Kurangkan memandu lebihkan berjalan kaki

By | 04/06/2012

Sudahkah anda siapkan senarai perkara paling penting dalam hidup anda? Kalau belum jangan risau sampai ia mengganggu kehidupan. Anda masih boleh teruskan amalan hidup ringkas segera dengan berazam untuk lebihkan berjalan kaki dan kurangkan memandu kenderaan. Kita hidup sekarang lebih mirip kepada orang malas apabila hampir keseluruhan urusan kita lakukan dengan menggunakan kenderaan. Kita lupa selain daripada menekan… Read More »

Shubhi

Permulaan mudah hidup ringkas

By | 04/06/2012

Tempoh manusia hidup atas mukabumi ini terlalu singkat. Jika kita lihat purata jangka hayat penduduk di negara kita, orang perempuan hidup dalam lingkungan 75 tahun dan orang lelaki dalam lingkungan 72 tahun. Itu kalau maut tidak menjemput kita lebih awal. Kita mungkin hidup sihat sehinggalah maut datang, tapi hidup kita akan jadi lebih singkat walaupun panjang umur apabila… Read More »

Shubhi

Falsafah pengembara dalam hidup ringkas

By | 01/06/2012

Pernahkah anda keluar pergi mengembara? Bagi sesiapa yang belum pernah melakukannya, anda sebenarnya telah kerugian dalam merebut salah satu peluang memahami apa itu kehidupan. Bagi kita orang Islam yang beriman dengan hari akhirat, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Kita singgah sebentar waktu sahaja sebagai pengembara yang sedang menuju ke destinasi sebenar iaitu Negeri Akirat. Perumpamaan manusia sebagai… Read More »

Shubhi

Hidup ringkas yang diamalkan di barat

By | 01/06/2012

Sejak saya mula bertekad untuk mengamalkan hidup ringkas, saya mula mengarahkan segala tumpuan fikiran saya untuk mencari definasi sebenar hidup ringkas. Banyak bacaan yang saya temui terutamanya hasil dari pembacaan di blog-blog yang mula memberikan sedikit pencerahan kepada saya tentang konsep hidup ringkas. Kalau di barat sejenis falsafah yang dinamakan sebagai Zen yang berasal dari ajaran Buddha mendapat… Read More »

Shubhi

Cara mudah atasi masalah hutang

By | 01/06/2012

Anda sedang mencari satu cara mudah untuk atasi masalah hutang? Anda mahu selesaikan segala masalah kewangan anda? Anda boleh cuba teknik meluangkan masa selama satu jam sehari untuk memikirkan persoalan wang pada diri anda. Richard Carlson merupakan seorang motivator yang terkenal di Amerika telah membuat kajian terhadap ramai pelanggannya yang menghadapi masalah kewangan. Dia mendapati mereka yang meluangkan… Read More »

Shubhi

10 amalan hidup sihat agar hidup anda lebih baik

By | 31/05/2012

Hari-hari akan terlintas dalam fikiran kita akan amalan hidup sihat untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Kita terfikirkan amalan hidup sihat ketika memandu kereta, ketika mahu tidur, ketika mahu bertakbiratul ihram untuk solat, ketika mengaminkan doa imam, ketika buang air besar dan lain-lain lagi. Kita kadangkala terfikir apakah amalan hidup sihat serta bagaimana mahu menjalani hidup yang lebih… Read More »

Shubhi

2 matlamat pada amalan membaca

By | 31/05/2012

Kenapa kita perlu jadikan amalan membaca sebagai amalan rutin seharian hidup kita telah saya tulis sebelum ini. Saya rasa semua orang setuju bahawa amalan membaca merupakan satu aktiviti yang berfaedah, tetapi mungkin ramai yang menyangka orang yang kuat membaca adalah orang yang pandai. Bagi saya, orang yang banyak kuat amalan membaca tidak semestinya pandai. Tetapi yang pastinya mereka… Read More »

Shubhi