Mulakan dengan bergaya

By | 29/11/2012

Setiap perniagaan bermula dengan beberapa perkara berikut:

design logo

  1. Idea perniagaan – Contohnya perniagaan roti bun
  2. Pengumpulan sumber – Mengumpulkan segala sumber untuk membuat roti bun samada dengan membuatnya sendiri atau ‘outsource’ pada kilang roti yang berkelayakan
  3. Merangka jualan dan pemasaran – Samada jual sendiri terus pada pengguna atau memasar dan mengedarkannya di kedai makan dan juga kedai runcit
    1. Menjawab soalan kenapa orang perlu beli roti kita
    2. Apakah nilai yang mahu kita berikan pada pengguna
    3. Menterjemahkan nilai tersebut kepada roti, bungkusan dan lain-lain.
  4. Membina jenama – Setiap usahawan perlu memikirkan nama roti bun yang mahu dipasarkannya. Ia mestilah bersesuaian dengan apa yang telah kita rasngkakan dalam aktiviti pemasaran yang disebut di atas.
    1. Pembinaan jenama bermula dengan pemilihan nama syarikat yang bersesuaian
    2. Setelah nama syarikat dipilih, usahawan perlu memikirkan dengan serius logo yang mampu menterjemahkan nilai yang kita mahu berikan pada pelanggan.

Saya mengesyorkan pada semua usahawan agar mengambil serius terhadap pemilihan jenama serta logo syarikat. Jangan main cipta logo membabi buta tanpa ada nilai seni serta komersial yang tinggi.
Jika kita bercita-cita besar mulakan segalanya dengan penuh bergaya seolah-olah kita sudah berjaya. Setiap usahawan yang mahu berjaya perlu melatih kerja secara terperinci sejak dari mula.

Cara saya
Setiap perniagaan yang saya mulakan akan diambil serius sejak dari awal. Saya akan memilih nama yang bersesuaian dan mendapatkan khidmat orang yang mahir dalam mencipta logo syarikat.

Setiap logo syarikat perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Ringkas
  • Menterjemahkan aktiviti perniagaan
  • Menceritakan falsafah di sebalik apa yang ingin kita tawarkan pada pelanggan

Hasilnya adalah setiap syarikat yang saya lahirkan biasanya akan diiringi dengan:

  1. Logo yang bertaraf dunia!
  2. Kad perniagaan yang direka bentuk dengan profesional
  3. Kepala surat yang direka bentuk dengan ciri-ciri profesional

Penampilan pertama saya terhadap pelanggan yang saya hampiri biasanya menjadi lebih mudah kerana semua perkara di atas. Kebiasannya pelanggan merasakan syarikat saya adalah cawangan atau kerjasama dengan syarikat dari luar negara!

Psikologi yang kita cetuskan dengan business card, logo serta kepala surat syarikat yang bermutu tinggi membuatkan pelanggan merasa selesa dan yakin dengan keupayaan kita.

Bagaimana saya boleh bantu anda
Semua usahawan yang mahu membuat penjenamaan semula perniagaan serta logo syarikatnya boleh mendapatkan khidmat kumpulan pereka logo yang saya ada.

Saya beri jaminan anda semua tidak akan menyesal dengan hasil yang akan saya berikan apabila logo syarikat anda siap untuk dipilih.

Perkhidmatan logo yang diberikan termasuklah:

  1. Rekaan logo syarikat
  2. Rekaan kad perniagaan
  3. Rekaan kepala surat

Bagaimana anda boleh menempah perkhidmatan ini

  • Berikan nama syarikat anda
  • Ceritakan secara ringkas dan padat rahsia disebalik nama syarikat anda itu
  • Ceritakan bidang serta khidmat perniagaan yang anda tawarkan dan bagaimanakah anda mahu pelanggan merasakan khidmat atau produk yang mereka gunakan

Berapakah harga yang ditawarkan untuk setiap perkhidmatan mereka logo

  • Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM2,000.00 sahaja!
  • Harga tersebut termasuk rekabentuk untuk:
    • Rekaan logo syarikat
    • Rekaan kad perniagaan
    • Rekaan kepala surat
  • Deposit RM500 hendaklah diberikan sebagai bayaran komitmen
  • Bayaran selebihnya perlu dibayar setelah logo siap dan anda berpuas hati dengan logo yang direka

Jika ada usahawan yang berminat, sila emailkan pertanyaan atau maklumat pada mohdshubhi@gmail.com

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

3 thoughts on “Mulakan dengan bergaya

  1. Zuan

    sekarang ni saya cuba jadikan blog baru saya ni branding baru saya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge