Aktviti ekonomi negara kita baru saja dibuka semula perlahan-lahan sejak dunia di landa masalah Covid-19. Lebih kurang 2 bulan juga boleh dikatakan hampir kesemua aktiviti ekonomi dalam perniagaan terpaksa berhenti.

Dalam tempoh tersebut semua tumpuan adalah terhadap usaha memutuskan rantaian penyebaran covid-19.

Sekarang nampaknya semua usaha dah menampakkan kesan positif walaupun masih daam keadaan berjaga-jaga.

Kerajaan terpaksa seimbangkan antara kerja memulihkan semula kegiatan ekonomi dalam masa yang sama bertahan dengan langkah-langkah keselamatan dan penjagaan kesihatan.

Ekonomi mula pulih hanya pada hujung tahun 2020

Bank Dunia berkata yang ekonomi negara kita akan mula nampak semula jalan untuk pemulihan ekonomi hanya pada penghujung tahun ini sahaja.

Baru nak mula pulih!, bukannya dah pulih!

Dalam keadaan sekarang sampai hujung tahun ni, semua perkembangan ekonomi adalah diramalkan negatif!

Perkembangan positif semula akan hanya berlaku pada tahun depan, 2021.

Boleh rujuk laporan kenyataan Bank Dunia kat pautan di sini.

Ini satu peluang keemasan bukannya krisis

Macam mana anda lihat suasana yang sedang berlaku sekarang ini?

Adakah ianya satu masalah atau satu peluang?

Bagi saya, apa yang berlaku sekarang membuka satu peluang keemasan untuk mereka yang selama ini ada tanam hasrat nak berniaga.

Saya yakin ramai yang ada minat tersebut. Tapi terpaksa pendamkan minat nak berniaga itu sebab timbul macam-macam kerisauan.

Bukan risau gagal kalau berniaga. Tapi risau orang kritik, marah, kondem dan sebagainya kalau gagal.

Bayangkan kalau anda mulakan satu perniagaan dan walau apapun yang bakal berlaku orang tak akan kata apa-apa?

Agaknya anda akan takut untuk mula berniaga atau tidak?

Sudah tentu tidak.

Betul tak?

Berhenti kerja dan berniaga ketika gawat

Saya buat perkara yang sama pada tahun 1998 dahulu.

Berhenti kerja dan mulakan perniagaan pada tahun 1998 ketika keadaan ekonomi negara sangat gawat. Tapi suasana masa itu tidaklah seteruk sekarang.

Maksudnya, kalau saya masih makan gaji sekarang, kemungkinan untuk sata terjun berhenti kerja dan berniaga adalah jauh lebih pasti dari dulu.

Saya akan terus terjun dengan gaya bebas sambil tersenyum sebab peluang untuk berbuat begtu sekarang adalah jauh lebih selesa.

2 sebab kenapa sekarang sesuai mula berniaga

Saya kongsikan kat sini 2 sebab utama kenapa saya katakan dalam keadaan sekarang merupakan masa yang paling unggul dan selesa untuk mula berniaga.

Katakan anda berhenti kerja sekarang.

Atau anda terpaksa diberhentikan kerja sekarang. Memang ramai yang kena buang kerja. Terutamanya mereka yang berada dalam industri pelancongan dan penerbangan. Seluruh dunia seramai 125 juta orang hilang pekerjaan.

Semua angka itu hanya dalam industri penerbangan dan pelancongan sahaja.

Kalau dimasukkan juga lain-lain industri, jumlahnya adalah jauh lebih besar. Kita tak ambil kira lagi industri kedai makan dan minum. Industri hiburan, sukan, event, hiburan dan lain-lain. Tentu lebih ramai yang terkesan hilang sumber cari makan.

Tak ada perkara lain yang lebih menggembirakan anda yang memang selama ini ada niat nak berniaga, untuk memulakannya sekarang.

Jangan tunggu lama-lama.

Sebelum habis tahun 2020 ni, elok segera mulakan perniagaan yang ada dalam kepala anda tu sekarang.

Kalau anda memang kena buang kerja, tiada apa-apa alasan dan tak ada apa-apa sebab orang nak kritik atau perleceh sekarang. Ramai lagi orang lain yang terpaksa dihentikan kerja.

Kemudian anda mula berniaga. Orang akan puji dan kagum kepada anda sebab gigih dan tidak menjadikan kena buang kerja sebagai alasan untuk tak buat apa-apa.

Itulah yang saya kata tadi. Orang yang kena buang kerja dan berniaga sekarang. Samada berjaya atau gagal adalah golongan yang terpuji.

Tak sama kalau dalam keadaan ekonomi bagus. Kalau anda berhenti kerja dan berniaga kemudian gagal. Habis semua orang akan kutuk rapat tindakan anda itu. Itulah yang paling ramai tak tahan selama ini yang menyebabkan hasrat nak berniaga terus terbantut.

Itu sebab pertama.

Kalau anda mula berniaga, berusaha dan mencuba sebaik mungkin kemudian bungkus juga. Kemudian habis idea dan terpaksa cari kerja atau cari idea lain untuk jana pendapatan.

Dalam keadaa itupun, orang masih tak akan kritik dan nak komen apa-apa lagi pada anda. Walupun ke sana sini berusaha tak ada kerja dan masih tak dapat berniaga.

Tak pernah ada lagi keadaan di mana orang yang menganggur dikasihani berbanding sekarang. Semua orang akan simpati pada anda dan akan cuba membantu untuk pastikan anda survive.

Jadi kot manapun, anda tetap tenang. Tiada lagi tekanan yang negatif dari orang sekeliling anda.

Itu sebab yang kedua. Bisnes tak jadi dan anda dalam keadaan tak ada kerja, menganggur, masih ok tanpa tekanan.

Mulakan segera perniagaan anda sekarang

Bagi anda yang masih murah rezki. Masih ada kerja. Tak perlulah nak berhenti.

Anda masih boleh teruskan niat nak mula berniaga sekarang secara separuh masa. Itu boleh sangat dilakukan dalam keadaan dunia teknologi yang canggih dan semua orang dah mula terjun ke arah ekonomi digital.

Anda boleh saja mulakan perniagaan yang banyak menggunakan platform digital.

Mulakan sekarang dan jangan buang masa lagi. Samada berjaya atau gagal, itu adalah perkara kedua. Buat perancangan dengan baik, semak betul-betul bisnes yang nak dibuat tu samada ada pasaran atau tidak, dan mulakan segera.

Sekarang adalah peluang keemasan untuk mereka yang teringin sangat nak berniaga. Jangan lepaskan peluang itu dan selamat mencuba.

Saya kongsikan perkara yang sama dalam YouTube Channel yang saya buat dan baru aktifkan. Jika anda nak tips-tips pasal perniagaan, saya rancang untuk buat rakaman video dan post kat You Tube Channel saya itu.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube tu supaya anda mendapat update terkini setiap kali saya buat posting. Kepada yang subscribe, terima kasih saya dahulukan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge