Modal sedikit, nak niaga apa?

By | 14/02/2013

workstation-405768_960_720Antara masalah biasa yang menghalang seseorang dari berniaga adalah masalah modal wang.

Kita samada:

  • Punyai wang yang tak banyak, ataupun
  • Tidak punyai wang langsung.

Dalam kes sebegitu, jika keinginan untuk berniaga tetap berkobar-kobar, apakah perniagaan yang paling sesuai untuk kita mulakan?

Kebiasaannya, cuma ada 3 jenis bidang perniagaan yang biasa dilakukan:

  1. Bidang pembuatan – Bidang yang paling banyak memerlukan modal wang
    1. Wang bagi sediakan kemudahan infra seperti bangunan atau premis bagi menjalankan pembuatan
    2. Wang diperlukan untuk menyediakan kemudahan peralatan dan lain-lain
    3. Wang diperlukan bagi menyediakan bahan mentah
    4. Wang diperlukan bagi menjalankan aktiviti pemasaran, logistik dan penjualan
  2. Bidang ‘trading’ atau pemborongan – Kos awal tidak terlalu tinggi kerana kita cuma membeli barang siap yang telah dibuat oleh orang lain
    1. Wang diperlukan untuk membeli barang yang mahu kita jual atau pasarkan.
    2. Wang diperlukan untuk aktiviti logistik, pemasaran dan juga jualan.
  3. Bidang perkhidmatan – Ini bidang yang paling rendah kos untuk memulakannya. Ia lebih mudah seandainya anda mempunyai kemahiran tertentu.
    1. Anda perlu wang hanya untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan juga jualan.

Jadi, jika anda kurang modal wang dan mahu menjalankan perniagaan, eloklah pilih perniagaan dari bidang perkhidmatan yang memerlukan modal mula serta modal operasi yang minimum.

Jika betul caranya, anda langsung tidak memerlukan sebarang bantuan pinjaman dari bank. Modal bagi menjalankan operasi perniagaan anda boleh didapati daripada pelanggan anda sendiri.

Sebagai contoh:
Katakan anda menjalankan perniagaan cuci rumah dan kemas rumah atau dalam bahasa orang putihnya ‘house keeping’.

Berikut langkah-langkah yang anda perlu lakukan:

  1. Tubuhkan syarikat. Pastikan anda hanya tubuhkan syarikat Entreprise dan bukannya Sdn Bhd. Kos bagi menubuh dan mendaftarkan syarikat Entreprise ahanyalah RM50. Tidak termasuk kos tambang atau minyak pergi daftar syarikat.
  2. Buat segala alat yang diperlukan untuk aktiviti pemasaran. Pastikan nama syarikat anda ada kaitan dengan apa yang anda nak buat. Dengan itu anda tidak perlu terangkan dengan panjang lebar pada orang tentang perniagaan anda dan ia juga meringkaskan rekabentuk kad perniagaan dan lain-lain.
    1. Katakan anda menamakan syarikat anda sebagai: ” Perkhidmatan cuci kemas Entreprise”.
    2. Buat kad perniagaan anda lengkap dengan logo dan moto yang hebat. Contoh moto: “Kemas, cuci calat, tak puas hati kami buat semula…”.
    3. Buat kepala surat siap dengan logo, alamat dan selitkan moto perniagaan anda.
    4. Buat senarai khidmat yang anda ada beserta harganya. Pastikan anda punyai produk / khidmat yang jelas takrifannya. Kalau boleh jangan terlalu banyak sangat pilihan produk.
    5. Contoh produk:
      1. Kemas rumah: Cuci tandas, sapu sampah, vacum lantai, karpet dll, kemas katil dan tilam, lipat baju, lap cermin, peralatan letrik dll.
      2. Harga: RM100 sekali servis untuk rumah teres dua tingkat pertengahan.
    6. Buat website. Untuk menjimatkan lagi wang, anda boleh gunakan blog untuk menceritakan tentang perkhidmatan yang anda ada serta berikan tips-tips berguna pada pelanggan tentang isu kebersihan dan seumpamanya.
    7. Jalin kerjasama dengan syarikat lain yang stabil. Anda perlu pastikan ada beberapa syarikat yang sanggup untuk memberikan anda sokongan dengan menjalankan segala kerja untuk anda.
    8. Bersetuju dengan harga serta terma dan tetapkan dengan jelas tugasan yang perlu dilakukan oleh syarikat tersebut.
    9. Sediakan uniform syarikat anda untuk diberikan pada syarikat yang bakal menjalankan kerja untuk anda nanti.
    10. Setelah kesemua di atas siap dilaksanakan anda sudah boleh menjalankan aktiviti pemasaran anda samada melalui internet atau melalui pertemuan dengan mereka yang dikenali.
  3. Untuk mendapatkan dana bagi menghidupkan syarikat, anda boleh merangka perkhidmatan kontrak pada pelanggan selama 3 bulan atau 6 bulan atau setahun.
    1. Tawarkan harga diskaun pada mereka yang bersetuju ambil kontrak dan membuat bayaran selepas servis pertama dijalankan. Katakan pelanggan bersetuju ambil kontrak selama 6 bulan. Setelah servis pertama dilakukan, anda boleh berikan inbois bernilai RM600.
    2. Oleh kerana pelanggan bersetuju bayar awal, anda berikan diskaun sebanyak 20% mejadikan harganya sekarang adalah RMRM480 sahaja.
    3. Dengan mengumpulkan seramai 200 pelanggan sebegini, anda akan dapat mengumpul sebanyak RM96,000 di dalam akaun syarikat anda dan bayaran hanya perlu dilakukan setelah syarikat yang anda lantik tadi habis menjalankan kerja mereka.
    4. Duit yang anda kumpul tersebut boleh digunakan untuk merangka strategi pemasaran yang lebih baik dan mula menyediakan staff anda sendiri bagi menampung sebahagian daripada kerja.

Jika anda perhatikan perjalanan di atas, kos menjalankan perniagaan anda adalah paling minima dan dalam masa yang sama anda berjaya mengumpulkan modal yang besar hanya melalui pelanggan anda dan bukannya melalui pinjaman bank.

Anda boleh fikirkan perniagaan perkhidmatan lain yang sesuai dan sesuaikan dengan cara sama seperti di atas. Selamat mencuba.

4 thoughts on “Modal sedikit, nak niaga apa?

  1. farismayuzie bt abdul malik

    assalamualaikum sy berminat dgn bisnes mencuci rumah dn mengemas umh…bolehh hubungi sy juga utk ingin thu lebihh lanjut bisnes ini .

    Reply
  2. Aida

    Hubungi saya tuan….saya berminat biz kemas rumah

    Reply
  3. Ridzuan

    Every big business start with small business…..itulah salah satu ungkapan penting untuk berjaya…

    Bagi mereka yg serius dalam mengembangkan perniagaan,akaun semasa syarikat merupakan satu kemestian.untuk membuka account semasa memerlukan introducer.insyaAllah saya membantu usahawan2 yg memerlukan introducer.boleh lawati blog saya.credit pada owner blog.terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge