start bisnesRamai yang nak mula berniaga secara kecil-kecilan sekarang. Orang kata ekonomi tak berapa bagus dan barang sentiasa naik harga sedangkan gaji macam tu juga.

Dalam keadaan sebegitu, ada yang berniaga di sebabkan rasa tak cukup dengan pendapatan yang ada. Tambahan pula komitmen semakin lama semakin banyak, bilangan keluarga bertambah, anak semakin membesar.

Semuanya perlukan duit, duit dan duit.

Ada juga yang terpaksa mula berniaga sebab kena buang kerja. Bukan disebabkan masalah disiplin atau malas kerja, tapi syarikat ditutup dan berpindah ke negara lain.

Ada juga syarikat yang terpaksa kecilkan jumlah pekerja mereka untuk jimatkan kos operasi. Syarikat yang besar juga tidak terkecuali dari masalah kos operasi yang meningkat dan pasaran yang semakin mencabar.

Dunia dimana orang kerja makan gaji dan boleh rasa lega untuk ada kerja sampai pencen sudah tidak berapa relevan lagi. Mungkin hanya pegawai kerajaan sahaja yang masih boleh merasa lega untuk rasa selamat makan gaji sampai pencen. Jarang dengar kerajaan buang pekerja, kecuali jika kena tangkap rasuah atau pecah amanah.

Bagus kena buang kerja kalau nak mula berniaga

Dalam selang masa dua tiga bulan ini, ramai yang kena buang kerja. Syarikat besar dan kecil pakat dok buang pekerja mereka secara besar-besaran.

Jika anda salah seorang daripada mereka, tak perlu nak risau sangat bila kena buang kerja. Tentu ada faedahnya yang jauh lebih baik.

Tambah lagi jika anda selama ini ada impian nak mula berniaga dan tak mahu kerja makan gaji lagi. Saya yakin ramai yang ada impian macam tu, tapi tak berani mengatur langkah berani untuk berhenti kerja.

Bla anda kena buang kerja, seolah-olah seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

Bukan saja tak perlu fikir panjang dan buat berbagai pertimbangan, sebab orang tolong buat keputusan untuk anda. Malah modal untuk mula berniaga juga turut sama diberikan. Bukankah itu satu pilihan yang amat baik ?

Rezeki tetap ada selagi bernyawa

Mungkin ada yang risau fikirkan pasal makan dan minum.

Itupun jangan nak difikirkan sangat. Bab rezeki ni bukan bab yang manusia perlu fikirkan. Malah tak ada makhluk yang perlu fikirkan pasal rezeki, sebab Tuhan dah janji, bila dia hidupkan makhlukNya, adalah rezeki ditentukan untuk makhluk itu.

Burung yang tak ada akal keluar pagi balik petang, kenyang. Siap bawa makanan untuk anak-anak kecilnya lagi.

Kalau tak mahu lihat burung, nak lihat manusia juga, lihat pada orang gila kat kampung anda.

Orang gila hidup sihat, hari-hari dapat makan. Ada saja rezki untuknya, walaupun dia gila. Dia tak ada kebolehan akal yang waras untuk ikhtiar, itupun dapat makan.

Takkan anda nak rasa lebih rendah martabat kerisauan daripada orang gila kot, sedangkan anda punya akal yang waras untuk berikhtiar ?

Orang yang putus rezekinya dan sudah tidak ada lagi, hanyalah mayat.

Bila sampai masanya untuk mati, maka putuslah rezeki. Oleh itu, selagi hidup, yakin saja dan terus jalan berusaha. Selagi ada nyawa, rezeki itu sudah pasti, cuma pahala saja belum tentu lagi.

Jadi kita hanya perlu pilih jalan yang mendatangkan pahala, itu sahaja.

Panduan nak mula berniaga dengan betul

Tapi bila dah kata rezeki itu pasti, jangan pula kita main bedal tak tentu hala. Ikut suka hati saja nak mula berniaga. Macam yang saya kata tadi, kita hanya perlu kejar pahala. Dan salah satu cara dapat pahala adalah merancang dengan baik segala usaha yang nak dilakukan.

Sebelum ini pernah saya tulis pasal membazir yang merupakan amalan syaitan. Salah satu amalan yang membazir adalah melakukan sesuatu kerja tanpa usul periksa macam tak ada hala tuju.

Tidak merancang adalah satu amalan pembaziran, dan itu perangai syaitan. Jika anda tidak mahu dilabel sebagai kawan syaitan, jangan main hentam saja bila nak mula berniaga. Terutamanya mereka yang ada modal sedikit hasil dari kena buang kerja tadi, perlu pastikan modal berharga itu tidak disia-sia dan dibazirkan.

Ramai yang saya lihat main terjun keluarkan modal mula berniaga, hanya untuk dapati perniagaannya tidak boleh pergi ke mana. Nak sara operasi perniagaanpun tak bolah apatah lagi nak sara hidup taukeh. Puncanya adalah tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mula.

4 perkara asas sebelum nak mula berniaga

Saya kongsikan kat sini 4 perkara asas yang anda perlu lihat dan buat kajian dan kiraan sebelum nak mula berniaga.

Saya andaikan bahawa anda sudah ada idea bisnes yang mahu dijalankan.

Mungkin anda dapat idea tersebut bila tengok orang lain buat. Tiru itu bukanlah satu amalan yang salah. Tiru-tiru itu tak salahpun melainkan yang anda tiru itu dilindungi oleh undang-undang.

Tiru hanya mendatangkan masalah apabila anda tak tahu hujung pangkal.

Oleh itu bila anda lihat satu idea perniagaan yang dijalankan oleh orang lain dan terasa teringin nak buat macam itu juga, sila pertimbangkan 4 perkara berikut;

  1. Pasaran
    • Adakah produk anda mampu selesaikan masalah yang mendesak. Semakin besar masalah dapat diselesaikan, semakin baik produk atau perkhidmatan tersebut.
    • Jika ada, berapa ramai yang menghadapi masalah tersebut, yang boleh mendapatkan tawaran anda. Lagi ramai lagi bagus, kalau beberapa kerat saja, tak bagus.
    • Berapa harga yang mereka sanggup bayar. Lagi mahal lagi bagus. Kalau murah sangat, tak bagus. Kalau seunit murah, sangat, boleh tak jual sedozen sekali gus supaya harga jadi mahal sikit.
  2. Kewangan
    • Berapa banyak duit anda perlu keluarkan untuk sebarkan pada pelangan sasaran tentang kewujudan perniagaan dan tawaran produk anda. Lagi murah lagi bagus. Kalau boleh biarlah percuma, itu yang paling diingini. Jika anda boleh pakai Facebook untuk sebarkannya, tandanya tak ada kos la tu.
    • Berapa modal mula yang anda perlukan untuk mulakan perniagaan tersebut. Kalau free, itu memang situasi impian. Lagi murah lagi bagus. Kalau boleh mula dari katil rumah saja tanpa perlu ada pejabat atau kilang, memang terbaik !.
    • Jika orang dah berkenan dan buat pembelian, berapa banyak duit perlu anda keluarkan untuk tunaikan pembelian tersebut. Kalau tak ada kos lagi bagus, anda hanya ambil untung saja. Semakin tinggi kos untuk tunaikan pembelian, semakin tak bagus idea perniagaan itu. Kalau boleh pelanggan bayar dahulu baru dapat barang, itu memang hebat, zero modal tu !.
  3. Produk
    • Apakah produk atau perkhidmatan anda unik, orang susah nak tiru. Kalau susah amat bagus. Lagi mudah orang tiru lagi tak bagus bisnes itu. Contohnya, perlu kemahiran tak, berapa lama untuk kuasai kemahiran tu, kalau belajar 3 hari dah boleh tiru, tak berapa bagus.
    • Boleh tak produk anda dibuat pasang siap sekali gus dan bukan bila orang nak beli nak buat semula dari A sampai Z. Macam e-book, sekali siap anda boleh jual sampai bila-bila tak payah nak tulis lagi dah.
    • Ada produk susulan lain yang berkaitan yang boleh anda tawarkan pada pelanggan tak. Walaupun anda tak buat produk susulan tersebut, anda boleh buat kerjasama dengan usahawan lain. Lagi banyak produk susulan, lagi bagus. Kalau sekali beli habis macam tu saja, tak bagus. Macam handphone, produk susulannya adalah seperti cover, screen protector dan lain-lain lagi.
  4. Masa – Berapa lama masa yang anda perlu ambil untuk mula jalankan perniagaan tersebut. Ertinya untuk bersedia buat pemasaran mendapatkan pembelian dan seterusnya menunaikan pembelian dari A sampai Z. Lagi pantas lagi bagus. Kalau nak mula ambil masa sampai setahun atau dua tahun, cari saja idea lain. Yang paling best adalah bila teringat saja idea itu waktu pagi,  petang terus boleh mula.

Sebenarnya saya dah tulis perkara yang sama sebelum ini tapi dalam bentuk yang berbeza. Disebabkan perkara ini amat penting terutamanya buat mereka yang baru nak mula berniaga, maka saya tulis sekali lagi.

Moga-moga apa yang anda nak usahakan itu difikirkan dan dipertimbangkan dengan lebih baik dan bukan main hentam kromo saja. Jika ada pertanyaan, boleh tulis kat ruang komen di bawah, Insyaallah ada kesempatan saya jawab.

Total
53
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Saya ingin kongsikan pengalaman berniaga.Alhamdulillah, saya mula berniaga kecil-kecilan awal tahun ni untuk menambah pendapatan sampingan.Saya jual ayam gunting. Saya belajar bahawa rezeki kita bergantung pada amal ibadah kita..Dengan berniaga juga kita akan lebih rasa dekat dgn Allah, sebabnya sebagai contoh sales sikit, kita mengadu pada Allah, tambahkan amalan sunnah dan sedekah, Alhamdulillah ada perubahan. 🙂

  2. Perkongsian ilmu yang amat bernilai darinTuan Shubhi dan Tuan Mohd Afri..semoga Tuan dapat terus mencurahkan ilmu buat insan2 yang nak bisnes..insyaAllah..

  3. noted. inshaAllah dalam bulan depan akan mulakan biz baru secara kecil kecilan. jual air je. tapi air untuk orang minum, bukan untuk ambil untung dari orang 😉

  4. salam tuan,saja nak berkongsi pengalaman.Saya sangat setuju dengan idea nie.”manusia tidak perlu fikri pasal rezeki,tapi perlu fikir pasal pahala”.Saya berniaga kek coklat moist di lahad datu.Pada awal2 memang payah walaupun buat macam2 promosi,tapi bila saya jaga solat,jaga hubungan dengan orang sekeliling dan betulkan niat balik kenapa saya berniaga,semuanya jadi mudah dan sales pun makin meningkat.Mentaliti orang sekeliling akan melihat berniaga satu pekerjaan yang kurang nilai berbanding makan gaji.Pedulikan orang nak cakap apa.Yang penting kita cari rezeki halal dan x kacau orang.Dan saya nak tambah pasal faktor masa dalam bisnes.Saya gunakan prinsip pareto,20 % produk dan 80% promosi produk.Ada produk paling baik dalam pasaran tapi kalau tiada promosikan pun susah bisnes nak jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge