Macam mana nak hidu wujudnya satu peluang perniagaan?

Bergantung kepada minda yang anda miliki sekarang.

Kalau anda punya minda keusahawanan, anda lebih mudah untuk menghidu peluang perniagaan.

Tapi, jika anda hanya seorang pengguna. Hanya pandai mengeluh dan harapkan orang selesaikan masalah anda, memang agak sukar untuk menghidu wujudnya peluang perniagaan.

Bagi anda yang masih tercari-cari idea perniagaan, panduan ini mungkin dapat membantu anda mencari satu idea perniagaan yang boleh dipertimbangkan.

Di mana ada masalah, di situ ada peluang perniagaan

Ayat ini selalu saya ulang setiap kali berikan ceramah asas perniagaan. Saya rumuskan ayat ini bila terangkan asas pertama perniagaan. Iaitu, menyediakan sesuatu yang bernilai.

Semua perniagaan, wajib menyediakan sesuatu yang bernilai untuk pengguna.

Yang menentukan samada sesuatu itu bernilai atau tidak, hanyalah satu perkara sahaja. Keupayaan untuk selesaikan masalah.

Apa saja perkara, produk atau servis, jika ianya mampu selesaikan masalah pengguna, maka ianya sudah tentu bernilai.

Dalam keadaan biasa, seketul emas sudah tentu lebih bernilai berbanding sebotol air minuman.

Tapi, jika anda sesat di padang pasir, dah 3 hari tak minum air, di kala itu, tentu anda akan nampak sebotol air jauh lebih bernilai dari seketul emas. Kalau dalam keadaan tak minum air dah 3 hari, anda masih memilih ketul emas berbanding sebotol air minuman, maka memang anda layak mati dahaga kat padang pasir tu.

Jadi, untuk kenal pasti samada sesuatu itu bernilai atau tidak, lihat sahaja keupayaan untuk selesaikan masalah yang ada. Di mana ada masalah, di situ ada peluang perniagaan. Dengan syarat, anda ada jalan penyelesaiannya.

Katakan majlis perbandaran di tempat anda wajibkan memasukkan semua sampah ke dalam beg plastik hitam. Kalau tak, sampah tak akan diambil dan anda boleh didenda.

Jika anda punya minda pengguna, anda hanya akan merungut dan membentak pada syarat yang majlis perbandaran perkenalkan itu. Anda hanya lihat tambahan bebanan terhadap satu masalah baru yang tak ada sebelum ini.

Tapi, bagi orang yang punya minda usahawan. Dia terus akan menghidu satu peluang perniagaan. Dia akan dapatkan bekalan beg plastik hitam yang terbaik dan berpatutan harganya, lalu dijualnya dari satu rumah ke rumah di kawasan majlis perbandaran itu.

Itu contoh mudah dan ringkas tentang konsep di mana ada masalah, di situ ada peluang perniagaan.

App Pomen – Timbul bila ada masalah

Pernahkah anda dengar tentang satu App yang bernama “Pomen” ?

Mungkin ada yang pernah dengar tentang App tersebut. Dan mungkin juga ada yang dah download ke telefon pintar dan dah biasa menggunakannya.

Samada anda dah dengar tentang Pomen atau tidak, apa yang nak saya ceritakan kat sini adalah bagaimana App Pomen itu timbul.

Asasnya sama macam apa yang saya katakan kat tajuk artikel ini. Di mana ada masalah, maka di situ ada peluang perniagaan.

Semua berpunca dari masalah yang timbul apabila pengasas App Pomen ini menghadapi masalah dengan kereta rosak. Oleh kerana dia tak tahu menahu pasal kereta, maka bila ada yang tak kena pada keretanya, dia akan panik.

Maklumlah tak berapa nak reti dengan sistem kenderaan, tentu mudah panik kalau tiba-tiba kereta ada masalah tak boleh digunakan. Bila nak dapatkan khidmat repair kereta pulak, rasa sangsi takut samada workshop yang dipilih boleh pakai atau tak bleh pakai.

Tambahan pulak bila ada pengalaman kena tipu dengan pengusaha workshop yang tak jujur. Kes kena tipu dengan workshop yang tak jujur ni anyak berlaku pada mereka yang kereta rosak di lebuhraya.

Kereta rosak bukan di tempat sendiri. Tak kenal sesiapa dan terpaksa ambil risiko untuk cuba repair di workshop yang lansung tak dikenali dan tak pernah cuba.

Dari situlah timbul idea untuk bina satu aplikasi yang dapat selesaikan masalah pengguna kereta yang nak cari workshop yang boleh dipercayai dengan lebih mudah. Maka wujudlah App Pomen.

Pakai Pomen bila kereta rosak

Bayangkan kalau tiba-tiba kereta anda rosak. Bukan di kawasan yang anda biasa pulak. Tentu gabra kan?

Tapi kalau anda ada download App Pomen, semua itu dapat diselesaikan dengan mudah. Guna pomen dan workshop yang berdekatan akan datang untuk selamatkan anda. Macam grab juga konsepnya. Tekan saja nak kemana, pemandu grab berdekatan akan datang untuk mengambil anda.

Jika anda seorang pengusaha workshop yang jujur dan mahu kembangkan lagi capaian pelanggan, maka anda perlu sertai senarai workshop di dalam app pomen tu.

Apa yang pengasas Pomen usahakan sangat baik untuk semua orang, samada pengguna, mahupun pengusaha workshop. Itulah tujuan utama sesebuah perniagaan. Untuk selesaikan masalah pengguna. Duit dapat, pahala pun dapat.

Untuk tahu lebih lanjut pasal App Pomen, anda boleh pergi tengok kat pautan Pomen ini.

Berapa masalah yang anda kesan sehari?

Sekarang kita balik kepada mencari idea perniagaan.

Kalau anda dah nampak betapa mudah, sap sap sui … untuk cari idea perniagaan. Tak payah nak tengok masalah orang lain. Masalah yang anda sering hadapi juga boleh digunakan untuk menghidu peluang perniagaan.

Dalam satu hari, agaknya berapa kali anda mengeluh menghadapi masalah?

Lepas ini, setiap kali anda mengeluh dengan masalah, pastikan anda buka buku nota catitan. Catit masalah tersebut dan cari jalan macam mana nak selesaikan. Kalau anda hadapi masalah, tentu orang lain juga turut sama hadapinya.

Dan jika anda boleh selesaikan masalah itu dengan lebih baik berbanding segala solusi yang ada kat pasaran, maka anda dah berjaya mendapat satu idea perniagaan yang hebat.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge