Ucapan berhenti kerja paling hebat pernah saya buat

By | 08/11/2012

Mula kerja
Saya masuk kerja ke syarikat pembuat telefon bimbit antara bangsa sebagai pembantu ‘planner’. Melapor pada seorang eksekutif yang juga seorang kawan. Kawan saya tersebut yang membawa saya masuk kerja ke situ.

Oleh kerana sikap saya yang sering suka memikirkan bagaimana dapat diringkaskan semua kerja agar lebih berkesan dan berjaya, maka saya meloncat naik beberapa kali sehingga akhirnya, ketua saya adalah Sales & Logistic Director yang merupakan seorang Mat Saleh berbangsa Sweden.

Maknanya, saya akhirnya mengetuai keseluruhan ‘sales and operation planning’. Kawan yang jadi bos saya pada awal dulu telah menjadi orang bawah saya pula. Semua itu saya lakukan dalam tempoh 2 tahun saja! Begitulah betapa powernya mengamalkan hidup ringkas!

Letak Jawatan
Dalam mengecapi keselesaan dan kenaikan pangkat, tiba-tiba saya memberikan surat letak jawatan pada ketua saya Mat Saleh Sweden itu. Dia menerima surat itu sambil ternganga tak faham kenapa!. Saya jawab ringkas padanya bahawa saya mahu menjadi usahawan.

Boss saya simpan surat tersebut selama 2 bulan. Setiap hari berselisish dengan saya dia cuba yakinkan bahawa saya perlu terus bekerja dan timba pengalaman lagi sebelum menjadi usahawan. Setiap kali itulah saya jawab, ‘keputusan saya sudah muktamad dan tidak akan berubah lagi’. Dia akan jawab, ‘saya tidak akan putus asa memujuk anda’.

Akhirnya tempoh motis 2 bulan yang saya perlukan sudah tiba. Ketika itu saya menghadiri mesyuarat department yang diketuai oleh boss saya Mat Saleh Sweden itu. Terdapat lebih kurang 15 orang para manager yang majoritinya terdiri daripada kawan berbangsa Cina saya.

Ucapan henti kerja terakhir
Hari itu baru Bos saya Stefan, umumkan pada semua yang hari itu merupakan hari terakhir saya berada di syarikat itu. Semua terkejut dan tidak percaya dengan apa yang bos saya umumkan. Masing-masing bertanya kenapa pada Stefan. Bos saya hanya menjawab ringkas ‘tanyalah sendiri pada Shubhi, saya gagal memujuknya selama 2 bulan’.

Semua mata melihat ke arah saya, mereka mahu mendengar alasan kenapa saya berhenti. Mereka bertanya apa yang saya tak puas hati dan lain-lain lagi. Lalu saya bangun dan berucap lebih kurang begini.

  • Saya langsung tak ada masalah dalam melaksanakan tugasan di syarikat ini. Malah bos saya seorang yang hebat dan menaruh kepercayaan tinggi pada saya. Banyak yang telah saya belajar daripada semua orang terutamanya bos dan juga para manager yang lain. Meniggalkan tempat yang hebat ini merupakan satu keputusan yang amat berat bagi saya.
  • Namun begitu, saya ada impian yang besar untuk menjadi seorang usahawan. Untuk memiliki perniagaan saya sendiri dan merasakan bagaimana cabarannya menjadi seorang usahawan.
  • Saya juga percaya yang saya hanya berpeluang hidup di dunia ini hanya sekali dan tempoh tamat perjalanan saya tidak ada siapa yang tahu. Mungkin sesaat lagi, mungkin sehari dan mungkin sebulan.
  • Bagi memastikan saya tidak menyesal, maka saya lepaskan semua jawatan untuk melakukan apa yang saya idamkan. Sekurang-kurangnya ketika saya tahu saya masih hidup dan saya tidak mensia-siakan kehidupan itu.┬áJika esok saya mati, saya masih boleh rasa puas kerana saya mati dalam permulaan untuk menjadi seorang usahawan.
  • Bukan maksud saya mahu mengatakan makan gaji itu tidak berguna. Cuma saya lebih suka berniaga untuk menyara kehidupan saya dan saya rasa masa itu telah tiba. Masing-masing daripada kita ada jalan masing-masing yang dipilih, maka saya juga ada jalan saya sendiri dan itulah yang saya lakukan.
Ucapan tersebut dihayati oleh semua orang. Mereka semua diam mendengar luahan ikhlas saya dan tanpa di sedari sebaik saja saya habiskan ucapan tersebut mereka semua menepuk tangan dengan kuat termasuklah Bos saya sendiri.
Saya tersenyum, rasa puas dan yang paling penting sekali ucapan tersebut seolah-olah saya sedang membakar jambatan yang telah saya rentangi untuk tidak lagi berpatah balik. Saya sudah tiada pilihan melainkan menjayakan apa yang saya idamkan.
Itulah ucapan terakhir makan gaji saya. Cuma saya ingin bertanya pada mereka yang bercita-cita mahu menjadi usahawan, sudahkah anda sediakan teks ucapan teraakhir anda untuk disampaikan pada semua kawan-kawan anda di tempat kerja?
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

6 thoughts on “Ucapan berhenti kerja paling hebat pernah saya buat

  1. nur_fid

    Assalamualaikum tuan,
    Sy sekarang bekerja di sektor kerajaan. Pada mulanya memang sy sayangkan kerjaya saya ini. Tp lama kelamaan sy rasa bosan, rasa tertekan kerana sering ditekan di tempat kerja dan tiada kebebasan utk meluahkan pandangan dan idea. Saya mula tidak fokus dalam melaksanakan tugas.

    Sy di dalam proses untuk memulakan perniagaan dan berhasrat untuk berhenti kerja. Walaubagaimanapun suami sy tidak bersetuju kerana khuatir sekiranya pendapatan perniagaan sy tidak dapat menandingi gaji saya sekarang. Suami mencadangkan saya untuk mengambil cuti tanpa gaji terlebih dahulu dan melihat trend perniagaan, sekiranya rezeki sama atau lebih barulah dia membenarkan saya untuk berhenti kerja.

    Isu yang timbul adalah samada bolehkah saya memberikan alasan ‘untuk memulakan perniagaan’ sbg sebab utk memohon cuti tanpa gaji? Bagaimanakah saya hendak meyakinkan suami dan diri saya sendiri bahawa ini adalah jalan terbaik yg perlu saya pilih? Harap tuan dapat membantu dan memberikan pandangan. Terima kasih.

    Reply
  2. Hasny

    Assalam tuan,
    sudah 7 tahun bertugas di jabatan kerajaan dgn gaji yg agak lumayan berbanding dengan gaji suami. Saya berhasrat untuk berhenti kerja kerana tak dapat fokus pada kerja lantaran perniagaan online sampingan yang lebih lumayan. jika berhenti dapatlah saya fokus pada perniagaan dan disamping itu, sy teringin sangat untuk menghabiskan masa untuk memasuki kelas agama yang tak dapat saya lakukan jika bekerja sepenuh masa. tetapi saya agak risau juga jika keputusan yang saya buat ini mengakibatkan saya menyesal dikemudian hari.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Kita hanya menyesal bila hanya melihat sudut negatif segala kejadian. Sebaliknya kita akan sentiasa bersyukur bila mampu melihat sudut positif segala kejadian.

      Lagipun, risau takut menyesal kemudian hari hanyalah satu alasan untuk meneruskan apa yang kita buat sekarang. Maknanya kita dah selesa dan memang suka dengan apa yang kita sedang buat sekarang…jadi kenapa nak ubah?

      Melainkan kita memang mahu mencuba perjalanan hidup baru dan bersedia menghadapi cabarannya susah atau senang…maka tak akan timbul rasa takut menyesal di kemudian hari.

      Reply
  3. Asmawati Abdul Eid

    Salam tuan,

    Saya telah berkhidmat 10 thn di sektor kerajaan namun berhasrat utk berhenti (bukan bersara pilihan) sbb hendak urus rmhtga yg melibatkan perkahwinan jarak jauh…pendapatan kerja skrg mmg lumayan dan jika saya beritahu hasrat ini kpd org, org akan ckp saya GILA dan BODOH.

    spt biasa, hutang2 asas yg perlu dtanggung hingga mati pun menyebabkan saya serba salah.Suami pun tak galakkan saya berhenti sbb saya yg banyak tanggung keluarga…biasalah kan…

    Namun, saya ada buat part time business yg baru bermula. Jika saya fokus, blhlah dpt lebih…

    Mentaliti org, bodoh jika berenti ni…

    harap dpt feedback tuan.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Apa matlamat utama nak berhenti? dari atas saya faham sebab utama adalah nak uruskan rumah tangga dan bukannya untuk berniaga.

      Idea saya:
      1. Fikirkan jalan bagaimana dapat diuruskan rumah tangga tanpa berhenti kerja terlebih dulu.
      2. Senaraikan kesemua perbelanjaan dan lihat semula jika ada yang boleh dihentikan atau dijimatkan. Banyak benda tidak perlu dan boleh dihentikan jika kita fokuskan pada hanya perkara asas. Perlindungan, kesihatan & pendidikan
      3. Simpan lebihan sebagai back-up apabila berhenti kerja kelak.
      4. Berhenti kerja apabila ada reserve dalam 1 tahun untuk hidup sederhana sambil berusaha membina perniagaan sendiri

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge