Kalau takut gagal, maknanya takut berjaya !

By | 05/09/2012
Takut gagal sama dengan takut berjaya
”¬†Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(Ash-Syar-h ayat 5 & 6)
Baca ayat di atas. Saidina Umar berkata satu kesukaran diapit oleh dua memudahan. Oleh itu tak perlu gentar pada kesukaran. Jangan takut gagal kerana dari kegagalan akan datang kejayaan.
Ramai yang mengalami kesukaran lalu berputus asa. Sikap berputus asa sudah pasti mengundang kegagalan.
Tapi ada segelintir yang merempuh kesusahan walau bagaimana sukar sekalipun. Samada kesukaran itu datang dalam bentuk kegagalan atau seumpamanya. Mereka tidak takut gagal, lalu kesabaran itu membuahkan kemudahan dalam bentuk kejayaan.
Kenapa ramai yang tak berani berniaga?
Samada suka atau tidak ia banyak berkait rapat dengan takut gagal. Jika itulah yang kita takutkan maka samalah juga dengan takutkan kejayaan. Sekali anda takut gagal, maka dua kali anda takut akan kejayaan.
Kita menghadapi kesukaran dengan hanya dua cara:
  1. Melarikan diri dan hidup dalam bayang-bayang
  2. Merempuhnya dengan sabar. Menghuraikannya satu persatu sehingga terbukalah kejayaan.
Jika anda yakin dengan ayat di atas dan sudah sewajibnya anda yakin, maka pilihlah pendekatan kedua di atas. Insyallah anda akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Namun ingat sambungan ayat di atas,
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”
(Ash-Syar-h ayat 7 & 8)


Disamping berusaha jangan lupa senantiasa memohon pada Tuhan. Jangan mohon pada selain Allah. Jika anda menemui seseorang untuk meminta bantuan ingat bahawa anda sekadar berusaha sedangkan anda memohon pada Allah.

Seandainya orang itu tidak dapat membantu, maka pertolongan Allah belum ada. Teruskan berusaha dan anda sesekali tidak akan kecewa.

Cerita pengalaman saya:

Ada sekali saya menempuh kesukaran untuk selesaikan gaji pekerja waktu awal-awal mula berniaga dahulu. Duitnya ada tapi sekadar atas kertas kerana pelanggan belum bayar.

Hanya dalam tempoh dua minggu lagi bayaran akan diterima sedangkan saya perlukannya pada masa itu untuk bayar gaji.

Puas saya berusaha, minta pada rakan kongsi yang juga pelabur, namun dia juga sedang kecut poket dan tak dapat membantu. Saya pasrah dan terima kerana walaupun saya meminta darinya saya sebenarnya yakin saya hanya berusaha sedangkan hakikatnya memohon pada Allah.

Buntu tiada lagi idea untuk mendapatkan RM5 ribu yang masih tak cukup, saya memandu kereta dan singgah minum seorang diri di Restoran mamak MZ, KL untuk cari idea.

Saya berdoa dalam hati agar Allah berikan jalan keluar. Tiba-tiba saya ditegur, “hoi Bihi!”.

Rupa-rupanya kawan lama yang dah lama tak jumpa. Dia terus duduk semeja minum dan berbual dengan saya sebab dah lama tak jumpa.

Dalam berbual itu dia bertanya samada saya ada masalah kerana dilihatnya saya macam sedang ligat berfikir.

Ya! ada masalah sedikit, jawab saya lalu menceritakan masalah duit tak cukup RM5 ribu untuk bayar gaji.

Dia lalu dengan selamba keluarkan buku cek dan buat RM5 ribu atas nama saya.

“Nah! aku baru ambil VSS, dapat RM500 ribu” ambil ni dan bayar bila dah ada duit katanya selamba pada saya yang sedang terngaga macam tak percaya.

Apa lagi, selesailah sudah masalah saya dari sumber yang tak pernah saya terlintas lansung. Saya pendekkan perbualan dan terus cabut balik ke Shah Alam untuk selesaikan semua masalah saya.

Siapa yang tolong pada masa itu? sudah tentu Allah. Oleh itu jangan sesekali anda putus asa pada Tuhan. Mohonlah pada Nya.

Buang gagal sebelah, jangan takut gagal. Teruskan ke depan dan berusahalah, insyallah kejayaan makin hampir!.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

4 thoughts on “Kalau takut gagal, maknanya takut berjaya !

  1. nazrimi

    Post yang paling terkesan..subhanaLLah..tazkirah yang amat terkesan

    Reply
  2. Izham

    Saya terlalu menginginkan jenis pekerjaan yang melibatkan pendapatan aktif, dengan kata lain kerja banyak dapat banyak, kerja sikit dapat sikit. Tetapi keadaan ini tidak wujud dalam dunia makan gaji terutama sekali dalam kerajaan. Semua harap tunggu cukup bulan dapat gaji (saya cukup benci dengan prinsip ini). Oleh itu saya tercari-cari jenis pekerjaan yang sedemikian, maka yang paling sesuai adalah perniagaan. Kekayaan bukan faktor utama. Saya tak kisah kerja siang malam asalkan setiap yang diusahakan memberi pulangan dan tidak sia-sia seperti apa yang saya buat sekarang.

    Akan tetapi, yang menjadi kekangan sekarang selain masalah kewangan, adakah personaliti seperti saya ini sesuai untuk menjadi usahawan atau tidak. Saya agak pendiam dan tidak pandai bergaul. Dan agak kekok apabila berjumpa dgn orang. Bolehkan individu seperti saya berada dalam dunia perniagaan???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge