Jangan tunggu nak mati, ubah sekarang!

By | 14/08/2012

Sampai setakat ini, dengan umur yang telah kita capai adakah kita pernah pandang ke belakang dan merasa silap dan sesal dan ingin mengubahnya bermula dari sekarang. Mungkin tak ramai yang berbuat begitu.

Kebanyakannya daripada kita akan terus leka dan melangkah terus sehinggalah tibanya satu masa kita rasa sudah tidak ada lagi langkah seterusnya. Maut sedang menunggu dan kita sudah tiada pilihan lagi.

Di kala itu agaknya adakah kita akan pandang semula ke belakang dan mula sesal dengan berbagai perkara dan rasanya ingin berpatah balik atau diberikan peluang sambung sedikit lagi talian hayat untuk kita berbuat sesuatu.

Kalau anda nak tahu jawapannya adalah YA! semua orang akan menyesal dengan berbagai perkara terutamanya perkara-perkara yang dia tidak buat sedangkan sepatutnya dia buat semasa hayatnya.

Apakah 5 perkara yang paling orang sesali di kala maut menghampiri dan ingin patah balik semula jika berpeluang? kita perlu ambil sesalan mereka ini sebagai pedoman agar kita yang masih sihat dan secara adatnya masih ada peluang melangkah ke depan tidak melalui sesalan yang serupa.

Berikut 5 perkara yang orang nak mati paling menyesal yang saya ambil dari pengalaman jururawat yang kerja menguruskan mereka yang tak ada harapan lagi untuk hidup.

  1. Hidup dengan mengikut apa yang orang lain jangkakan pada kita.
  • Hasilnya kita tidak pernah hidup sebagai mana yang kita hendak.
  • Kita lihat dari ilmu yang dipelajari banyak perkara tak betul yang ingin diubah. Tetapi tidak mampu kerana masyarakat melihatnya melihat sebaliknya, lalu kita membiarkan dan menurutinya.
  • Orang berjaya perlu ada kereta mewah, rumah hebat dan isteri jelita, itu jangkaan masyarakat lalu kita turuti kesemuanya walaupun ia banyak membebankan diri kita sendiri.
  • Menyesal sebab bekerja terlalu kuat.
    • Semangat untuk berjaya amat tinggi dan kita mengejarnya bersungguh-sungguh.
    • Kita buat berlebihan sehingga hidup tidak seimbang.
      • Kawan-kawan dilupakan
      • Ibubapa tidak dijenguk
      • Kesihatan tidak di jaga
      • Tidur kurang
      • Anak-anak terpinggir
      • Tiada masa beramal ibadah
      • Tidak sempat berjemaah di masjid dan surau
      • Tak kenal masyarakat
      • Tak sempat menikmati kehidupan
      • Tak pernah melihat kehebatan ciptaan Tuhan yang berbagai
  • Mengharapkan agar ada kekuatan untuk menyatakan apa sebenarnya yang dirasa.
    • Sebab nak jaga hati orang, kita pendamkan saja perasaan kita.
    • Kita tahan dan sabar sehingga kadangkala menyebabkan amok!
    • Banyak orang yang kita suka tidak tahu bahawa kita menyukainya sebab kita simpan tanpa diluahkan.
    • Kita teruskan buat perkara yang kita tak suka dan tidak berterus terang semata-mata ingin menjaga hati orang, hati keluarga atau hati pasangan.
    • Sikap memendam rasa banyak merobek kebahagian dan kepuasan hidup kita.
  • Menyesal kerana tidak menyambung silaturahim sesama kawan secara istiqamah.
    • Mustahil sepanjang menjalani kehidupan dari kanak-kanak sehingga tua tidak pernah kita menjalinkan persahabatan. Tapi kita tidak pandang penting nilai persahabatan lalu kita biarkan begitu saja.
    • Teman kampung menjadi kekok bila terserempak kerana kita tak pernah ambil peduli untuk mengekalkan persahabatan. Kita kehilangan teman berkongsi nostalgia membesar dikampung.
    • Hidup dengan hanya dikelilingi saudara yang tidak seramai mana tanpa kawan-kawan sebenarnya amat membosankan.
    • Kawan-kawan tempat berkongsi masalah, kebahagiaan, kebanggan, dan juga rakan perkongsina minat kita lupakan membuatkan diri menjadi kera sumbang dan hidup lansung tidak ceria.
  • Sesal kerana tidak pernah buat keputusan untuk bahagia.
    • Ramai yang berikan syarat untuk bahagia.
      • Bahagia hanya jika ada RM1 juta
      • Bahagia hanya jika ada isteri macam Wardina
      • Bahagian jika punya rumah banglo
      • Bahagia jika ada boss yang baik
      • Bahagia jika ada jiran yang bertimbangrasa
      • Bahagia jika punya kerja yang tidak membosankan dan lain-lain lagi
    • Sedangkan bahagia itu adalah keputusan diri kita sendiri. Bahagia atau tidak adalah merupakan pilihan. Buat keputusan untuk bahagia sekarang juga dan mula rasakannay. Ubah cara berfikir yang tidak membahagiakan.
    • Buat keputusan untuk bahagia tanpa bersyarat. Ertinya lihat apa yang kita ada dimana kedudukan kita dan nyatakan rasa syukur serta bisikkan semua yang aku ada ini cukup untuk membahagiakan aku.
    Mungkin banyak lagi yang akan kita sesalkan dikala sakaratul maut terutamanya terlalu kurangnya beramal. Tahap penyesalan kita sebenarnya bergantung kepada tahap ilmu yang kita ada. Dengan ilmu mana penting dan mana tidak penting dapat dibezakan, namun bukan perkata mudah untuk melaksanakan yang penting bila kita asyik terikut dengan definisi orang, tak mampu berterus terang dan tiada kawan yang memberikan galakan.
    Kita masih ada masa untuk berfikir dan berubah. Mulakannya sekarang!
    Author: Shubhi

    Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge