bagaimana nak cari idea niagaKalau nak jadi usahawan mesti merangka perniagaan terlebih dahulu. Apa perniagaan yang mahu kita jalankan yang ada pasaran dan mampu menyara kehidupan kita nanti bila perniagaan tersebut dijalankan sepenuh masa.

Untuk cari idea perniagaan sebenarnya memang cukup mudah. Kalau kita tak mahu pening kepala, cari idea perniagaan dengan hanya melihat perniagaan yang dah ada di sekeliling kita sahaja. Tentu ada banyak yang boleh disenaraikan.

Berbagai cara cari idea perniagaan

Ada ramai juga orang yang cari duit dulu. Mereka cari duit dengan buat pinjaman. Pinjam kat tekun, pinjam kat Mara dan mana-mana saja institusi yang boleh berikan pinjaman mudah.

Bila mereka dah ada duit, baru mula nak cari perniagaan. Lalu timbul soalan nak jalankan perniagaan apa dengan jumlah wang yang sudah ada…?

Ada juga yang akan pencen dari kerja makan gaji. Lepas pencen mereka berkira-kira nak jalankan perniagaan. Tapi malangnya masih tak ada idea perniagaan. Nak jalankan perniagaan apa…? soalan itu sekali lagi timbul dalam kepala.

Orang pencen biasanya akan mula kira duit yang mereka ada. RM100 ribu, RM300 ribu atau lebih lagi. Mereka akan lihat jumlah wang dan bertolak dari jumlah itu, cuba mencari jawapan nak jalankan perniagaan apa dengan jumlah wang RM300 ribu?

Cara salah cari idea perniagaan

Ini sekadar pendapat saya. Pendapat yang tak semestinya anda semua bersetuju. Bermula dengan sejumlah wang yang kita ada, lalu mencari jawapan nak jalankan perniagaan apa berdasarkan jumlah wang yang ada itu, bukan cara yang betul untuk cari idea perniagaan.

Banyak kali saya cakap, banyak kali saya nasihat kawan-kawan, mula cari idea perniagaan terlebih dahulu, kemudian baru cari duit untuk realisasikan idea perniagaan kita. Bukan sebaliknya.

Kebiasaannya, mereka yang mulakan dengan jumlah wang, bertolak dari jumlah itu mencari perniagaan. Kemudiannya mula berniaga, akan berakhir dengan semua duit itu habis dan perniagaan gagal.

Cari idea perniagaan dulu, baru cari duit

Ramai kawan-kawan yang saya kenal yang dah berjaya dalam perniagaan mereka mula dengan cari idea nak berniaga apa. Mereka tak perdulikan tentang jumlah duit yang mereka ada. Yang pentingnya nak berniaga apa.

Apa yang berlaku pada mereka selepas itu?, mereka akan jumpa idea perniagaan, mengira dan merangka perniagaan itu. Cari modal, cari duit yang diperlukan dan akhirnya mereka buat duit. Mereka mula dengan tak ada duit, cari idea perniagaan, kemudian cari duit dan akhirnya jadi kaya banyak duit.

Apa cara terbaik cari perniagaan

Jika anda semua yang nak berniaga, yang sedang cari idea perniagaan nak tahu bagaimana cara terbaik cari idea perniagaan, ini saya nak berikan cadangan yang betul. Betul berdasarkan cara saya dan juga berdasarkan cara mereka yang dah berjaya.

Jika anda nak jalankan perniagaan yang orang lain dah buat, pilih salah satu perniagaan itu dan lakukan langkah-langkah berikut:

  1. Masalah apa yang anda nak selesaikan?
  2. Sediakan penyelesaian kepada masalah tersebut.
  3. Kaji berapa orang yang mahukan tawaran penyelesaian anda.
  4. Berapa harga yang mereka sanggup bayar?
  5. Adakah keuntungan yang anda dapat mencukupi untuk anda terus beroperasi.

Ambil contoh kita nak jalankan perniagaan membaiki kereta. Kalau apa saja yang kita tawarkan dah ada bersepah orang yang sedang lakukannya, jadi kenapa orang nak datang ke kedai kita?

Untuk itu kita mesti tahu apa masalah pelanggan yang menggunakan khidmat baiki kereta yang ada bersepah di pasaran itu?, kalau nak tahu cuba buat sedikit survey. Tanya mereka apa yang anda kecewa dengan perkhidmatan baiki kereta sekarang?

Bila kita dah dapat jawapan kekecewaan mereka itu, sediakan jalan selesainya. Kira kosnya, dan kira juga harga yang anda nak kenakan. Kemudian tanya pula orang mahu ke tak mahu….dan begitulah proses berterusan sampai anda dapat jawapan jitu.

Begitulah sedikit pedoman mudah tentang cara terbaik cari idea perniagaan. Moga dapat membantu mereka yang masih tak ada idea lagi.

Total
26
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. ssalamualaikum tuan…
    saya sangat berminat utk berniaga, produk yg nak di niagakan tu ada tapi saya tidak tahu cam maner nak mulakan, saya sangat2 berharap coaching dr tuan ttg bagaimana cara nak jlnkan bisnes yang mana bisnes saya ini bole bermula dari rumah dan internate.

    1. assalamualaikum,..
      sy berminat untuk berkongsi projek bisnes yang saya lakukan,..
      projek bisnes ini melibatkan pelanggan dan pekedai dan mampu memberikan kita side income,.
      dalam masa yang sama juga mampu meningkatkan sale pekedai dengan cara meningkatkan kekerapan pelanggan,.
      jika berminat untuk mengetahui apa projek yang saya lakukan,.
      boleh email sy..
      (haziq)
      alfisyhar95@gmail.com

  2. Info yang sangat berguna!

    Apa yang penting dalam perniagaan ialah permintaan.
    zaman sekarang suri rumah mampu buat bisnes bermula dari ruma,
    dan jangan hairan ada yang mampu buka kedai dah sebab permintaan yang tinggi.

    Apa yang anda perlu, Idea dan sedikit kajian.
    Saya ada tulis blog tentang cara Mudah bagaimana mereka bermula kecil-kecilan dan kembangkan perniagaan dengan cara yang betul, ikuti di sini : http://amizanyap.com/cara-memulakan-perniagaan/

  3. Assalamualaikum tuan…
    minta bantuan tuan tentang cara yg terbaik boleh sy jalankan biz saya(kedai kad kahwin & printing kecik2), mak saya ada kedai jahit… ingat nak ambil sdikit ruang utk renovate tp memrlukan kos… lbih baik saya peruntukkan kos utk biz drpd renovate… skg prasaan bercampur baur nak buat biz ni… hati nak sangat2… tp x tau nk start mcm ne… sy amat berharap coaching dr tuan ttg bagaimana cara nak jlnkan biz ni sbb dah lama simpan cita2…sy yakin 1 hari sy mesti dpt buat…

  4. Saya nak buat bis pcetakan wedding card… Sumenya dah ada hya premis je xdpt renovate @ siapkan sbb modal…. Huuuu apa pdpt cik subhi?

      1. ssalamualaikum tuan…
        saya berniat tuk buka kedai jual n design kad kahwin..premis itu tpt utk saya display wedding card, tp tptnya kurang sesuai so sy kne renovate sikit…

  5. Askum En. Shubhi,

    Saya setuju dgn pendapat tuan, survey perniagaan dulu baru fikir pasal modal. Saya juga turut melakukan sedikit sebanyak kajian berkaitan perniagaan sebelum memulakannya.

    Saya ingin sedikit pandangan dan komen daripada tuan, saya boleh dikatakan tiada langsung pengalaman berniaga. Oleh itu, adakah wajar bagi saya untuk mula menceburi bidang perniagaan secara perniagaan francais. Target saya ialah perniagaan francais FnB kecil-kecilan (tetapi produk berjenama) seperti DailyFresh, Hot n Roll, Nelson’s, coolblog, wafle dsb… Objektif saya ialah untuk mempelajari selok belok berniaga secara teori terus dengan praktikal. Ini kerana saya fikir, syarikat-syarikat fracaisor tersebut ada menyediakan kursus perniagaan yang komprehensif serta mempunyai bisnes plan yang mantap.

    Selain daripada kos permulaan yang tinggi, boleh tak kongsi kelebihan dan kekurangan dalam perniagaan jenis ini. Adakah perniagaan francais boleh dijadikan ‘jalan pintas’ untuk orang-orang yang tiada pengalaman berniaga mcm saya, tetapi ingin menceburi bidang peniagaan..?

    Harap tuan dan rakan-rakan lain yang berpengalaman dapat membantu.

    Terima kasih.

    (PS : Segala informasi amatlah berguna dan amat dihargai)

    1. Francais bagus sebab kita tak perlu fikirkan apa-apa lagi selain dari menguruskan perniagaan harian sebagaimana yang telah digaris oleh francaisor.

      Jika usahawan yang suka memerah otak dan menjalankan ideanya sendiri, tak sesuai ambil francais sebab kretiviti kita terhad dan tertakhluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

      Cuma perlu pastikan tahap kejayaan Francaisor yang kita nak ambil. Berdasarkan maklumat tak formal, saya dapat tahu banyak sistem francaisor tempatan yang tak berapa berjaya. Jadi kena berhati-hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge