkara tersebut.

Saya ambil tahu sedikit sebanyak segala maklumat dan terma akaun itupun disebabkan cuba nak faham lebih jauh lagi berkenaan kewangan setelah perkara asas dilakukan. Ertinya, rasa ingin tahu itu akan datang setelah anda buat perkara asas dulu. Jadi jangan risau. Masanya akan tiba di mana anda sendiri akan pergi cari bila perlu nanti.

Tips urus kewangan perniagaan kecil

Saya akan buat dalam bentuk point supaya ianya lebih ringkas dan lebih mudah faham. Anda boleh buat satu persatu apa yang saya kongsikan di sini dalam urusan kewangan perniagaan anda nanti. Elok catit dalam buku nota kecil aau print saja artikel ini dan lekatkan pada dinding pejabat kecil anda tu.

  1. Perkara asas yang paling penting dalam perniagaan adalah Tabiat. Bila tabiat dah ok, urusan no 2 penting dalam perniagaan pula adalah kewangan.
    1. Bila anda kuasai tabiat, anda mampu kawal emosi. Kemampuan kawal emosi membolehkan anda kawal kewangan.
    2. Untuk kawal duit, anda perlu lihat nombor atas kertas dan bukannya cuba congak dalam kepala atau cuba hafal. Jangan beratkan kepala anda dengan hafal nombor, tak ada faedahnya.
    3. Jika anda mampu kawal duit, maka lebih mudah untuk kuasai perniagaan anda dengan baik. Jadi, secara mudahnya, kawal duit, membawa kepada kemampuan untuk kawal perniagaan. Ingat itu !.
  2. Perkara asas urus kewangan perniagaan anda bermula dengan lima perkara berikut:
    1. Catit kesemua jumlah jualan – Bab inipun ramai yang agak konpius. Bila saya tanya, ” berapa jualan ? “, mereka akan tanya balik, ” jualan kasar ke ? “. Tak ada kasar tak ada halus. Jualan adalah jumlah ringgit yang pelanggan bayar untuk dapatkan produk atau khidmat anda, noktah ! tak ada kasar tak ada halus, ok !.
      • Bila anda catit jualan, akan wujud jumlah jualan harian berdasarkan pelanggan, jumlah jualan mingguan, bulanan dan seterusnya tahunan.
      • Kesemuanya jualan mingguan, bulanan atau tahunan akan dapat secara automatik bila setiap hasil jualan direkodkan. Ertinya, kerja ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja untuk dapat semua jumlah yang lain. Mudah bukan ?
    2. Catit kesemua kos jualan – Kos jualan adalah kos yang perlu dikeluarkan bila berlaku jualan. Ertinya, kalau tak berniaga, tak perlu keluarkan duit.
      1. Usahawan yang bijak, mampu kira setiap kos jualan untuk setiap produk atau servis yang dijual pada pelanggan. Walau bagaimanapun, biasanya kos tersebut adalah rumusan setelah dibuktikan secara praktikal.
      2. Contohnya, anda jual nasi lemak hari itu sebanyak RM200. Sebungkuspun tak ada yang terbuang. Untuk buat jumlah nasi lemak untuk menghasilkan jualan sebanyak RM200 itu, anda perlu beli bahan mentah, campur dengan kos logistik dan kos tenaga seperti api dan lain-lain untuk buat nasi lemak.
      3. Catit kesemua duit keluar untuk buat perkara kat atas tu, lebih baik lagi jika dapatkan segala resit pembelian. Katakan kosnya adalah RM100. Dalam kes ini, kos jualan anda adalah RM100.
      4. Urusan mencatit kos jualan ini adalah satu lagi kerja yang perlu dilakukan secara harian. Ada bahan yang anda perlu beli secara pukal dan dipakai selama sebulan. Jangan risau, simpan resit belian itu dan bila cukup sebulan, anda hanya perlu campur kesemua kos jualan itu secara pukal satu persatu. Dan anda akan dapat kos jualan untuk tempoh sebulan.
    3. Kira untung kasar – Urusan kira untung kasar ini hanya boleh dilakukan jika anda buat kerja no 1 dan no 2 di atas. Biasanya lebih mudah buat kiraan untung kasar secara sebulan.
      1. Kira hasil jualan selama sebulan. Dalam kes nasi lemak tadi katakan jumlah jualan sebulan adalah RM5 ribu
      2. Kira kos jualan selama sebulan. Dalam contoh nasi lemak tadi, katakan kos jualan adalah RMRM2500
      3. Jumlah untung kasar perniagaan nasi lemak anda adalah Hasil jualan ditolak kos jualan (1-2), dalam kes nasi lemak tadi, Untung kasar anda adalah RM5,000 – RM2,500 = RM2,500
      4. Maka, keuntungan kasar perniagaan anda sekarang adalah RM2,500. Ertinya, peratusan untung kasar anda adalah 50%. Ini kita boleh panggil sebagai Gross Profit Margin
    4. Kira kos perniagaan tetap РIni segala kos lain dalam perniagaan anda yang perlu dibayar secara tetap setap bulan samada berniaga atau cuti raya. Contohnya gaji, sewa tapak, gaji pekerja yang dibayar secara bulanan, pinjaman tekun, bil telefon dan lain-lain, ansuran foodtruck.
      1. Dalam kes nasi lemak, kita andaikan Gaji anda RM1 ribu, gaji pekerja RM500, sewa tapak RM100, bayaran tekun RM300, ansuran foodtruck RM500, bil telefon dll RM100.
      2. Kesemua jumlah perniagaan kat atas tadi adalah RM2,500
    5. Kira untung bersih – Jika anda perhatikan, kos tetap perniagaan tak perlu buat banyak kerja catitan sebab anda boleh ingat sendiri semua kos itu dalam kepala. Ia adalah kos tetap yang pasti berlaku dan dikejar samada anda ingat atau tidak ingat.
      1. Untung bersih = Untung kasarKos perniagaan tetap
      2. Dalam kes nasi lemak perniagaan anda mencatitkan untung kasar sebanyak RM0. Tak untung dan tak rugi.
  3. Dalam contoh perniagaan nasi lemak tadi, anda dapat satu lagi perkataan penting dalam perniagaan anda. Perkataan tersebut adalah ‘Breakeven’ atau ‘Titik Pulang Modal’. Ertinya jumlah jualan yang membolehkan anda tak untung dan tak rugi. Jumlah jualan breakeven perniagaan nasi lemak di atas adalah sebulan RM5,000.
    1. Untuk pastikan perniagaan anda mencatitikan keuntungan, maka wajiblah jualan bulanan perniagaan nasi lemak anda itu mencatitkan nilai jualan lebih tinggi dari RM5 ribu sebulan.
    2. Dengan mengetahui titik breakeven atau titik pulang modal itu, anda akan dapat gambaran yang lebih jelas apa yang perlu dilakukan untuk buat perniagaan anda dapat keuntungan.
    3. Anda perlu ingat urusan titik pulang modal ini sebab, salah satu sebab paling banyak perniagaan gagal adalah disebabkan jumlah jualan selalu berada di bawah titik pulang modal.
  4. Daripada kesemua tips kat atas itu, jika anda lakukannya secara rutin dan istiqamah, anda akan mampu melakukan 3 lagi perkara penting dalam bab urus kewangan perniagaan kecil anda. 3 perkara tersebut adalah,
    1. Memahami penyata aliran kewangan bulanan perniagaan anda. Bila anda boleh susun setiap bulan semua maklumat di atas tadi dan buat analisa perbandingan setiap bulan perkembangan perniagaan anda. 5 maklumat penting tersebut adalah,
      • Jualan
      • Kos Jualan
      • Untung Kasar
      • Kos Perniagaan tetap
      • Untung Bersih
    2. Maklumat perbandingan penyata aliran kewangan itu boleh dijadikan panduan untuk strategi meningkatkan keuntungan perniagaan. Saya dah tulis bab peri pentingnya tingkatkan keuntungan ini dalam artikel yang lalu. Nanti akan saya kongsikan pula strategi nak naikkan keuntungan perniagaan anda dalam artikel yang lain pula.
    3. Akhir sekali, dari maklumat penyata aliran kewangan anda di atas tadi, unjuran kewangan perniagaan anda untuk bulan-bulan seterusnya yang akan datang boleh dilakukan. Ini lebih kepada kerja sasaran tingkatkan jualan dan sasaran kurang kos perbelanjaan.
      • Unjuran lebih seronok dilakukan setelah anda rangka strategi tingkatkan keuntungan yang saya nyatakan kat no 2 di atas tu.

Artikel ini dah jadi amat panjang. Tapi saya rasa, anda yang berniaga tentu tak rasa ianya panjang sebab bab ini penting. Hadamkan terlebih dahulu dan amalkan segera.

Dalam artikel yang akan datang akan saya kongsikan pula bagaimana nak buat untuk tingkatkan keuntungan bersih dalam perniagaan anda. Itu bab yang amat penting dan menyeronokkan untuk dilaksanakan sampai berjaya.

Sebenarnya, dah banyak artikel berkenaan bab urus kewangan perniagaan kecil ini saya buat dalam blog ini tanpa jemu.

Saya pulun tulis dan kongsikan pada semua supaya anda semua yang berniaga dan menjadi pembaca tetap blog ini, berjaya dalam perniagaan masing-masing dan mampu besarkan perniagaan.

Tak ada bayaran yang saya minta, semuanya ikhlas untuk anda semua supaya semua orang berjaya, terutamanya buat mereka yang dok minta saya berikan Biz Coaching pada mereka tapi masih tak dapat saya tunaikan.

Urus kewangan perniagaan anda, insyaallah anda lebih mudah untuk berjaya !

Selamat beramal.

6 thoughts on “Tips ringkas urus kewangan perniagaan kecil yang wajib dilakukan

  1. Azwan

    Komen yang pahit tapi benar. Tambahan bagi orang baru macam saya, mulanya malas sangat nak mencatit. Cuma ambil jumlah berapa dapat, berapa keluar sahaja. Apabila belajar betul-betul bagaimana nak trace setiap perbelanjaan, barulah sedar kepentingannya. Baru tahu dimana boleh dibaiki, dimana perlu dijaga.

    Reply
  2. usry

    Ramai di antara peniaga kecil yang menganggap duit perniagaan adalah duit peribadi dan duit peribadi adalah duit perniagaan. kesannya, duit pernaiagaan bercampu aduk dengan duit peribadi, lama-lama ada yang ‘makan modal’ kerana terpaksa ‘cover’ duit belanja harian untuk dijadikan modal.
    usry recently posted…Peniaga kecil dan cabaran ekonomi semasa.My Profile

    Reply
  3. Zaini

    Terima kasih tuan. Artikel yang sangat berguna kerana mengingatkan akaun perniagaan sebab ianya sangat-sangat penting.

    Untuk akaun, biasanya apa yang kami wujudkan 5 kira-kira iaitu:
    1. Jualan
    2. Belian
    3. Belanja
    4. Modal
    5. Ambilan

    Daripada data-data ini, boleh nampak ROI, pulangan modal, untung rugi dan sebagainya. Juga boleh letak target pada bulan-bulan berikutnya.
    Zaini recently posted…Bajet Terhad? Ini Dua Cara PenyelesaianMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge