Perasan bagus berpada-pada

By | 13/01/2013

Bagi anda yang rajin solat berjemaah, andaikan sedang bergegas masuk ke masjid atau surau kerana imam sudah memulakan solat.

Ketika melalui pagar Masjid kelihatan seorang abang atau pakcik sedang duduk atas motosikal seperti sedang menunggu seseorang yang sedang berada di dalam Masjid.

Kali pertama, mungkin anda tak berapa perasan. Tapi kali kedua, ketiga dan seterusnya, orang yang sama berada di situ dalam situasi sama sudah tentu rasa pelik. Tentu akan terlintas soalan dalam hati kenapa dia ni tak masuk sertai sekali solat berjemaah?

Dalam situasi begitu apa yang anda lakukan? mungkin:

  • Tak buat apa-apa kerana tak pernah ambil perduli terhadap orang lain selain daripada diri sendiri.
  • Rasa meluat pada orang seperti itu yang anda rasa teramat bangang sanggup berada berhampiran Masjid ketika orang ramai sedang solat berjemaah sedangkan dia buat tak tahu dan tak teringin langsung masuk untuk sama-sama selesaikan tugasan mulia itu. Tapi anda tak buat apa-apa, sekadar melirik mata padanya dengan wajah meluat.
  • Rasa meluat dan merenung tajam pada muka orang itu setiap kali melintas di hadapannya ketika anda sedang kalut masuk ke kawasan masjid.
  • Rasa meluat dan terus menegurnya dengan kasar, “apa salahnya tuan masuk menunaikan solat sama-sama…?
  • Rasa hairan dan ingin membantunya.
Pengalaman saya
Ketika tinggal di kawasan Kampung Melayu Subang dulu saya sering menunaikan solat ke surau. Surau tersebut mengadakan kelas Al-Quran pada kanak-kanak yang tinggal di kawasan tersebut pada sebelah petang. Kebiasannya ia berlanjutan sehingga masuknya waktu magrib.
Setiap kali melalui pintu pagar kelihatan seorang abang sedang duduk atas motor menunggu anaknya keluar habis mengaji. Dia selamba saja menunggu walaupun orang sedang solat berjemaah magrib di dalam surau. Sebaik saja anaknya selesai dia akan membawa anaknya pulang dan begitulah setiap hari.
Siapa tak rasa pelik dengan sikap begitu. Kalau dia hantar anaknya mengaji, sudah tentu dia seorang muslim. Nak kata dia uzur, dia adalah seorang lelaki. jadi apa yang tak kena dengan abang ni?
Pada mulanya saya rasa meluat dengan sikap hebatnya itu. Kemudian saya terfikir perasaan tersebut timbul daripada rasa perasan saya bahawa saya lebih baik daripadanya. Ada perasaan berlagak mengembang dalam hati yang saya lebih bagus darinya.
Apa yang saya buat adalah cuba membuang perasaan rasa diri sendiri bagus terlebih dulu. Memang sukar rupanya dan saya akui tak boleh buat begitu.
Saya berlakon seolah-olah saya tak perasa dia saban hari berada di depan surau menunggu anaknya dan sengaja lalu betul-betul berhampiran dengannya ketika mashu masuk kawasan surau. Sebaik saja dekap, saya bertanya soalan atau bercakap sambil lalu padanya berdasarkan kesesuai seperti:
  • Orang dah iqamah ke abang?
  • Orang dah mula solat ke abang?
  • Dah lama ke solat bermula?
  • Eh dah iqamah, jom cepat masuk…?
Begitulah soalan-soalan contoh yang sengaja saya bualkan secara sambil lalu setiap kali melaluinya.
Satu hari, dia tidak ada lagi di depan pintu pagar surau tersebut dan saya tercari-cari di mana dia menunggu. Mungkin dia rimas dengan soalan-soalan sengaja saya, terasa, lalu menjauhkan diri dari kawasan lalauan saya.
Begitulah fikiran buruk saya yang masih lagi rasa orang lain lebih teruk dari diri sendiri. Tetapi apabila masuk ke surau kelihatan abang itu sedah menyertai jemaah bersolat Magrib bersama.
Sejak itu saya lihat dia menjadi ahli tetap berjemaah, mengikuti semua kuliah yang diadakan di surau dan yangh lebih penting sekali dia sentiasa lebih awal dan lebih istiqamah daripada saya. Saya pula yang sepatutnya rasa malu padanya.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Perasan bagus berpada-pada

  1. Norhafis Nordin

    Assalamualaikum En Bee..
    Tentang situasi di atas, saya memandang dari perspektif begini. Kita bersangka baik kpd ‘mereka’ itu dan hanya Allah subhanahuwataala yang Maha Mengetahui tentang segala apa yang ‘dia’ sedang hadapi. Tak rugi bersangka baik.
    Kalau betul pun dia tak ‘hadap’ nak berjemaah sekali, apa kata kita sama2 doakan agar ‘dia’ agar ‘dia’ terdetik hati utk berhijrah.
    Itu sahaja pandangan saya, saya masih banyak kelemahan. Mohon nasihat dan pencerahan jika terkhilaf kata.

    Ikhlas,
    Bobo

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Mengajak pada kebaikan dgn 3 cara:
      1. Dengan aksi seperti sediakn kemudahan, tolong beri kenderaan dan lain-lain.
      2. Dengan ucapan yang bersesuai dan berhikmah seperti berbincang cuba memahami, nasihat, marah, berhujah dll.
      3. Dengan berdoa (dalam hati) agar orang yang disasarkan berubah dan diberikan hidayah. Ini sekecil-kecil usaha dan paling lemah. namun lebih baik daripada tak ada rasa apa-apa.

      nampaknya En Bobo pilih yang ketiga…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge