masalah pengurusan pekerjaBila jadi usahawan, anda terpaksa berdepan dengan masalah pengurusan pekerja.

Tapi jika anda sekadar kerja sendiri, masalah dalam pengurusan pekerja tidak timbul. Sebab namapun kerja sendiri.

Orang yang kerja sendiri, jalankan aktiviti cari makannya samada dalam bisnes jual barang atau perkhidmatan secara solo. Jika berterusan begitu, dia tak akan mampu untuk membina sebuah perniagaan yang besar.

Permulaan masalah pekerja

Ada ramai kawan yang saya jumpa sebenarnya bukanlah boleh dinamakan sebagai seorang usahawan. Mereka sekadar berkerja sendiri.

Paling ramai saya jumpa kawan-kawan begitu adalah dalam industri bengkel kenderaan.

Walaupun mereka ada bisnes bengkel kenderaan siap dengan premis kedai yang lengkap serba serbi, tapi merekalah kuli merekalah boss.

Mereka kampoi kesemua urusan seorang diri.

Dalam hati ada hasrat nak besarkan perniagan. Tapi malangnya tiada usaha untuk dapatkan pekerja. Malah punya kepercayaan bahawa tiada orang yang boleh kerja dengan mereka.

Disebabkan itu, mereka buat rumusan untuk terus bergerak secara solo. Sedangkan tidak ada syarikat yang boleh dibesarkan tanpa adanya sekumpulan pekerja yang komited bagi membantu usahawan menjayakan visinya.

Sedar atau tidak walaupun mereka berkerja sendiri, sebenarnya mereka sudah punya masalah pekerja yang paling besar. Iaitu masalah taukeh yang perasan hanya dia seorang saja yang boleh buat apa yang dia nak buat.

Itu masalah paling pekerja paling awal sebelum bermulanya masalah sebagai seorang usahawan dalam bab pengurusan pekerja.

Untuk selesai masalah pertama tersebut, iaitu masalah cara berfikir yang tak betul, anda perlu ubah cara berfikir. Perlu terima hakikat kalau nak jadi usahawan berjaya perlu ada pekerja.

Jadi pergi cari pekerja sekarang untuk saya kongsikan apa masalah utama dalam pengurusan pekerja.

3 masalah utama dalam pengurusan pekerja

Sekarang anda sudah ada pekerja. Syabas kerana anda dah masuk dalam kategori seorang usahawan.

Bila dah ada pekerja, anda tentu akui betapa susahnya nak uruskan pekerja. Tanya mana-mana usahawan, tentu dia kata lebih mudah jika kerja seorang diri tanpa ada pekerja.

Memang tak mudah untuk kawal dan uruskan manusia. Sama macam ibubapa anda rasa amat mencabar untuk bela dan besarkan anda dahulu.

Sekarang baru anda tahu betapa susahnya nak bela orang. Tambah pulak orang yang dibela itu bukan darah daging. Ikatan antara anda dengan pekerja hanyalah ikatan gaji yang dibayar setiap bulan.

Anda janjikan gaji dengan syarat mereka buat apa yang disuruh.

Dari situ bermulalah kisah ayam dengan telur. Mereka tak puas hati dengan gaji dan minta naik gaji. Anda pulak tak puas hati dengan kerja mereka dan rasa nak turunkan gaji.

” Kerja baik saya akan naikkan gaji ! ” itu kata taukeh.

” Bagi gaji lebih, kami kerja dengan baik ! ” itu kata pekerja.

Mana dahulu, kerja baik atau naik gaji. Semua tak mahu mengalah. Memang pening kan !.

Untuk atasi masalah pengurusan pekerja, anda terlebih dahulu perlu tahu apakah masalah asas dalam pengurusan pekerja. Jadi saya kongsikan kat sini apa 3 masalah utama dalam pengurusan pekerja.

#1. Cari pekerja yang sesuai kualitinya

Ini masalah paling asas yang usahawan hadapi.

Tambah pulak jika usahawan tak fikirkan masalah ini, main belasah ambil saja pekerja tanpa susun strategi yang betul, masalah akan datang bertubi-tubi dari awal mulakan perniagaan sampai tutup kedai.

Perkataan utama yang perlu anda berikan perhatian adalah ‘kualiti yang bersesuaian’.

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Mana ada orang yang sempurna. Itu fakta yang tak boleh ditolak.

Jadi macam mana nak cari pekerja yang berkualiti ?

Untuk jawab soalan itu anda perlu faham apa dia maksud pekerja yang berkualiti.

Pekerja yang berkualiti adalah mereka yang dapat melaksanakan apa yang taukeh mahu. Jika apa yang pekerja dapat berikan sama dengan apa yang taukeh mahu, maknanya berkualtilah pekerja itu.

Jadi tugas utamanya adalah berbalik kepada taukeh juga.

Tahukah apa yang anda mahu ?

Kalau tahu bagus. Pergi ambil pen dan buat senarainya satu persatu. Bila dah selesai, tunjuk senarai itu pada anak anda yang masih bersekolah rendah antara darjah satu ke darjah tiga.

Terangkan padanya satu persatu.

Jika dia faham, ertinya anda jelas dengan apa yang anda mahu. Dah boleh gunakan senarai itu untuk dapatkan pekerja dan terangkan senarai tadi pada pekerja yang diambil.

Ringkasnya, anda wajib jelas dengan apa yang anda mahu, dan mampu terangkan sampai pekerja faham. Maka akan selesailah masalah mencari pekerja yang sesuai.

Jika dia setuju, dan terima tawaran nak kerja, maka anda ada masalah yang kedua pula.

#2. Masalah prestasi kerja

Bila dah ambil pekerja yang dirasakan sesuai tadi, maka bekerjalah dia di syarikat anda.

Selang seminggu dua, anda mula rasa tak puas hati.

Ada perasaan yang prestasi pekerja itu macam tak cukup untuk memuaskan hati anda. Tapi perasaan itu hanya dipendamkan saja.

Anda hanya cerita pada kawan yang sudi bertanya. Tapi tak panggil pekerja anda untuk luahkan perasaan tak puas hati itu di depannya.

Kenapa tak boleh nak cakap depan pekerja tadi ?

Sebab utamanya adalah anda rasa prestasinya tak bagus dan anda tak puas hati. Tapi bila tanya apa yang tak puas hati itu, prestasi bagaimana yang dimaksudkan, anda sendiri tak boleh nak jawab dengan jelas.

Itu tandanya anda tak terfikir langsung macam mana nak ukur prestasi pekerja anda. Main agak-agak berdasarkan firasat pak nujum dalam hati anda sahaja. Kalau main agak macam itu, tiada siapapun yang boleh puaskan hati anda.

Jadi jalan keluarnya adalah dengan tetapkan prestasi berdasarkan perkara yang boleh diukur. Bila boleh ukur, lebih mudah untuk tentukan samada lulus atau gagal.

Apa saja yang boleh diukur, sudah pasti boleh diperbaiki. Itu formula asas dalam ilmu pengurusan.

Jadi sekarang, tentukan bagaimana nak ukur prestasi para pekerja anda. Dan tetapkan ukuran yang minimum yang perlu dicapainya. Mudah dan ringkas sahaja dan selepas ini, anda boleh panggil dia dan terangkan kedudukannya.

Dengan ukuran prestasi itu juga anda boleh bimbing dia macam mana nak tingkatkan prestasinya supaya lebih baik.

Bila dah ada itu semua, sekarang anda akan ada masalah yang ketiga pula.

#3. Masalah perangai pekerja

Anda dah ukur prestasinya, anda dah tahu mana lemah mana yang kuat. Untuk baiki kelemahan anda panggil dan bincang dengan pekerja tersebut.

Masa bincang dia angguk-angguk tanda faham.

Anda rangka perancangan untuk pekerja itu baki prestasinya dan pantau semula.

Lepas sebulan, dia macam tu juga. Tak ada perubahan. Malah satupun tindakan yang telah digariskan sebelum itu tidak dilaksanakannya.

Anda mula sedar pekerja anda memang terlatih dalam mencari alasan.

Setiap kali dipanggil mengadap, ada saja alasannya yang power-power yang membuatkan anda terkedu.

Macam mana nak buat pulak ni ? anda rasa binggung.

Kalau jadi macam itu, ertinya pekerja anda ada masalah sikap. Perangai yang suka cari alasan berbanding mencari jalan.

Ada satu lagi perkara penting yang anda tak masukkan.

Tempoh masa untuk dia mencapai prestasi yang diperlukan. Jadi berikan dia satu tempoh masa untuk mencapainya.

Kalau dah habis tempoh dia masih memberikan seribu satu macam alasan, jangan buang masa dengan pekerja sebegitu.

Berikan saja surat amaran pertama. Nyatakan surat tunjuk sebab kenapa dia tidak mencapai tahap prestasi yang dikehendaki dan berikan sebab kenapa dia tidak perlu dibuang dari syarikat anda.

Itu amaran pertama. Nyatakan padanya amaran ke-3 menandakan amaran terakhir yang melayakkan dia boleh dibuang kerja.

Apa saja surat amaran, anda perlu dapatkan tanda tangan persetujuan pekerja anda.

Bila ternyata perangainya masih macam itu juga.

Jangan tunggu lama untuk membuangnya dan gantikan dengan orang yang baru.

Tapi pastikan anda belajar dari kesilapan tersebut supaya jangan berulang. Lepas ini pastikan anda satu kriteria perangai yang sesuai yang anda perlukan. Juga cara-cara untuk kenal pasti adanya perangai tersebut pada pekerja yang anda temuduga nanti.

Sekian perkongsian dalam bab 3 masalah utama dalam pengurusan pekerja. Moga bermanfaat untuk saya dan pembaca semua.

Total
21
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge