Fahami cara penggunaan wang

By | 28/05/2012

Salah satu kelebihan orang yang fahami cara kegunaan wang adalah dia mampu memaksimumkan cara penggunaan wang.

Untuk fahami cara penggunaan wang di zaman moden ini, mari kita cuba jawab kuiz berkenaan penggunaan wang yang selalu orang kaya amalkan.

Mari kita cuba baca dan jawab satu kuiz ringkas di bawah.

Kalau anda rasa macam dah pernah dengar soalan begini dan mahu beredar, nanti dulu sebab dia berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Baca sampai habis untuk mendapat faedahnya.

Kuiz berkenaan fahami cara penggunaan wang

Anda diberi 2 pilihan, sila pilih salah satu daripada situasi berikut:

  1. Anda diberikan wang sejumlah RM100,000 setiap hari untuk selama 28 hari.
  2. Anda diberikan wang sebanyak 1 sen pada hari pertama, 2 sen pada hari kedua, 4 sen pada hari ketiga, 8 sen pada hari 4 dan begitulah seterusnya sehingga 28 hari.

Sekarang agaknya mana satu yang akan anda pilih. Ada dua jenis cara untuk memilih bergantung pada bagaimana anda dibesarkan dan dididik tentang falsafah kewangan. Pertama orang yang memilih pilihan pertama atas alasan ambil sahaja apa yang ada didepan anda yang nyata tanpa perlu berfikir panjang lagi.

Golongan yang kedua pula lebih panjang akalnya dan mula berfikiran pilihan kedua nampak macam berbeza dan sudah tentu ada sesuatu di sebaliknya. Mesti ada trick.

Agaknya anda dari kumpulan mana. kumpulan pertama yang pantas bertindak atau kumpulan kedua yang sedikit panjang akal. Baik kita kira jumlah yang bakal anda dapati daripada setiap pilihan yang diberikan di atas.

Untuk pilihan yang pertama anda akan mendapat sejumlah RM2.8 juta setelah genap 28 hari. Manakala bagi pilihan kedua anda akan mendapat sejumlah RM2,684,354.56 setelah genap 28 hari. Anda lihat jika anda pilih pilihan kedua anda kerugian sebanyak RM115,000 berbanding pilihan pertama.

Apa yang boleh kita simpulkan daripada quiz di atas adalah. Bila sentuh tentang masalah kewangan, anda tidak ada cara yang paling ringkas dan selamat dan terbaik melainkan dengan mengira. Gunakan kalkulator anda dan jangan sesekali mencongak atas persepsi atau apa-apa saja. Tidak ada rasa-rasa dalam bab kewangan, semuanya perlu dikira dengan terperinci.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Fahami cara penggunaan wang

  1. Zamree

    Assalamualaikum Tn Shubhi, dengan pantas saya memilih cara yang kedua berdasarkan andaian segera secara gandaan (kononnya) akan menghampiri infinit namun bila Tn Shubh beritahu jawapan yang pertama adalah lebih menguntungkan (lebihan RM115,000) membuatkan saya akui bahawa dalam perniagaan, tak boleh ada rasa-rasa.

    Ianya perlu kepada pengiraan. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    -Warih Homestay-
    Zamree recently posted…Warih Homestay – Meh Makan Festival 2016My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge