cari idea perniagaan kecilAyat ini sering saya ulang dan ulang untuk mereka yang nak memulakan perniagaan, ” Cari idea dulu, kemudian baru cari duit !”.

Jangan bermula dengan kebanyakan orang yang anggap untuk menjadi usahawan mesti ada duit terlebih dahulu, baru nak cari idea perniagaan, nak berniaga apa?.

Peter Drucker seorang pakar dalam bab pengurusan moden, menjawab soalan yang sering ditanya dalam bab keusahawanan, ” kenapa orang berniaga ?”, kata Peter Drucker, ” orang berniaga kerana dia ada sesuatu (penyelesaian masalah) yang mahu ditawarkan “.

Mungkin jawapan daripada Peter Drucker itu jarang disedari oleh orang ramai. Kebanyakan daripada kita akan menjawab dia berniaga sebab nak jadi jutawan, sebab nak kaya, sebab mahu kebebasan masa dan lain-lain lagi seumpamanya. Itu semua hanyalah kesan sampingan hasil daripada aktiviti menjadi usahawan.

Itupun dengan syarat, perniagaan yang dijalankan itu berjaya. Kalau perniagaan kita lingkup, jutawan, kaya, masa atau lain-lain lagi hasil menarik tak akan muncul tiba. Masa juga akan jadi seolah-olah terhenti dan terlalu lama disebabkan tersiksa dengan kegagalan, apatah lagi setelah dicemuh oleh orang sekeliling yang hanya hanya menunggu kesilapan langkah kita untuk mengata.

Sikap cari duit dulu baru nak cari idea perniagaan

Salah satu sebab ramai yang berhutang terutamanya dengan institusi bantuan kewangan kerajaan adalah disebabkan sikap cari duit terlebih dulu, sebelum cari idea yang benar-benar mantap dan boleh dilaksanakan.

Ada rakan usahawan kita yang buat berbagai kertas kerja tahap dummy untuk mendapat kelulusan pinjaman, lalu bila dah dapat duit digunakan untuk menjalankan perniagaan lain pula yang tidak ada perancangan yang baik.

Pinjaman lulus bukan kerana hasil daripada persediaan yang baik setelah dikaji idea perniagaan, sebaliknya ramai yang dapatkan bantuan pakar buat kertas kerja rancangan perniagaan untuk diserahkan pada institusi pembiayaan wang kerajaan.

Kita jadi begitu kerana tertanam kepercayaan bahawa kebanyakan orang yang berjya dalam perniagaan mereka telah bermula dengan ada duit terlebih dahulu.

Sedangkan hampir majoriti para usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing hanya bermula dengan idea. Digarap dan dikembangkan idea perniagaannya ketahap yang meyakinkan, dicubanya idea perniagaannya dan diperbaiki sehingga ada daya saing dan punya pasaran yang mantap barulah dicari sumber kewangan.

Ramai orang yang sanggup keluarkan wang untuk membiayai sesuatu idea perniagaan yang baik. Oleh itu tak timbul masalah duit tak ada untuk terjemahkan idea kepada perniagaan yang berjaya.

Tips cari idea perniagaan

Kebiasaannya hanya ada dua jenis idea perniagaan:

  1. Idea perniagaan yang telah dan sedang dilakukan oleh orang lain – jenis ini lebih mudah untuk dikenal pasti dan data menunjukkan 8 daripada 10 idea perniagaan jenis ini berpotensi untuk berjaya.
  2. Idea perniagaan yang baru dan berinovasi dan tidak pernah lagi dijalankan oleh orang – jenis idea perniagaan ini pula agak sukar untuk dikenal pasti. Data menunjukkan bahawa hanya 2 daripada 10 idea perniagaan jenis ini berpotensi untuk berjaya. Namun begitu, tahap kejayaannya biasanya amat ber-fenomena

Bermula daripada dua jenis perniagaan itu, semua orang masih ada peluang untuk memulakan perniagaannya sendiri dengan cara mencari masalah.

Saya dah tulis tentang keadaan masalah dan peluang yang datang dalam masa yang sama. Masalah dan peluang itu ada pada satu duit siling yang sama. Terpulang pada kita nak lihat sebelah mana.

Setelah kita kenal pasti jenis idea mana satu yang kita sukai, kita hanya perlu mengkaji masalah-masalah yang ada pada orang ramai. Lagi besar populasi manusia yang memerlukan penyelesaian kapada masalah tersebut, lagi bagus potensinya.

Cari idea perniagaan jenis pertama

Berikut langkah-langkah yang kita perlu buat untuk cari idea perniagaan jenis pertama:

  1. Kenal pasti perniagaan yang orang dah buat yang anda berminat.
  2. Selidik apakah kekecewaan orang ramai dengan tawaran yang telah ada di pasaran.
  3. Cari jalan penyelesaian yang boleh dilaksanakan.
  4. Buat cubaan dengan skala kecil untuk membuktikan tahap keboleh laksanaannya.
  5. Perbaiki tawaran.
  6. Lancarkan perniagaan pada skala yang lebih besar.

Bagi idea perniagaan jenis kedua pula, anda perlu peka dan punyai otak yang amat kreatif. Kemahiran pada teknologi yang berinovasi juga amat penting untuk menyediakan jalan penyelesaian yang terbaik, murah dan praktikal.

Sebenarnya masah ada banyak masalah yang manusia sedang hadapi tetapi belum ada jalan penyelesaian yang terbaik. Contoh mudah dalam industri pest control yang saya sedang buat adalah masalah serangan cicak.

Jika saya dapat cari jalan penyelesaian untuk kawalan cicak yang mudah dan berkesan, pasarannya cukup besar untuk diniagakan. Untuk itu, saya perlu ada kemahiran yang tinggi untuk mengkaji jalan penyelesaian pada masalah ini. Jika anda ada jalan, ada idea pada masalah ini, saya boleh cari dana untuk menukarkannya menjadi satu perniagaan.

Cari idea dulu, baru cari duit

Pedoman ringkas di atas perlu kita amalkan untuk membolehkan cita-cita menjadi usahawan kita tidak terbantut dengan kekecewaan demi kekecewaan.

Jika kita fahami apa yang saya kongsikan di sini, maka insyaallah tidak akan berlaku pembaziran tenaga dan wang dengan sikap ikut apa saja yang orang buat sedangkan kita tidak menyelami roh penyelesaian masalah yang mahu ditawarkan.

Cari idea perniagaan anda dengan langkah yang saya berikan di atas. Bila dah jumpa, datang ke bengkel menilai potensi perniagaan saya dan sama-sama kita kira untuk menilai potensi kejayaannya.

Itulah tawaran atau jalan penyelesaian yang saya saya mahu berikan, untuk pastikan perniagaan atau idea perniagaan anda berdaya maju dan boleh dilaksanakan dan bukannya hanya syok sendiri.
[squarebox id=3] Ingat! cari idea dulu, kemudian baru cari duit berapa nak pakai. Selamat mencuba.

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. boleh tuan jelaskan lebih lanjut bagaimana cicak menyerang? apakah kerosakan yang dilakukan? degree of severity kerosakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge