mencari idea perniagaan yang mudahSebelum ini saya ada kongsikan berkenaan berita baik bahawa tidak ada perniagaan yang sempurna. Artikel itu sebenarnya membawa berita gembira pada mereka yang pening kepala sedang cari idea bisnes untuk dijalankan.

Memang kadangkala dalam dunia komunikasi berlebihan sekarang ini, kita ditimpa oleh hujan lebat terhadap berbagai idea perniagaan yang membuatkan kita rasa semua idea hebat belaka.

Adakalanya hujan maklumat yang berlebihan juga membuatkan kita terus blank atau tersesat dalam usaha nak cari idea bisnes yang menarik dan bersesuai untuk kita jalankan.

Lanjutan daripada artikel berita baik tak ada perniagaan sempurna itu, saya kongsikan lagi di sini dua panduan yang boleh anda gunakan kalau nak cari idea bisnes yang menarik untuk anda kaji, testing dan seterusnya jadikan satu projek bisnes yang boleh anda jalankan.

Cari idea bisnes dari perniagaan sekeliling

Saya selalu ulang banyak kali ayat ini. Tak payah bersusah payah nak cuba cari idea bisnes yang serba baru dan tak wujud lagi dalam pasaran. Itu satu kerja berat yang seeloknya dibiarkan pada mereka yang ada banyak dana seperti Syed Mokhtar dan lain-lain sepertinya.

Bagi kita yang tak ada banyak dana dan baru nak bertapak dalam dunia perniagaan, cukup sekadar lihat sekeliling terhadap pasaran perniagaan yang dah lama bertapak.

Dari apa yang dah ada itu, terselit berbagai lagi peluang perniagaan yang boleh membuatkan anda muncul menjadi seorang lagi usahawan berjaya.

Lihat apa yang ada, cari idea bisnes anda dan buat sedikit olahan sahaja. Itu sudah cukup untuk membuatkan pencarian anda terhadap idea bisnes menjadi mudah.

#1 Cari idea bisnes dari pasaran murah

Cuba lihat perniagaan yang ada di sekeliling anda. Ada banyak perniagaan yang menawarkan barangan, produk atau servis yang murah. Saiz pasaran mereka amat besar kerana semua orang boleh dapatkan barangan atau perkhidmatan tersebut.

Dari perniagaan untuk pasaran murah itu ada terselit banyak peluang perniagaan lain. Anda boleh ambil idea perniagaan pasaran murah dan buat olahan untuk jadikan pasaran mewah.

Sebagai contoh kedai kopi yang amat popular di negara kita sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang. Kedai kopi merupakan perniagaan pasaran murah yang mensasarkan pada saiz pasaran yang amat besar.

Berapa ringgit sangat satu cawan kopi-O, kalau zaman dulu 20 sen dan kemudiannya naik jadi 50 sen secawan. Kini secawan kopi-O mungkin hanya satu ringgit satu cawan.

Dari perniagaan murah kedai kopi itu, sekarang telah muncul konsep kedai kopi yang sama. Tapi diolah menjadi satu perniagaan mewah yang membuatkan ramai orang jadi jutawan kedai kopi.

Konsep Cafe atau Kopitiam yang mengubah pasaran kedai kopi murah kepada kedai kopi mahal ternyata berjaya. Anda boleh cari idea bisnes anda dengan menggunakan teknik sama tapi dalam perniagaan lain pula. Cari dan buat olahan.

#2 Cari idea bisnes dari pasaran mewah

Jika pasaran murah boleh membantu anda cari idea bisnes, pasaran mewah juga menjanjikan peluang idea perniagaan yang sama.

Tapi kali ini anda hanya perlu terbalikkan saja idea tersebut daripada pasaran mewah kepada pasaran murah.

Ertinya lihat apakah perniagaan yang mensasarkan pasaran mewah yang hanya orang kaya atau golongan tertentu saja mampu memilikinya.

Bila anda jumpa perniagaan yang mensasarkan pasaran mewah tersebut, apa yang anda perlu lakukan hanyalah terbalikkan perniagaan itu kepada pasaran murah.

Buat perubahan dan olahan agar semua orang boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang dulunya mewah. Bila anda potong sebanyak mungkin apa-apa saja kos yang patut, tanpa mencacatkan elemen penting perniagaan itu, harganya akan menjadi murah dan berbaloi untuk satu saiz pasaran yang amat besar.

Contoh terdekat yang anda boleh lihat adalah dalam pasaran perkhidmatan pengangkutan udara. Masa dulu siapa naik kapal terbang sudah tentu adalah mereka yang berstatus tinggi, kaya, berada atau pegawai tinggi kerajaan atau swasta.

Bukan semua orang mampu naik kapal terbang untuk berjalan. Kalau pelajar yang ditaja oleh kerajaan dapat pergi luar negara, satu perkara yang amat dibanggakan adalah peluang naik kapal terbang.

Tapi bila datang AirAsia, dia sebarkan moto, “kini semua orang boleh naik kapal terbang”. Tony Fernandez buang semua elemen mahal dalam industri penerbangan dan tinggalkan hanya perkara asas tanpa mencacatkan tujuan pengangkutan udara.

Dari pasaran mewah, AirAsia buat olahan dan turunkan perniagaan itu kepada parasan murah.

Anda boleh gunakan konsep sama ketika memerah otak nak cari idea bisnes terbaik untuk anda jalankan.

Buka mata dan lihat apakah pasaran mewah yang ada dan cungkil satu idea bisnes untuk diolah menjadi perniagaan pasaran murah dari situ.

Ok! setakat itu saja perkongsian kali ini.

Moga ada manfaatnya untuk anda yang dok cari idea bisnes untuk dijalankan.

Kalau ada masa dan timbul lagi idea, insyaallah akan saya kongsikan lagi tenik mudah nak cari idea bisnes menarik… selamat perah otak cari idea bisnes dan selamat berniaga!

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Banyak lagi perubahan seperti kedai burger dulu burger rm2 skang dah ada smpai rm20. , handphone dulu smart phone mahal skang dah murah. Kedai air dulu air laici je yg ada isi skang dah macam2 letak dalam air sampai harga rm 15. Aiskrim pun sama juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge