alamMasih lagi cari idea perniagaan yang baik?

Ini satu lagi panduan untuk anda yang masih lagi mencari satu perniagaan yang baik untuk dijalankan. Sebagai orang yang percaya pada Allah dan hari akhirat, sudah tentu matlamat utama adalah untuk mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Dengan menjadi usahawan, anda boleh capai semua matlamat itu jauh lebih baik daripada makan gaji. Makan gaji kadangkala membuatkan diri kita terdedah kepada amalan-amalan yang membuatkan diri tidak selamat.

Bolehkan anda kekal buat baik dengan makan gaji

Makan gaji kalau tak jaga prinsip atau pegangan hidup dengan kuat, bakal membuatkan anda tidak selamat.

Bagaimana dengan perjanjian anda dengan majikan?

Bolehkan anda gunakan kemudahan pejabat untuk urusan peribadi?

Bolehkah anda gunakan masa 8 jam bekerja penuh hanya untuk urusan kerja dan bukannya urusan peribadi?

Bolehkah anda bawa balik kertas A4 ke rumah walaupun sekadar kertas recycle untuk kegunaan anak-anak di rumah?

Bolehkah anda guna internet di pejabat untuk blogging dan tambah pendapatan dari program affiliate?

Bolehkah anda gunakan kemudahan komputer dan internet di pejabat untuk business online anda? dan bolehkan anda guna kemudahan courrier service pejabat untuk buat penghantaran produk perniagaan online anda?

Banyak lagi contoh boleh kita senaraikan untuk semak kedudukan anda dalam memegang prinsip pendapatan halal, suci dan bersih daripada salah guna.

Sebab itu saya katakan jadi usahawan boleh elakkan anda dengan lebih mudah untuk memastikan darah daging yang terbina pada anda dan keluarga anda jauh daripada bakaran api neraka.

Bukan untuk menakutkan anda yang makan gaji, sekadar nak ingatkan bahawa potensi untuk selamat di hari kemudian nanti adalah jauh lebih mudah jika anda jadi usahawan.

Pilih perniagaan yang baik untuk buat baik

Perniagaan yang baik tak pernah sunyi daripada aktiviti buat baik pada manusia dan bumi serta segala isinya. Dengan berniat untuk buat perniagaan baik sebegitu anda sedang berusaha selamatkan diri di hari kemudian nanti.

Formula yang tak pernah salah adalah,

“Buat baik akan sentiasa berpotensi jadi satu perniagaan yang baik”

Oleh itu jadikan misi nak buat baik ini sebagai panduan untuk anda mencari satu perniagaan yang baik. Tak salah anda mendapat keuntungan hasil daripada usaha buat baik. itulah keistimewaan agama kita. Kita tak pernah nafikan keharusan untuk kumpulkan harta dan kekayaan.

Contoh satu perkara buat baik adalah menjadikan alam sekitar hijau dan bebas dari pencemaran. Jika anda lihat, perniagaan yang ada kaitan dengan Green World adalah perniagaan yang mendapat tempat paling hebat dalam zaman kita sekarang.

Itu adalah satu contoh amalan buat baik yang mana jika kita ada kemahiran untuk mencapai matlamat tersebut, bakal membolehkan kita merangka satu perniagaan yang baik.

Anda tentu faham konsep mudah buat baik ini. Oleh itu tak perlu pening kepala lagi untuk cari satu idea perniagaan yang baik untuk anda jalankan… selamat berfikir!

Total
37
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge