Mula awal, jalan mudah untuk berjaya

By | 03/09/2012

startup-593327_960_720Dengar nasihat ini, anda perlu mula niaga di usia muda.

Ramai contoh usahawan terbilang tak tunggu tua untuk jadi usahawan. Antara yang semua orang kenal ialah seperti Bill Gate, Steve Job, Marck Zuckerberg, dan lain-lain. Mereka jadi billionaire sebelum sempat berumur 30 tahun.

Antara yang orang tak kenal tapi saya kenal adalah seperti kawan saya Zulkipli, Taukeh DBM Hospital.

Dia mula berniaga sejak sekolah menengah lagi. Waktu balik sekolah dia kait buah rambutan, ikat buah, dan sewa teksi untuk dijual ke bandar. Tak hairanlah jika sekarang dia punya 3 rangkaian Hospital bersalin berkonsepkan Islamik.

Kawan saya Taukeh Kursus Borong Di Negeri China, Shahabudeen juga mula niaga awal.

Kini dia berjaya menonjolkan dirinya sebagai usahawan kursus borong negeri China yang dikenali. Dia berjaya awal walaupun ramai yang sangka umurnya dan lanjut disebabkan perwatakannya yang nampak tua. Umurnya masih muda dan dia ada potensi pergi jauh. Entah apa pula yang akan dia niagakan, kita akan lihat nanti.

Ada lagi kawan saya yang lain yang kini berjaya dengan aset berjuta-juta juga mula berkecimpung sebagai usahawan sejak muda, sejak di bangku sekolah.

Tidak hairanlah jika mereka berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka tidak glamour kerana mereka pilih bidang niaga yang tak perlu glamour.

Sebab apa penting mula awal?

Pentingnya untuk mula niaga awal adalah kerana,

  • Anda akan belajar ilmu keusahawanan lebih awal daripada orang lain.
  • Risiko yang diambil terlalu rendah berbanding mula lewat. Bayangkan jika anda mula berniaga ketika umur 17 tahun, apa yang nak dirisaukan?
  • Membolehkan anda gagal berkali-kali sebagai medan ilmu mengetahui jalan mana yang salah.
  • Membolehkan anda berjaya awal.
  • Memungkinkan anda nampak keperluan pengguna pada masa akan datang yang sezaman dengan anda.

Ilmu berniaga macam belajar naik basikal.

Tak ada cara lain untuk belajar naik basikal melainkan ambil basikal dan naik. Lagi cepat kita buat keputusan ambil basikal dan naik, lagi cepat kita cekap kendalikan basikal.

Oleh itu mulakan berniaga awal, banyak faedahnya.

Tapi kalau umur dah lanjut macam mana pulak?

Jawapannya adalah,

Mulakan sekarang!

Sebelum umur anda meningkat lebih lanjut lagi. Samada anda mula sekarang atau tidak yang pastinya umur tetap meningkat.

Jadi buat keputusan!

Macam naik basikal, tak ada salahnya belajar naik basikal pada umur 40 tahun, bila dah cuba beberapa kali, insyallah mampu naik macam orang muda jugak.

Mulakan hari anda awal

Kalau mula awal ketika muda itu penting, mula pergi dan buat kerja awal juga amat penting.

Tak ada orang yang mula membina perniagaannya lalu berjaya, dengan memulakan hari kerjanya pukul 12 tengahhari. Melainkan dia berniaga seorang diri seperti jual kacang putih atau buat show macam artis jalanan.

Berniaga sendiri tanpa perlukan orang lain sebagai sebuah kumpulan tak akan pergi jauh ke mana. Lihat peniaga kacang putih yang buat kesemua kerjanya sendiri. Apa yang dia dapat hanya cukup untuk dirinya sendiri saja.

Tak ada orang melonjak bina syarikat besar dengan hanya seorang diri. Anda tak ada pilihan melainkan membina kumpulan yang cukup hebat. Lebih besar kumpulan lebih hebat perniagaan anda. Rekrut pekerja, pimpin, latih dan pantau, itu tugas yang cukup mencabar.

Jika peniaga kacang putih mahu besar mesti bina kumpulan peniaga-peniaga kacang putih yang besar dengan dia menjadi orang yang menguruskan mereka. Dari situ dia juga mampu menjadi pengimport kacang putih untuk diedarkan pada penjual-penjualnya.

Sampai di tahap besar sebegitu, dia tak boleh mengelak dari bangun dan pergi kerja awal. Waktu pejabat tak boleh dimulakan sesuka hati. Semua pekerja perlu berkumpul pada masa yang ditetapkan, perlu ada disiplin. Kalau taukeh tak ada disiplin, jangan harap anak buah akan berdisiplin.

Ringkasnya mula awal untuk berjaya ada dua makna:

  1. Mula berniaga masa muda
  2. Berdisiplin mulakan kerja awal untuk membina kumpulan yang hebat.

2 thoughts on “Mula awal, jalan mudah untuk berjaya

  1. m hafiz oman

    Salam tuan subhi. Saya hafiz tgh keje di oman oil n gas. Gaji dlm 28k bersih RM. Monthly hutang dlm 6-7k. Umur dlm 35thun. Plan saya skrg bisnes keta sewa yg akan di run oleh abg ipar di penang. Bru nak start bulan ni insyaallah. Ada plan utk manfaatkan 2 mak sedara utk bisnes makanan sbb diorg pandai masak. Saya conttract 4 tahun. Skrg baru 7 bulan. Apa pendapat tuan bila sesuai saya start.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Soalan yang paling penting yang saya rasa perlu ditanya adalah… apa sebenarnya tujuan tuan berniaga? kalau nak dilihat dari sudut wang, rasanya apa yang tuan ada dah jauh melebihi majoriti rakyat di negara kita. Tuan boleh buat banyak duit lagi dengan perancangan dan pengurusan wang yang bijak dengan wang yang ada.

      Dari pengalaman saya, perniagaan yang diamanahkan pada orang lain untuk dilaksanakan sering mendatangkan kegagalan samada pada perniagaan itu sendiri mahupun pada diri tuan sendiri bila tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan.

      Membiarkan orang run bisnes kita adalah sama dengan melabur pada bursa saham dan seumpamanya. Rasanya ia lebih baik sebab orang yang run syarikat public listed lebih berpengalaman dari segi perniagaan.

      Jadi persoalannya di sini, apakah orang yang diamanahkan untuk melaksanakan perniagaan itu mahir dari segi teknikal dan dari segi pengurusan perniagaan itu sendiri. Teknikal hanya menyumbang dalam lingkungan 20% daripada apa yang diperlukan dalam perniagaan, pengurusan sebaliknya menyumbang pada 80% lagi keperluan untuk menjayakan perniagaan…

      Soalan lain yang perlu tuan tanya adalah, apakah kelebihan yg tuan ada yang boleh ditawarkan pada pelanggan jika tuan berniaga… perniagaan itulah yang perlu tuan sendiri jalankan.

      Harap jawapan saya membantu..tq

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge