Bagaimana tanam azam niaga dan laksanakannya

By | 30/05/2012
Bagaimana nak tanam azam niaga dan laksanakannya

Tanam azam niaga atau apa saja azam baru memang sesuatu yang mudah. Tetapi membina tekad untuk melaksanakan azam niaga atau apa saja azam yang telah kita buat itu merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan orang.

Dengan gangguan suasana sekeliling yang cukup mencabar sekarang ini, kita terlalu mudah untuk dilencongkan dari melaksanakan apa yang telah kita azamkan.

Jika anda ada azam niaga untuk dilaksanakan atau apa saja azam-azam hebat lain, jangan risau dan kusutkan kehidupan dengan masalah itu.

Relaks dan cuba amalkan tiga petua mujarab dibawah:

  1. Latih diri dengan membuat azam mudah.
    • Berlatihlah buat dan melaksanakan azam yang paling mudah terlebih dahulu. Contohnya buat azam untuk tudur awal 5 minit daripada biasa.
    • Kajian menunjukkan aktiviti melaksanakan sesuatu perkara yang mudah seperti duduk tegak ketika melakukan kerja di pejabat mempunyai kesan latihan mental yang sama hebat dengan cubaan melaksanakan perkara lain yang lebih sukar seperti berhenti merokok atau menurunkan berat badan.
    • Oleh itu buat satu azam yang kecil dan mudah untuk melatih kawalan minda anda sebagai persediaan yang lebih besar seperti melaksanakan azam niaga dan sebagainya.
  2. Buat satu demi satu.
    • Jangan kejar masa untuk cuba melaksanakan banyak azam dalam satu masa.
    • Ambil masa anda dan lakukannya perlahan-lahan. Setelah anda berjaya melakukan satu azam yang kecil dan mudah secara istiqamah, barulah beralih pula kepada azam yang lain.
    • Begitulah kekuatan berazam dipupuk dan dilaksanakan sedikit demi sedikit sehinggalah satu masa nanti anda mampu untuk buat azam niaga dan laksanakannya.
  3. Pantau segala azam dan jangan ambil ringan.
    • Pantau dan pantau dan dapatkan pertolongan kawan-kawan atau saudara terdekat untuk menjadi pemantau bebas buat diri anda.
    • Lebih ketat pemantauan anda lebih terjamin kejayaannya sehingga ia beralih menjadi tabiat baru anda. Nyatakan pada mereka azam yang mahu anda laksanakan.
    • Jangan lupa buat catitan secara terperinci azam yang mahu dilaksanakn itu dan jika gagal, teruskan lagi berusaha sehinggalah ia meresap menjadi darah daging dalam diri anda

Kadang-kadang kita sering mengeluh terhadap sesuatu yang besar yang kita tanam azam tetapi tak dapat laksanakan.

Ini membuatkan kita terus lupa bahawa latihan tanam tekad secara kecilkecilan terlebih dahulu mampu meningkatkan kuasa kawalan minda.

Dengan minda yang yakin dan berpengalaman melaksanakan azam-azam yang kecil, anda mampu merealisasikan azam yang besar pula seperti azam niaga dan seumpamanya.

Sebagai contoh permulaan, jika anda pernah berazam untuk membaca Al-Quran satu juzuk sehari, apa salahnya anda ubah azam tersebut kepada membaca 1 atau 3 ayat sahaja sehari.

Ia lansung tidak memakan masa yang lama dan anda boleh lakukannya selepas selesai salah satu dari solat 5 waktu anda. Mari kita cuba amalkannya sedikit demi sedikit dan selepas ini insyaallah azam niaga anda akan terlaksana dengan mudah.

Anda boleh baca penerangan lanjut mengenai tips di atas dengan membacanya di sini.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Bagaimana tanam azam niaga dan laksanakannya

  1. Pingback: Nak berniaga tapi tak tahu nak niaga apa? Ini ada senarai 100 perniagaan anda boleh buat? – TIPS PELABURAN EMAS

  2. noorcahaya saruji

    Alhamdulillah sbb Allah pertemukan saya dgn encik Shubhi.. ilmu yg dsampaikan sgt berguna bermanfaat dan dapat dipraktikkan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge