Perniagaan berjaya tak perlu rancangan perniagaan – Harvard setuju!

By | 07/10/2012
business plan

Saya telah menulis tentang samada perlu atau tidak menyediakan kertas kerja rancangan perniagaan terlebih dahulu sebelum kita mula menjalankan sesebuah perniagaan.

Dalam artikel itu saya mengatakan Business Plan sebenarnya tidak perlu dan ia tidak pernah menjamin kejayaan sesebuah perniagaan.

Sebenarnya pendapat saya tersebut tidak disokong oleh mana-mana pakar pengkaji perniagaan di sini. Ianya adalah hasil daripada pengalaman sendiri dan juga hasil dari pemerhatian terhadap rakan-rakan usahawan lain yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Tetapi, nampaknya pendapat tersebut bukan cakap kosong rupanya. Baru-baru ini Harvard Business Review ada mengeluarkan sebuah artikel dengan tajuk yang sama. Penulis artikel tersebut telah menolak keperluan menyediakan business plan atau rancangan perniagaan, sebagai pra-syarat menjayakan sesebuah perniagaan.

Senarai pengganti rancangan perniagaan

Walau bagaimanapun, berikut adalah  beberapa langkah penting yang perlu ada bagi memastikan perniagaan anda berjaya tanpa, walaupun tanpa menyediakan sebuah kertas kerja rancangan perniagaan terlebih dahulu:

  1. Kenal pasti dengan jelas matlamat perniagaan anda
  2. Sumber manusia atau kumpulan pembantu anda adalah amat penting dalam menjayakan perniagaan. Sentiasa fikir dan bina 3 keperluan asas dalam perniagaan, orang, orang dan orang.
  3. Fikir besar dan mulakan kecil. Think big, start small, bak kata orang putih. Bermulalah dengan kecil dahulu, kemudian membesar atau melingkup dengan pantas.
  4. Berikan tumpuan pada pasaran yang terperinci demografiknya. Sasaran pasaran anda mesti jelas dan terang.
  5. Betul-betul fahami model perniagaan anda. Fikirkan bagaimana menjana pendapatan demi pendapatan adalah lebih penting daripada menyediakan andaian pendapatan di Excel sheet yang lebih merupakan andaian yang belum pasti berlaku.
Berdasarkan pengalaman saya, visi yang jelas di dalam kepala amat penting untuk menjayakan sesebuah perniagaan. Kita mesti dapat menerangkan hala tuju perniagaan kita dengan pantas dan jelas jika ditanya apa akan berlaku setahun, dua tahun tiga atau lima tahun lagi.
Dengan tidak membuang masa dan terus menjayakan visi dalam kepala secara rapi dan gigih, insyallah anda akan berjaya. Jangan tangguh apa saja hasrat perniagaan anda, fikirkan apa yang kita boleh lakukan sekarang untuk merealisasikan perniagaan tersebut dan segera laksanakannya.
Tak perlu tunggu dan tunggu sehingga rancangan perniagaan siap baru nak memulakan perniagaan.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge