tips berhenti kerjaApa rahsia untuk mudah berhenti kerja dan menjadi usahawan yang saya amalkan sehingga berani meletakkan jawatan?

Itu merupakan salah satu soalan popular bila saya berkongsikan pengalaman menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan di kalangan peminat keusahawanan yang masih makan gaji.

Mereka yang minat nak jadi usahawan tetapi tidak berani untuk meletakkan jawatan memang ramai diluar sana.

Apakah saya ada rahsia untuk mudah berhenti kerja yang boleh dikongsikan pada semua yang sedang makan gaji diluar sana. Ini saya nak cerita rahsia untuk mudah berhenti kerja, yang sebenarnya bukanlah rahsia.

Ramai kuli yang cari rahsia untuk mudah berhenti kerja

Saya lebih kurang sama macam anda semua juga, tidak ada perbezaan sangat. Saya lahir, dihantar ke sekolah rendah, masuk sekolah menengah, tamat SPM, sambung belajar, tamat belajar, minta kerja jadi kuli, dan kerja demi kerja dengan jenis kerja yang berbeza, dengan pangkat yang berbeza, tapi tetap kekal dengan status sebagai kuli.

Samada anda suka atau tidak suka, terasa atau tidak terasa, marah atau tak marah, selagi kita kerja makan gaji dengan jawatan setinggi manapun, status kita tetap kekal sebagai status seorang kuli.

Yang membezakan antara berjenis-jenis kuli dalam pasaran kerja hanyalah jumlah gaji atau kekayaan yang kita miliki untuk kekal menjadi kuli.

Ada kuli yang dibela dengan baik dari segi kewangan dan diberikan berbagai kemudahan hebat dan nampak mengiurkan dari luar, tetapi masa dan tenaga kita diperah sampai habis (seperti kebiasaan seorang kuli), sedangkan taukeh sedang rehat di Pulau Cyprus.

Serius saya cakap, saya kenal ramai kawan dengan jawatan dan pangkat yang tinggi, tapi mereka kerja macam robot yang tiada butang berhenti.

Siang dan malam bertungkus lumus berusaha memuaskan kehendak boss mereka. Mereka korbankan apa saja nikmat kehidupan seperti orang biasa yang duduk dikampung.

Bukan mereka semua tak sedar, bukan mereka tak mahu bebaskan diri daripada belenggu menjadi seorang kuli, tapi mereka kebanyakannya tidak berani. Mereka selesa dengan hidup walaupun berstatus sebagai seorang kuli.

Kalau ada rahsia untuk mudah berhenti kerja, apatah lagi tiada risiko, tentu semua mahu tahu apakah rahsia tersebut.

Apa rahsia saya mudah berhenti kerja

Tiada rahsia sebenarnya, dan memang bukanlah sesuatu yang mudah untuk memberanikan diri. Cuma saya tahu satu hari nanti, satu masa nanti saya akan berhenti kerja dan berniaga.

Mungkin boleh jika mahu dikatakan rahsia hanyalah, saya benar-benar pasti yang saya memang mahu berhenti kerja makan gaji dan jadi usahawan.

Itu saja. Di mana datangnya kekuatan, bagaimana saya tahan nafas bertukar jadi Ben 10 dan berikan surat letak jawatan, saya tak boleh ajar sebab memang tak ada rahsia.

Dengan kepastian untuk berhenti kerja dan menjadi usahawan itu saya buat 4 perkara di bawah:

  1. Mencari peluang atau idea perniagaan
  2. Mencari kawan, lama atau baru yang memang dah jadi usahawan untuk memberikan motivasi dan pengaruh agar saya juga turut menjadi usahawan.
  3. Mengumpul lain-lain sumber yang diperlukan untuk menjadi usahawan termasuklah, modal wang, ilmu, kemahiran, cara berfikir, dan lain-lain lagi seumpamanya.
  4. Menunggu-nunggu dan sentiasa mengintai masa yang sesuai untuk meletakkan jawatan dan berniaga.

Kesemua 4 perkara yang saya sebutkan di atas adalah satu proses yang berterusan terutamanya proses pengenal pasti saat yang sesuai untuk berikan surat letak jawatan.

Sebaik saja tiba masa yang saya rasakan sesuai itu, saya tak tunggu lama. Terus berikan surat, dan berhenti kerja dan mula pulun menjayakan idea perniagaan saya.

Masa berhenti kerja yang dicari tiba

Berdasarkan pengalaman selama hidup ini, bila kita tidak jemu mencari, maka yang dicari itu akan tiba. Maka masa sesuai yang saya cari-cari itu tiba bila berlaku kegawatan ekonomi. Ada beberapa perkara penting yang memberikan isyarat pada saya bahawa masa untuk kamekaze sudah tiba:

  1. Ekonomi di seluruh dunia sedang gawat
  2. Jumlah orang diberhentikan kerja ramai
  3. Jumlah orang berniaga lingkup juga ramai
  4. Saya ada pemodal yang sanggup biayai idea niaga saya
  5. Saya masih bujang
  6. Saya cuma ada hutang kereta dan tanggungan terhadap ibu
  7. Saya tak ada ayah yang nak melarang (ayah dah meninggal sejak tingkatan dua lagi)
  8. Saya tak ada abang sulung yang tinggal sekali untuk menghalang
  9. Tak ada orang lain yang mengawasi pergerakan saya dan nak menentukan apa yang saya patut buat.

Dengan kesemua gabungan perkara yang saya sebutkan di atas, maka saya ada alasan yang amat kukuh untuk berani berhenti kerja. Walaupun saya sedar bahawa hampir kesemua faktor di atas menunjukkan bahawa saya seorang yang tidak berani buat keputusan sendiri, tidak berani menerima kutukan atau kritikan orang lain.

Apa nak buat, manusia memang begitu, sanggup abaikan kehendak sendiri semata-mata untuk memuaskan apa yang orang lain jangkakan dari kita.

Maka saya tutup semua ruang kemungkinan dikritik dengan memilih saat-saat begitu. Jika saya tak bekerja, itu perkara biasa kerana ramai yang dah kena VSS. Jika saya berniaga lingkup pula, itu juga perkara biasa kerana ramai yang sedang hadapi masalah dek kegawatan ekonomi dunia dan negara.

Sebelum henti kerja sertai terlebih dulu bengkel menilai idea perniagaan anda pada 26hb April 2014 nantiĀ [button font_size=”20″ color=”#222bc8″ text_color=”#ffffff” icon=”arrow-circle-o-right” url=”http://eepurl.com/RtxQT” target=”_blank”]Daftar segera![/button]

Semuanya hampir sempurna, saya hampir pasti akan bebas dari kritikan orang, BUM!!!! saya letak jawatan! Itulah tekniknya. Itulah, kalau nak kita namakan sebagai rahsia untuk mudah berhenti kerja. sumber imej

Total
10
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Salam..motivasi utk diri sy jg..x lama lagi akan berhenti kerja n nak berniaga sendiri..harap apa yg dirancangkan dipermudahkan..mmg benar klu x suka keja kita baik berhenti drpd asyik mengeluh..menjalani hidup santai ngan keluarga n bisnes yg seiring tanpa menjadi kuli…

    1. Salam…same la kite nk benti keje gak n nk berniaga..dah penat laa kayakan boss..nk kene cari semangat sket neh

  2. As-salam saudara,

    Saya telah berkhidmat bertahun-tahun dalam kerajaan dan mendapati diri saya semakin tidak sesuai kerana terlalu mengikut prosedur dan pekeliling. sedangkan saya suka akan perkara yang kreatif dan bekerja secara flexible.

    Setelah mempunyai rancangan perniagaan bersama rakan-rakan dan mendapat sokongan dan bantuan daripada yang berpengalaman, saya telah berkira-kira waktu yang sesuai di mana apabila RnD produk siap, bisnes dah boleh laju. Saya tahu itulah masa yang sesuai untuk resign.

    Namun halangan paling besar adalah keluarga sendiri (masih bujang dan tinggal dengan parent) yang tidak menyokong saya untuk jadi usahawan, sedangkan bos di pejabat pun telah beri sokongan.
    Sebagai ibu bapa tentulah mereka agak kawal pergerakan. Mohon pendapat dan cadangan saudara untuk hadapai perkara ini.

    terima kasih

  3. dah lama juga saya mengidam untuk berhenti kerja…meskipun sebelum ini pernah berhenti kerja kerana nak jadi tauke..kini kembali bekerja kerana nak survive atas komitmen keluarga..tapin masih fikir untuk berhenti kerja!
    mrhanafi recently posted…Berhenti KerjaMy Profile

  4. Aksi berhenti kerja ni ibarat kita takut kat hantu.. ramai yang suka tengok cerita hantu tapi dalam masa yang sama masih takut kat hantu tu…ramai yang suka berniaga tapi takut nak resign ..ada ke orang mati sebab dicekik hantu? sama la mana ada orang mati sebab berhenti kerja buat bisnes..paling teruk pun bankruptcy..kereta kena tarik rumah kena lelong..tapi masih boleh makan maa boleh bisnes lagi..

    tiada istilah masa yang sesuai untuk berhenti kerja dan buat bisnes. macam kita diajar bertaubat. taubat je la terus.. nak tunggu pencen? kalau sempat..sama la..
    esok hantar surat terus..kasi BUM! sikit..

    tuan2 jangan risau saya dah ikut bengkel TT ni, kalau ikut betul2 usaha sungguh2 doa sampai keluar air mata dan tawakal.. insyaAllah 2 tahun dari esok pagi bisnes tuan2 dah stabil..

  5. Assalamualaikum wbt

    Dalam 4 perkara untuk berhenti kerja di atas, perkara 4 je yg saya blm buat lagi. Surat dh siap, tarikh je xde lagi…Setiap pg dtg ofis mesti baca artikel tuan dulu…cari semangat utk berniaga dan berhenti kerja…terima kasih kerana ‘membakar semangat’…Insya Allah jika diizinNya, saya dan suami akan join bengkel tuan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge