Tips henti kerja kerajaan dan berniaga

By | 23/07/2013
macam mana nak letak jawatan untuk berniaga

Di sini saya akan kongsikan tips henti kerja kerajaan untuk menjadi seorang usahawan dengan berniaga.

Antara mereka yang sering menghantar email pada saya bertanyakan pendapat untuk berhenti kerja dan berniaga adalah terdiri daripada para kakitangan kerajaan atau pegawai kerajaan. Mereka merupakan golongan paling ramai.

Jika difikirkan, logiknya mungkin disebabkan mereka yang bersemangat tinggi dan ringan tulang tak senang duduk bertugas di pejabat kerajaan.

Jabatan-jabatan kerajaan selama ini membina reputasi dan memberikan persepsi pada orang ramai sebagai satu organisasi yang teramat lembab berbanding swasta.

Walau setinggi mana pangkat seseorang itu dalam jabatan kerajaan, sifat agresif dan bermotivasi tinggi yang ada akan sering terbantut selagi dia kekal di atas kerusi pegawai kerajaan tersebut.

Maka tidak hairanlah, ramai yang tergerak hati untuk berhenti makan gaji dari kerja kerajaan dan mulakan perniagaan sendiri dan menjadi Boss di dunia perniagaannya sendiri.

“Jika anda dah ada idea perniagaan, jangan berhenti dulu, saya syorkan anda sertai bengkel menilai potensi perniagaan yang saya anjurkan khas untuk mereka yang memerlukan pendedahan awal dalam dunia keusahawanan. Daftar sertai bengkel tersebut di sini. “

Sebagai pedoman, berikut saya senaraikan 10 pedoman bagi mereka yang telah mengirinkan email sebelum ini dan juga buat mereka yang ada memikirkan perkara yang sama untuk henti kerja kerajaan dan berniaga:

Tips henti kerja #1: Jangan berhenti terus

Pekerjaan yang ada merupakan satu sumber kewangan yang penting untuk anda. Dengan terus bekerja tanpa tergopoh gapah berhenti, anda boleh ambil sedikit masa menarik nafas. Anda tidak atau kurang mengalami tekanan dan kemurungan seandainya perniagaan agak lembab dan kurang menjadi sepantas yang dijangkakan.

Biasanya perniagaan memerlukan masa sekurang-kurangnya antara 6 bulan ke satu tahun sebelum mula menjana pendapatan.
Oleh itu, fikirkan cara untuk mula berniaga tanpa anda perlu berhenti terlebih dulu.

Sertai bengkel menilai potensi perniagaan anda untuk semak perniagaan samada berpotensi atau tidak. Bengkel ini juga boleh membantu anda membuat persediaan untuk untuk memantapkan perniagaan anda. Daftar bengkel dengan klik di sini

Tips henti kerja #2: Jangan kekalkan minda pegawai kerajaan

Pastikan anda sedaya upaya, buang minda pegawai kerajaan yang telah melekat lama dalam kepala. Usahawan sebenarnya tidak berfikir sepertimana cara anda berfikir sekarang. Mencuba berbagai pendekatan dan menggunakan berbagai pilihan yang tidak popular adalah perkara biasa bagi usahawan.

Minda pegawai kerajaan biasanya terhimpit dengan protokol atau procedure yang membebankan. Ada banyak yang tak boleh berbanding yang boleh. Jangan biatkan sikap ini membantutkan pilihan atau kreativiti anda jika menjadi usahawan kelak.

Sertai bengkel dan fahami apa itu perniagaan serta belajar menilai potensi perniagaan anda. Insyaallah ianya mungkin boleh membantu anda memahami cara berfikir sebagai seorang usahawan. Daftar dengan klik di sini

Tips henti kerja #3: Jangan ambil risiko yang besar

Mereka yang duduk di luar daripada zon keusahawanan sering berkata para usahawan adalah golongan yang berani ambil risiko besar. Lebih besar risiko, maka lebih besar keuntungannya.

Ya! cakap memang senang kalau anda bukan individu yang perlu ambil risiko itu. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang ambil risiko yang mampu ditanggungnya sahaja. Jangan berlebih-lebihan ambil risiko semata-mata mengidam nak untung besar dan cepat.

Tanamkan falsafah “gagal dengan harga yang murah” dalam minda agar selamat. Usahawan perlu fikirkan bagaimana cara untuk sentiasa membeli dengan harga yang murah dan jual dengan harga yang mahal.

Tips henti kerja #4: Jangan pilih perniagaan yang tidak selesaikan sebarang masalah

Fikirkan dengan mendalam sebelum memilih perniagaan yang mahu dijalankan. Jangan syok sendiri buat perkara yang hanya anda sahaja suka dan selesaikan keinginan anda sahaja.

Perniagaan adalah untuk selesaikan masalah pengguna. Jika perniagaan anda tidak memberikan nilai tambah pada pelanggan, ia tidak akan berjaya menjana wang satu senpun!. Fahami semua perkara pokok mengenai pasaran dengan sertai bengkel menilai potensi perniagaan.

Tips henti kerja #5: Jangan tumpu wang sebagai perkara utama

Fikirkan tentang produk atau servis anda terlebih dahulu dan bukannya keuntungan yang bakal dibolot olehnya. Fikirkan berapa ramai orang yang akan anda bantu dan bagaimana mereka akan berterima kasih pada anda dan mengesyorkan perniagaan anda pada orang lain.

Jika anda terus fikirkan dan berikan tumpuan pada wang keuntungan yang banyak, berkemungkinan besar anda akan cepat letih.

Tips henti kerja #6: Jangan cuba berlagak sempurna

Selama ini anda pegawai kerajaan yang amat cekap dan sempurna pekerjaan sehingga salah ejaan satu huruf dalam surat dilakukan oleh orang bawah, bakal menjadi satu isu besar.

Jangan terlalu terperinci sampai meneliti jauh ke tahap itu. Ini akan membuatkan anda tidak bergerak ke mana-mana selama beberapa bulan hanya untuk membuat iklan di surat khabar!

Buat dengan pantas dengan kesalahan yang kurang dan perbetulkannya kemudian. Yang penting bergerak dan bukannya tunggu sempurna.

Tips henti kerja #7: Belajar kesilapan dari usahawan lain

Cari kenalan mereka yang telah pernah melakukan kesilapan dan belajar daripada mereka. Belanja mereka minum teh dan pelajari segala kesalahan untuk dielakkan.

Anda boleh juga belajar dari perkongsian kegagalan usahawan lain dengan membaca. Ada banyak buku yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara untuk gagal

Bengkel asas perniagaan yang saya anjurkan juga ada membawa usahawan lain untuk kongsikan pengalaman naik turun mereka kepada para peserta. Ini semua satu manfaat yang besar untuk belajar. Boleh daftar bengkel di sini.

Tips henti kerja #8: Jangan risau sangat dengan pesaing

Apa saja perniagaan yang ada pasaran besar, sudah pasti akan ada pesaing. Jika anda risau berlebihan pada mereka, boleh membuatkan anda hilang fokus pada perniagaan dan matlamat sendiri.

Oleh itu, anda hanya perlu tahu kewujudan mereka. Tahu apa yang mereka lakukan. Tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh membuatkan diri menggigil kerisauan!.

Tips henti kerja #9: Waspada dengan rakan kongsi

Berhati-hatilah memilih rakan kongsi perniagaan anda. Jangan buat kesilapan dengan sekali berjumpa terus ajak kahwin.

Rakan kongsi itu lebih kurang macam suami dan isteri perhubungannya. Sekali kahwin agak menyusahkan untuk cerai. Tambahan pulak dah tidur sekali dan dah dapat anak. Bertambahlah kesukarannya untuk berpisah.

Fikir betul-betul dan pastikan anda tahu rakan kongsi macam mana yang diperlukan dan apa sumbangannya pada perniagaan. Fikirkan juga bagaimana jika anda terpaksa berpisah.

Tips henti kerja #10: Jangan putus asa

Nasihat ini tak boleh dilupakan dan tak perlu dihuraikan. Jangan berhenti selagi belum sampai. Ambil satu demi satu langkah dan berjalan perlahan-lahan ke destinasi….!

Selamat berfikir untuk berhenti kerja dan berniaga.

38 thoughts on “Tips henti kerja kerajaan dan berniaga

  1. Aidila

    Assalam…saya mohon perkongsian dan pendapat…saya keje Gov di Pbt dah 6tahun perkhidmatan… Siapa kerja di Pbt mgkin dia tahu mcm mana kelam kabutnyaa…saya skrg dah tak sanggup lg nk kerja, selama 6tahun kerja berhempas pulas…, dlm masa yg sama sy mmg ade biz sendiri..dah 2tahun…alhamdulillah..rezeki makin bertambah…tp x pernah mengganggu kerja hakiki sy…lately ni anak2 sy berulang2 demam dan menyebabkan sy asik amik Emergency leave… Dan half day… Sy makin trtekan ditempat kerja bile boss tekan2 sy, nk itu nak ini, buat itu buat ini, pembahagian kerja pon x betul, kerja kerani totally sy buat. Sy jadi makin stress bile anak x sihat kite cuti, dan fail makin berlambak… Bukan 2,3fail berpuluh2,dan byk ceritanya…saya rasa makin terbeban…sy fikir sy pon dah ade biz yg stabil,, saya nak resign, dlm masa yg sama, serba salah fikirkan ibu sy , dia x izinkan sy berhenti tp suami sy izinkan.sy dah x ada hati lagi…makin hari makin menjadi2,sy kira org penting kt ofis tu, klu cuti, abeslaa semua x proses, x de org leh tanggung, sy mmg rasa sgt terbeban, bila adu pada bos, dia akan marah…mcm mana ni…sy nak berhenti, sy berjawatan tetap, tak ada buat loan rumah, tp ada loan bank saja…mohon pandangan….tq

    Reply
  2. Khairul

    sy pun dulu 4 tahun kerja swasta..now dh kerja gov pula dn dah masuk 3 tahun..bukan nk condemn tp mmg berbeza cara kerja..sy sekarang cube bertahan kerja kerjaaan tp susah kalau kita sorng je nk ikut buat kerja yg betul tp orng lain xnak buat kerja yg betul..mmg banyak cekadak yg perlu diikut mmg kalau ikut semua tu menyusahkan n melambatkan proses..padahal boleh buat cepat je..sy dh mula fikir untk berhenti sekarang nie..sbb bnyak kerosakan dlm sistem kerajaan..kita pun mahukan rezeki yg berkat bukan itu yg penting…doakan yg terbaik

    Reply
    1. ibu

      Setuju,,,,saya nk berenti,,tapi ada loan bank,,mcm mana ye

      Reply
  3. sue

    saya telah mengambil langkah berhenti kerja kerjaan..
    skop kerja yang diberi macam kerja suri rumahtangga buat,
    bila hati dah x iklas kerja baik lepas kan dan berikan orang yang sgt memerlukan pekerjaan.
    dan sy telah memulakan perniagaan sejak 7 bulan yang lalu dan alhamdulilah syukur dgn rezeki yang diberi..
    lebih seronok dan senang hati dr kerja x iklas dan terpaksa

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Tahniah sue, moga berterusan membuat perubahan hidup dan menemui kejayaan demi kejayaan hendaknya, insyaallah!

      Reply
  4. mas

    Sy pun dh mula rasa bosan keje krajaan. Memang ada niat nk bisnes sendiri. Sy x suka terikat dengan protokol, masa dan majikan. Terima kasih bg panduan berguna ini.

    Reply
  5. hafizul

    Salam.. Tuan, post ni amat tepat utk sy. Sy ada dua soalan, 1st mcm mn nk sertai seminar? 2nd sy mmg berniat berhenti drpd kerajaan dan berniags, tp sy masih mempunyai loan, boleh tuan bg idea utk selesaikan?

    Reply
  6. Syed

    tuan saya nak minta pendapat tuan ni.. sy pernah bekerja dgn syarikat swasta selama 5 tahun. tahun 2012 saya buat keputusan utk berhenti kerja dan berniaga kecil-kecilan di pasar malam sampailah sekarang.. sy pernah berniaga menjual barang2 RM 1, lepas tu tukar, jual jelly kelapa muda, lepas tu tukar lagi jual baju .. semua yg sy niagakan semuanya menjadi seperti tak berapa nak untung. Asyik rugi memanjang..
    Tapi semangat saya untuk terus berniaga tu masih ada. Mungkin ada kesilapan yg sy perlu pelajari lagi.

    Baru-baru ni, saya dapat tawaran utk temuduga kerja kerajaan. Sekarang sy dalam dilema, samada nak pergi atau tidak? atau terus kekal berniaga sampai berjaya..

    Memandangkan jualan pun tak berapa memberangsangkan ditambah pula dengan tak cukup duit modal, membuatkan hati saya berat untuk pergi kerja makan gaji balik..

    apa pendapat tuan?

    sebab sy berniat untuk tukar semula plan saya.. pagi pergi kerja, petang balik kerja pergi berniaga sampailah bisnes tu konsisten pendapatannya. ke macam mana pendapat tuan?

    Reply
  7. LanQuask

    Faktor gaji x brapa nk tampung prblnjaan sblan lah aku nak berniaga

    Reply
  8. Aingelina

    Ini lah y berlaku pd sya skrg.tgh pk nk bhnti kerja or xnk sbb nk fokus wat bsnes.xlarat dah nk mkn gji n xlarat nk jdi hmba ssma mnusia.mkn gji xleh g jauh.

    Reply
  9. Izham

    Kerja kerajaan memang terlalu banyak protokol yang merapu-rapu. Mereka lebih pentingkan penampilan, punchcard biar penuh walaupun datang keje tak buat ape2, selalu tunjuk muka (wayang) dll… Gaji nak naik, tapi kerja tak seberapa.

    Reply
  10. Anonymous

    Melibatkan diri dalam bidang dengan niat yang salah jika berjaya pun tidak mendatangkan keuntungan kepada pemiliknya. Ramai yang ingat nak jadi kaya wang ringgit saja tapi miskin jiwa. Bila dah kaya lupa kepada Allah SWT yang memberi kemewahan.Ramai orang Islam yang kaya tapi tak ramai orang Islam yang kaya harta dan kaya juga jiwanya. Kebanyakannya suka bermegah-megah dengan kurnianNya. Beruntunglah mereka yang tahu mensyukuri nikmat yang Allah beri dan dikongsi pula kekayaan itu dengan mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Tak guna kalau pergi buat Haji dan Umrah berpuluh kali tapi tak ada semangat nak bantu mereka dalam kesusahan dan kesempitan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Itu masalah dalam semua amalan. Ada juga yang solat tapi lupa Tuhan. Ada juga yang miskin tapi bermegah-megah dengan kemiskinannya….jangan terlalu fokus hanya pada orang kaya yang dah berjaya….
      Mohd Shubhi recently posted…Cubaan ringkas yang tak ringkas!My Profile

      Reply
  11. waiman takwa

    Ada artikel saya baca, menyarankan kita ‘think big’ terus dan terus buat perubahan besar.. Tapi risiko juga besar.. Terima kasih beri motivasi kepada saya.

    Reply
  12. daddydee

    terima kasih tuan…tips yang amat berguna sekali..
    ramai usahwan kita baru usaha sekerat jalan sudah putus asa…

    Reply
  13. Zuan

    bnyak yang sarankn fokus pada positive cashflow sebelum betul2 berhenti..

    Reply
  14. Anonymous

    saya setuju dgn hafizul…huhuhu..dh stat biz pastu slow blk coz kewangan..

    Reply
  15. Juan

    aku setuju dengan poin poin diatas, memang kena tgk perkara ni jika nak berniaga

    Reply
  16. Hafizul

    Hehe..terima kasih bro..saya dah lama tanam azam nak bukak perniagaan sendiri..namun, faktor kewangan menjadi penghalang..kerja kerajaan ni, entah lah..mlas nk komen..haha

    Reply
    1. Anonymous

      lebih2 lagi rakan kongsi yg malas. tapi bila dpt payment dia yg ke depan dulu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge