Apa yang boleh kita belajar dari kapal layar

By | 12/08/2012

Pernahkah anda naik kapal layar? kalau tak pernah tak apa sebab saya sendiri tak pernah. Yang penting sekali adalah kita kenal apa itu kapal layar. Kalau nak tahu lebih lanjut ikuti kejohanan kapal layar Terangganu bila ianya diadakan.

Ada pelajaran cukup penting yang kita boleh ambil iktibar daripada kapal layar. Jika kita memahaminya dan menterjemahkannya dalam kehidupan, kita akan berjaya tidak kira dalam apa saja perkara yang kita lakukan.

Angin memainkan peranan yang cukup penting dalam pelayaran kapal layar. Jika kita lihat bagaimana orang kendalikan kapal layar, kita boleh simpulkan ada dua perkara penting yang perlu dilakukan untuk mengawal perjalanannya.

  1. Mengawal arah dan kekuatan angin.
  2. Mengawal layar pada kapal.
Cuba anda pilih mana satu yang biasa orang lakukan antara 2 pilihan di atas. Jika anda membuat pilihan yang pertama, maknanya anda seorang yang luar biasa dan tidak memerlukan apa-apa motivasi lagi.
Kebiasannya apa yang para pelayar dapat lakukan adalah mangawal layar pada kapal. Pelayar akan melihat angin yang datang dan dari situ menggunakan layar pada kapal untuk menggerakkan kapal mereka pada hala yang mahu ditujui.
Dalam kehidupan kita ada banyak perkara yang kita tidak dapat kawal. Contohnya dilahirkan dikalangan keluarga susah, lahir tidak handsome dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang tidak ada sikap positif, semua itu dijadikan alasan untuk mereka tidak melakukan apa-apa perubahan.
Bagi mereka yang bersikap positif, apa saja yang ada pada mereka diterima seadanya dan mereka akan menyesuaikan diri berdasarkan keadaan sekeliling untuk maju ke depan. Mereka gunakan apa yang mereka ada untuk kelebihan mereka.
Seorang peniaga tidak dapat mengawal sikap serta kehendak para pelanggannya. Tetapi sebaliknya dia mampu mengawal produk yang mahu ditawarkan. Oleh itu adalah lebih bijak dia mengikut permintaan pelanggan dan menawarkan produk yang kehendaki mereka.
Kita tidak boleh mengubah perasaan orang terhadap kita sebaliknya kita boleh mengawal perasaan kita dan menyesuaikan diri dengan sikap orang. Jangan mengharapkan semua orang berubah menurut kehendak kita sebaliknya kitalah yang perlu berubah sikap menyesuaikan diri dengan orang lain. Lebih mudah mengubah diri kita sendiri daripada mengubah orang lain.
Ringkasnya, apa yang kita miliki sebenarnya tidak berapa penting berbanding dengan apa yang kita buat dengan apa yang kita miliki. Jangan cuba ubah perkara yang diluar kawalan kita sebaliknya ubahlah sikap kita agar sesuai dengan apa yang berlaku dipersekitaran.
Ingat falsafah penting ini:
“Kita tidak boleh mengawal angin, tetapi kita boleh mengawal layar”
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge