Apakah mendalami ilmu kepakaran anda limitkan kreativiti?

By | 07/06/2012

Ada orang berkata mereka yang terlalu menumpukan pada subjek kepakaran mereka sahaja tanpa meluaskan pengetahuan pada subjek yang lain akan mengakibatkan daya kreaviti mereka tumpul.

Betulkah anggapan sesetengah orang itu. Atau adakah kita akan lebih kreatif jika memberikan tumpuan penuh dengan mendalami subjek kepakaran kita sahaja dengan lebih terperinci.

Jika diikutkan dasar hidup ringkas yang saya fahami, kita sebagai manusia biasa tidak mampu mendalami terlalu banyak perkara dalam masa yang sama.

Dengan umur dan keupayaan kita yang terbatas itu, kita terpaksa memilih hanya beberapa perkara tertentu saja yang kita minat dan memberikan sepenuh tumpuan pada perkara tersebut manakala perkara yang lain eloklah kita tinggalkan agar kita tidak menjadi berserabut.

Hidup menjadi lebih ringkas jika kita yang bermula sebagai seorang guru, lalu memberikan tumpuan yang mendalam sebagai seorang guru dan mendalami segala ilmu yang ada berkenaan perguruan serta cabang-cabangnya.

Perkara selain daripada menjadikan kita seorang guru yang terbaik eloklah kita tinggalkan sahaja agar masa yang ada pada kita bermakna.

Tetapi saya lihat ramai daripada para guru yang saya kenal mengambil sikap sambil lewa dengan kerjaya perguruan mereka.

Selain daripada menjadi guru mereka banyak menghabiskan masa dengan berniaga, pergi ke laut menjadi nelayan, dan menambahkan ilmu-ilmu yang tidak dapat membantu kecemerlangan mereka sebagai seorang guru.

Bukankah hidup mereka lebih ringkas mudah dan berkesan jika segala tumpuan diberikan pada aktiviti menjadi seorang guru yang terbaik di dunia.

Walau apappun itu hanyalah sebagai contoh untuk kita fikirkan.

Pendapat saya sebenarnya telah disokong oleh satu kajian yang mendapati bahawa mereka yang kreatif dan menghasilkan pencapaian yang hebat lagi menakjubkan datangnya daripada golongan yang memberikan sepenuh tumpuan mereka kepada subjek kepakaran mereka.

Kajian itu juga mendapati tumpuan penuh terhadap subjek kepakaran secara mendalam tidak menyebabkan seseorang itu hilang daya kreativiti malah ia berlaku sebaliknya.

Baca kajian tersebut di buku yang bertajuk:Talent Is Overrated: What Really Separates World-Class Performers from EverybodyElse

Oleh itu jika anda suka hidup anda ringkas sederhana tetapi penuh kejayaan dan hebat anda perlu pastikan dari sekarang apa sebenarnya yang anda mahu, suka dan cenderung untuk mendalaminya.

Setelah anda dapat jawapannya, maka berilah sepenuh tumpuan pada subjek tersebut sedalam-dalamnya dan tinggalkanlah saja perkara yang lain.

Jika anda mahu jadi seorang ahli peniagan, dalam masa yang sama tak payahlah menjadi seorang ahli politik, begitulah contohnya.

Masa hidup terlalu singkat, hidup kita lebih bermakna jika kita degil dengan hala tujuan kita. Walaupun sesuatu aktiviti itu baik, tetapi hakikatnya tidak mendatangkan faedah kepada hala tuju hidup kita elok tinggalkanlah sahaja.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge