4 tanda tiadanya kerjasama kumpulan dalam syarikat anda

By | 08/05/2017

bina kerjasama kumpulanDalam siri 4 tanda masalah bisnes kali ini, saya nak kongsikan masalah tiadanya kerjasama kumpulan dalam syarikat atau perniagaan yang anda sedang jalankan.

Jika syarikat anda ada lebih dari dua orang, kerjasama kumpulan perlu ada. Kerja tak jadi lancar sebagaimana yang diharapkan jika anda ikut arah kanan dan pembantu pula ikut arah kiri.

Macam kayuh perahu atas air, anda dan pembantu perlu kayuh mengikut arah yang sama untuk membolehkan perahu membelah air dengan lancar.

Ditambah lagi dengan irama kayuhan yang seiring dan sepadan, maka lebih lajulah lagi perjalanan perahu tersebut bergerak ke depan.

Kerjasama kumpulan penting dalam organisasi

Cuba tengok semua semula sejarah sebelum ini. Mana-mana kumpulan ketenteraan yang punya disiplin kerjasama yang tinggi, dengan mudah mampu kalahkan kumpulan lain yang berterabur.

Cuba buka sejarah Russia tahun 1914. Bayangkan hanya 3 juta bangsawan Russia, pegawai dan ahli perniagaan menguasai lebih dari 180 juta orang awam Russia. Kenapa ?

Sebabnya adalah, kumpulan elite itu tahu bagaimana nak bina kerjasama kumpulan sesama mereka. Sedangkan rakyat biasa buat hal masing-masing.

Lihat pula keadaan politik di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau nak ikut populariti undi, kumpulan pembangkang sepatutnya menang. Kerajaan BN sekarang sepatutnya kalah.

Tapi realitinya tak jadi macam itu. BN tetap kalahkan pembangkang sebab BN lebih baik kerjasama kumpulan mereka berbanding pembangkang. PRU-14 nanti, perkara yang sama mungkin akan berlaku. Pembangkang masih tidak dapat jalinkan kerjasama yang lebih baik berbanding BN.

Jadi, kalau nak hebat, jangan pandang sebelah mata terhadap hal ehwal kerjasama kumpulan ini. Kalau nak kalahkan pesaing, binalah kumpulan yang saling bantu membantu dan tersusun dengan baik.

4 tanda tiada kerjasama kumpulan

Untuk pastikan samada syarikat anda punya kerjasama atau tidak, cuba lihat 4 tanda yang saya berikan kat bawah ini.

Sudah pasti ada lebih dari 4 tanda yang menunjukkan tiadanya kerjasama kumpulan yang baik dalam perniagaan anda. Tapi 4 tanda yang saya berikan ini sudah cukup untuk berikan maklumat kewujudannya.

  1. Anda sendiri tak pasti tahap kepimpinan diri – Ini tanda paling ketara yang syarikat punya masalah kerjasama kumpulan yang teruk. Ketua tak ada keyakinan dan tak mampu serapkan motivasi dan semangat ke bawah sudah cukup untuk porak perandakan kerjasama.
  2. Pekerja tak berhubung sesama mereka – Untuk membolehkan kedudukan syarikat diperbaiki, maklumat penting mesti berjalan lancar sesama pekerja. Tapi ini tidak berlaku jika mereka tak dapat kongsikan maklumat dan buat perancangan bersama. Mereka buat hal masing-masing dan harap boss sendiri sampaikan perkembangan pada rakan yang lain.
  3. Mesyuarat berkumpulan tidak tetap dan tidak tumpu pada pembinaan syarikat – Mesyuarat jarang atau tidak ada terus. Kalau adapun tidak spesifik khas untuk urusan pembinaan syarikat. Kalau adapun, tidak pula dijalankan secara berkala tetap dan konsisten.
  4. Ada konflik perhubungan sesama individu dalam kupulan – Ada yang bergaduh pulak antara pekerja. Yang A tak cakap dengan B dan tak sebulu. Ada dua team pulak di kalangan pekerja. Ada kumpulan kesayangan Boss dan ada kumpulan Boss tak sayang. Sekadar persepsi juga tidak boleh sebab ia menimbulkan puak yang berbeza.

Ada masalah kerjasama kumpulan

Kalau ada salah satu dari 4 tanda yang saya berikan kat atas tu, anda perlu buat sesuatau untuk perbaikinya.

Jika dibiarkan, syarikat tak akan mampu bersaing dengan syarikat lain dalam pasaran.

Kalau anda buat kerja seorang diri mungkin lebih mudah nak kawal segala urusan. Tapi jika ada lagi orang lain yang terdiri daripada para pekerja, kerjasama kumpualn perlu mantap.

Jadi macam mana nak selesaikan masalah tersebut ?

Macam mana nak hadirkan kerjasama kumpulan dalam syarikat anda ?

Jika anda rasa saya akan kongsikan kat sini, anda silap sebenarnya.. !

Lu pikirlah sendiri !

Jika ada idea, boleh kongsikan kat bawah di ruang komen.

2 thoughts on “4 tanda tiadanya kerjasama kumpulan dalam syarikat anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge