5 langkah urus syarikat yang ada masalah pekerja

By | 27/03/2017

tips urus syarikat berjayaIni sambungan artikel urus syarikat yang ada masalah pekerja iaitu lanjutan dari artikel yang lalu.

Dalam artikel yang sebelum ini bertajuk 4 tanda bisnes ada masalah pekerja dan cara atasinya, saya dah terangkan 4 tanda-tanda yang menunjukkan syarikat anda ada masalah pekerja.

Dalam artikel tersebut, saya tidak berikan tips bagaimana nak atasi masalah tersebut.

Oleh itu saya teruskan saya secara ringkas dan padat bagaimana nak urus syarikat anda sekarang jika memang ternyata ada masalah pekerja.

5 langkah urus syarikat ada masalah pekerja

Anda hanya perlu ikuti 5 langkah yang disenaraikan di bawah ini satu persatu.

  1. Buat carta organisasi – Ini perkara asas yang ramai rasa macam tak penting. Walaupun anda sedang urus syarikat yang tak ramai pekerja, perlu ada carta organisasi. Apatah lagi jika syarikat punya ramai pekerja.
    • Anda perlu terjemahkan organisasi pekerja dalam syarikat yang diharapkan untuk merealisasikan visi dan misi perniagaan anda. Keluarkan semua gambaran dalam kepala ke tas kertas, barulah anda boleh tahu samada apa yang ada dalam kepala itu betul atau tidak betul.
    • Buat kotak semua kerja yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan perjalanan syarikat anda sekarang. Kemudian isikan nama-nama mereka yang menjalankan kerja-kerja tersebut.
    • Dari situ anda boleh kenal pasti jika ada satu kerja yang dilakukan oleh lebih dari seorang. Anda juga boleh tahu samada ada seorang yang melaksanakan lebih dari satu kerja.
    • Jika ada pertindihan, lenyapkan pertindihan tersebut. Contohnya ada satu kerja yang dilakukan oleh lebih dari seorang. Perlukah sampai lebih dari seorang ? jika memang perlu pastikan ada ketua dalam kumpulan tersebut.
    • Jika ada seorang yang buat lebih dari satu kerja, perhatikan samada dia boleh lakukan dengan cara yang cekap dan tidak ganggu kelancaran syarikat anda tingkatkan pendapatan. Mungkin perlu asingkan semula tugasan dengan tambahan pekerja pasa setiap satu tugasan.
  2. Semak kedudukan setiap pekerja yang ada berdasarkan sikap dan kemahiran – Hanya ada dua perkara penting yang perlu disemak pada setiap pekerja anda. Sikap dan kemahiran. Dari situ anda akan ada hanya 4 kategori pekerja:
    • a) Pekerja mahir tapi buruk sikapnya, b) Pekerja mahir dan baik sikapnya, c) Pekerja tidak mahir dan buruk sikapnya dan akhir sekali d) Pekerja kurang mahir dan baik sikapnya
    • Perkara paling awal perlu dilakukan adalah, nyahkan secepat mungkin golongan c), anda sengaja nak cari nahas jika mereka terus kekal dalam syarikat. Buang tanpa belas kasihan. Anda buat bisnes dan bukannya pusat pemulihan sumber manusia.
    • Kemudian lihat pula golongan d). Ada dua sebab mereka tidak mahir;
      • Salah jenis kerja yang diamanahkan. Anda suruh mereka laksanakan kerja yang mereka tak mahir sebab ingatkan perangai baik akan mampu buat apa saja kerja. Ubah skop kerja yang sesuai dengan kemahiran mereka dengan kadar segera.
      • Kurang latihan. Memang sikapnya bagus dan dia tak punya kemahiran lain yang boleh dipergunakan secara maksimum. Sediakan program latihan untuk tingkatkan kecekapan mereka.
    • Lepas itu lihat pula glongan a). Biasanya golongan ini anggap mereka Diva atau Star. Taukeh takut nak buang mereka sebab mereka cekap dan amat mahir dalam buat kerja. Dari situ mereka besar kepala dengan berbagai masalah sikap. Paling teruk mereka tidak punya keinginan bekerja sebagai satu kumpulan. Ia menyusahkan semua orang lain dalam syarikat.
      • Jika anda boleh rangka jenis kerja yang mereka boleh buat secara solo tanpa perlu kerjasama dan berurusan dengan orang lain, kekalkan mereka kat situ.
      • Tapi jika semua kerja anda perlukan kerjasama sebagai satu kumpulan, berikan amaran supaya ubah sikap. Kalau tak mahu dan masih degil, ucapkan selamat tinggal dan persilakan mereka pergi cari platform lain. Biasa golongan ini mudah dapat kerja sebab kemahiran mereka. Usahawan yang kurang pengalaman akan segera ambil mereka bekerja sebelum menyesal kemudian hari mereka silap rekrut Diva.
    • Akhir sekali lihat golongan b). Ambil berat terhadap mereka. Berikan ganjaran melebihi yang lain dan pupuk mereka supaya selesa dan bahagia buat kerja di syarikat anda. Mereka inilha sebenarnya Diva yang perlu dijaga walaupun mereka sentiasa merendah diri dan senag berurusan.
  3. Buat perincian tugasan dalam setiap kerja yang perlu dilaksanakan dalam syarikat anda – Senaraikan satu persatu secara jelas dan terang.
    • Pastikan setiap tugasan boleh diukur pencapaiannya. Pergi cari buku pasal HR atau cari kawan yang ada pengalaman dari HR dan minta kepada mereka contoh lampiran Job Description.
  4. Kenal pasti kebocoran – Lihat semula carta organisasi untuk semak samada ada kerja yang syarikat perlu buat tapi tak ada isi orang yang nak dibuat. Mungkin ada kekurangan yang jika ditambah skop kerja tersebut, syarikat mampu buat lebih banyak jualan dan mampu tingkatkan lagi profit margin.
    • Jika ada, buat perancangan pengambilan pekerja baru. Gunakan 2 kriteria di atas tadi iaitu Sikap dan Kemahiran. Tak perlu lihat sijil sangat sebab hanya syarikat besar sahaja yang tapis pengambilan dengan lihat sijil. Jadi semua yang ada sijil bagus dan tinggi dah tak ada dalam pasaran.
    • Anda perlu lupakan sijil dan lebih pentingkan perlaksanaan. Ada banyak kemungkinan orang yang tidak bersijil jauh lebih mahir dari mereka yang ada Diploma, Ijazah atau Master. Cuma tidak diberi peluang sebab masyarakat dikelabui dengan dunia atas kertas. Ambil ruang tersebut dan ubah persepsi dunia kepada dunia kenyataan.
  5. Pastikan anda buat sesi coaching secara individu pada setiap pekerja anda secara berjadual. Buat macam ni;
    • Sediakan dan berikan pada setiap pekerja salinan perincian tugasan mereka yang anda dah buat di atas tadi.
    • Suruh setiap pekerja anda itu sebutkan nama kawan kerjanya yang dia mahu anda soal dan semak prestasi mereka. Pergi tanya kawannya itu untuk membuat penilaian jujur tentang prestasinya.
    • Tanya setiap pekerja apa pandangan mereka terhadap pencapaian berdasarkan skop kerja yang telah diamanahkan.
    • Dari dua aktiviti di atas anda akan dapat maklumat lengkap dari tuan punya badan sendiri dan daripada kawan yang dia percaya, akan prestasi mereka. Anda boleh dapat gambaran yang lebih jelas mana yang baik dan mana yang boleh dipertingkatkan.
    • Bincang dengan setiap pekerja secara tertutup akan setiap penemuan satu persatu. Mana yang baik pencapaiannya, berikan pujian dan perghargaan. Mana yang kurang baik bincangkan jalan untuk atasinya.
    • Pastikan anda bertindak sebagai pemangkin untuk memajukan diri mereka. Jangan jadi Boss yang gila kuasa dan bengis macam singa. Jadilah pembimbing supaya semua orang boleh garap potensi diri mereka ke tahap yang maksimum untuk jadi manusia yang berguna.
    • Bila dah habis, buat temujanji untuk pertemuan yang akan datang. Kalau anda ada banyak masa, review sebulan sekali. Kalau tak ada masa, sekurangnya 3 bulan sekali. Masih tak ada masa, buat 6 bulan sekali, tak boleh juga buat setahun sekali. Masih tak boleh juga, terbukti anda perlu rekrut seorang Pengurus Sumber Manusia.

Ok !

Tamat sudah cara nak selesaikan atau cara nak urus syarikat anda yang sedang hadapi masalah pekerja. Lebih kurang seribu patah perkataan sahaja nak terangkannya.

Tapi anda jangan ingat nak urus syarikat yang ada maslaah pekerja ini seringkas huraian yang saya buat kat atas tu. Perlaksanaannya ambil masa. Putarannya hanya lengkap dalam tempoh setahun dan ia perlu diputarkan lagi tahun demi tahun.

Hanya kasabaran, disiplin dan istiqamah sahaja yang mampu buat itu semua. Bukan senang nak urus syarikat !

Selamat beramal. Kalau ada soalan komen kat bawah. Kalau ada nak tambahpun boleh komen juga kat bawah.

2 thoughts on “5 langkah urus syarikat yang ada masalah pekerja

  1. Nota Nutrisi

    Setiap organisasi perkara wajib yang perlu ada adalah SOP. Tapi itu tidak bermakna semua akan jalan seperti biasa. Pengalaman saya menguruskan kiosk dan pekerja walaupun sudah ada SOP dan sebagainya , pasti ada cabaran pekerja yang bermasalah. Thanks admin atas info asas ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge