taktik dan strategiKali ini saya nak kongsikan 2 strategi ringkas yang mampu melonjakkan perniagaan anda jauh ke depan mengatasi semua pesaing lain yang ada di dalam pasaran sekarang.

Anda tentu terkejut dengan dakwaan di atas, benarkah memang ada strategi yang boleh membuatkan perniagaan anda menjadi tersangat hebat sampai begitu. Strategi ringkas pulak tu !.

Tak payah nak terkejut sebab memang adapun dan ianya amat ringkas sekali. Lagipun strategi yang akan saya kongsikan di sini memang bermatlamatkan untuk menjadikan tawaran produk atau perkhidmatan anda seringkas mungkin.

Macam yang orang selalu kata dalam Bahasa Inggeris, “Less is more”. Yang kurang itu memang sebenarnya banyak, jika diterjemahkan secara mudah.

Teorinya kat sini adalah untuk mencari jalan meringkaskan segala tawaran perniagaan anda. Dan anda perlu ingat, yang ringkas itu sebenarnya tidak mudah untuk dilakukan.

Untuk melahirkan sebuah lukisan atau logo yang ringkas bukanlah sesuatu yang mudah. Namun jika anda berjaya melakukannya, logo tersebut sudah tentu amat menarik dan mampu membuatkan orang kagum.

Apa makna strategi ringkas

Sebelum saya nyatakan apakah 2 strategi ringkas yang dimaksudkan di atas tadi, saya perlu jelaskan terlebih dahulu perkataan strategi ringkas.

Perkataan ringkas semua orang mungkin faham. Tapi perkataan strategi ringkas tidak akan dapat difahami jika anda tak faham maksud strategi. Oleh itu saya berikan di bawah maksud ringkas strategi.

“Strategi dalam perniagaan bermaksud menentukan apa yang anda perlu buat.”

Mudah saja maknanya bukan ? tapi mungkin anda tak terfikir selama ini makna perkataan strategi itu. Ramai orang yang main cakap saja kononnya dia ada strategi itu dan ini untuk menjadikan perniagaannya hebat. Tapi biasanya ramai orang yang keliru antara strategi dengan taktik.

Dari segi maknanya taktik hanya datang selepas anda dah jelas dengan strategi. Oleh itu berikut di bawah adalah makna taktik.

“Taktik adalah menentukan bagaimana nak buat atau nak laksanakan strategi yang anda dah tetapkan.”

Biasanya kita keliru antara strategi dengan taktik sebab main ikut-ikut saja apa yang semua orang biasa buat. Bila kita lihat orang buat cara A, kita pun tiru. Bila lihat orang buat cara B, kita lihat menarik, maka kita tiru lagi. Akhirnya semua jadi caca merba tak keruan dan kita akan keletihan.

Saya sering ulang perkara ini. Sebab utama kita jadi tak keruan adalah akibat dari asyik tiru taktik orang sedangkan kita tak faham lansung apakah strategi yang terlebih dahulu ditentukan oleh orang yang melaksanakan taktik tersebut.

Perlu disemat dalam kepala bahawa jangan sesekali main belasah ikut taktik orang seandainya kita tak pernah terfikir apakah strategi dalam perniagaan kita.

Bila digabungkan perkataan ringkas, maka jadilah ‘strategi ringkas’.

Sebab apa strategi ringkas ?

Ini adalah untuk pastikan semua orang yang akan pening kepala melaksanakan strategi tersebut mudah faham apa yang anda dah tentukan. Kalau berbelit-belit maka strategi anda akan jadi sia-sia sebab kemungkinan orang bawah anda tak akan faham lalu dia akan buat taktik yang salah.

2 strategi ringkas melonjakkan perniagaan

Bila anda dah jelas antara strategi dan taktik di atas, sekarang kita lihat pula apakah strategi yang perlu anda buat untuk jadikan perniagaan anda hebat jauh ke depan meninggalkan semua pesaing anda yang lain.

Takut ada yang tak dapat faham lagi, segala strategi dan taktik sudah tentu tidak bermakna jika tidak ada matlamat yang mahu dicapai. Itu perkara asas yang saya yakin semua dapat faham, tapi saya nayatakan juga supaya lebih jelas.

Jadi matlamatnya kat sini adalah untuk menjadikan syarikat dan perniagaan anda paling hebat mengatsi semua pesaing lain yang ada di sekeliling. Matlamat itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, itu sudah pasti.

Tapi walaupun ianya adalah antara perkara yang amat sukar, tidak salah jika anda mencuba dan meletakkannya sebagai sasaran yang mahu dicapai. Dapa atau tidak itu bukanlah satu persoalan yang perlu digusarkan. Samada orang nak tergelak atau tidak tak payah nak perdulikan orang. Alang-alang nak buat sesuatu biarlah kita sasarkan untuk menjadi nombor satu. Bukan salahpun !.

Apakah 2 strategi ringkas yang boleh melonjakkan sesebuah perniagaan atau syarikat itu menjadi paling hebat berbanding pesaing yang lain ?

Ini jawapannya;

  1. Ringkaskan harga tawaran – Ini perkara logik yang sudah dilakukan oleh beberapa syarikat yang berjaya. Anda perlu ringkaskan tawaran harga sehingga 50% (atau lebih lagi) lebih rendah dari harga biasa. Dengan ringkaskan harga bukan bererti anda berikan sampah pada pembeli, sebaliknya anda tetap kekalkan perkara asas yang dihajati oleh pengguna.
  2. Ringkaskan tawaran nilai – Ini satu lagi strategi yang sama berkesan dengan yang di atas tetapi tidak bermain dengan harga. Sebaliknya anda meringkaskan tawaran produk atau servis anda supaya lebih hebat, mudah dan menyeronokkan untuk dimiliki.

Anda boleh pilih salah satu daripada strategi ini secara berasingan. Tak perlu nak buat gabungan kedua-duanya sebab pilihan kedua, iaitu memberikan tawaran unik dan meringkaskan tawaran untuk pengguna biasanya sudah tentu dengan harga yang premium.

Strategi ringkaskan harga tawaran

Untuk melakukan strategi ini anda perlu cari apakah nilai asas yang pelanggan mahu. Itu mesti dikekalkan tanpa ada sedikitpun perubahan. Contohnya AirAsia menawarkan khidmat yang sama macam semua syarikat penerbangan lain termasuk MAS. Dia bawa anda dari lokasi A ke lokasi B.

Tetapi untuk melaksanakan proses tawaran tersebut, Air Asia mempastikan banyak kerja yang selama ini dilakukan oleh pekerja syarikat penerbangan dilakukan oleh pengguna itu sendiri. Ini membuatkan kos dapat dipotong dengan begitu banyak.

Contoh lain adalah seperti yang dilakukan oleh syarikat IKEA. Syarikat itu juga menawarkan perabut sama macam perniagaan perabut yang lain di seluruh dunia. Tapi dia sama juga macam AirAsia tadi mempastikan pelanggan terpaksa ambil alih kerja yang biasanya selama ini dibuat oleh pekerja syarikat perabut seperti memasang, penghantaran dan lain-lain seumpamanya.

Sama macam McDonald. Dia tak sediakan orang pergi layan tanya anda nak makan apa. Kerja itu semuanya dilakukan oleh pelanggan sendiri.

Strategi ringkaskan tawaran nilai

Ini biasanya susah sedikit berbanding strategi pertama tadi. Contoh paling mudah adalah apa yang syarikat Apple buat pada Iphone. Dia menawarkan satu nilai yang hebat, mudah digunakan, senang di gunakan, menyeronokkan dan lain-lain lagi yang hebat yang tidak ada lagi dalam pasaran sebelumnya.

Untuk membuatkan segala kerja pelanggan menjadi mudah dan menyeronokkan sebenarnya satu kerja yang amat sukar. Banyak produk yang berjaya apabila melakukan strategi tersebut dan produk itu biasanya dijual dengan harga premium sebab tidak dapat diperbandingkan dengan pesaing yang ada di pasaran.

Satu lagi contoh strategi ringkaskan tawaran yang ada dalam pasaran sekarang adalah syarikat Uber. Dia berikan sesuatu yang amat hebat pada pelanggan teksi konvensional yang mudah, boleh dipercayai dan menyeronokkan. Tawaran itu tidak ada pada teksi konvensional selama ini sehingga para teksi lama mengamuk di seluruh dunia.

Apa strategi ringkas anda ?

Dengan penerangan ringkas di atas saya harap anda boleh faham sedikit sebanyak teknik untuk jadikan syarikat anda hebat. Ada 3 perkara penting yang perlu disebutkan kat sini,

  • Ringkas
  • Harga
  • Tawaran nilai

Perkataan pertama adalah “ringkas”.

Itu memang kerja orang-orang yang hebat. Mereka berjaya meringkaskan segala macam masalah yang berserabut sehingga dapat melegakan semua orang. Itulah yang perlu ada pada para usahawan. Semakin pandai dia meringkas semua benda, semakin hebatlah kejayaannya berbanding orang lain.

Keduanya adalah harga

Suka atau tidak suka, orang semua mahukan sesuatu yang murah. Kalau ada yang lebih murah dan tidak ada apa-apa kekurangan dari segi produk atau servis yang mereka terima, semua orang akan pergi dapatkan tawaran harga rendah tersebut.

Oleh itu walau susah macam manapun usahawan mesti berusaha untuk memberikan tawaran ini. Dan salah satu daripada caranya adalah dengan meningkatkan jumlah unit terjual atau lebih tepat lagi dengan membesarkan saiz pasaran. Semakin besar saiz pasaran yang anda kawal, semakin murah kos pembuatan atau perkhidmatan anda. Itu asas.

Ketiganya adalah tawaran nilai

Jika anda tidak mampu atau tidak ada sumber yang mencukupi melayan saiz pasaran yang besar, maka anda perlu lihat pada tawaran nilai.

Pastikan nilai yang pelanggan dapat adalah paling istimewa dan tidak ada pada pesaing lain yang terdekat. Hanya dengan berbuat begitu, anda boleh letakkan harga premium dan pelanggan masih tetap datang dan dapatkan produk atau perkhidmatan yang anda berikan.

Bukan ringkas nak hidup ringkas sebenarnya !

Total
96
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. saya sangat setuju dengan 2 perkara yang penulis sebutkan di atas.Yang pertama,ringkaskan urusan dan yang kedua ringkaskan faktor harga.Memberikan produk atau servis dengan harga murah berbanding pesaing tanpa kekurangan kualiti dan ciri produk dengan meluaskan lagi saiz pasaran.Tapi tuan,tidak semua produk atau servis mempunyai pasaran yang besar.Mahu tidak mahu,kena juga kenakan harga premium(sedikit mahal berbanding pesaing).Terutamanya jika produk atau servis yang jarang orang tawarkan,lagi ditambah dengan kos produk/servis yang mahal.

    1. Betul tu tuan ! mungkin penerangan saya kurang baik kat atas tu. Untuk kes produk yg tuan sebutkan itu, perlu gunakan strategi ke-2. Ini membolehkan usahawan meletakkan harga premium yang mahal, jauh lebih mahal berbanding produk lain yang biasanya tidak dapat menandingi tawaran yang usahawan itu berikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge