Kalau anda seorang usahawan yang punya syarikat dan pekerja. Ini artikel penting.

Kalau anda bukan usahawan. Masih kerja makan gaji. Maklumat ini juga amat penting.

Teruskan pembacaan untuk ketahui kenapa ianya sangat penting.

3 jenis pemikiran yang ada dalam syarikat

Dalam syarikat  yang ada pekerja, akan ada 3 jenis pemikiran.

Dari pemikiran ini, melahirkan tindakan.

Dari tindakan mereka, bakal menentukan keadaan dan prestasi syarikat di mana orang-orang itu bekerja.

Dalam 3 pemikiran yang ada itu. Hanya satu pemikiran sahaja yang bagus dan bleh diterima. 2 lagi jenis pemikiran akan membuatkan syarikat atau organisasi hancur dan tdak ke mana.

3 pemikiran tersebut adalah

  1. Dungu – jenis pemikiran paling terk yang boleh ada dalam sesebuah syarikat atau organisasi
  2. Tribalisme – pemikiran ini juga tidak membantu syarikat atau organisasi
  3. Warga Syarikat – Ini saja satu-satunya pemikiran yang boleh ada pada semua pekerja syarikat. Jika mahu syarikat pergi lebih jauh.

Saya cuba terangkan kesemua pemikiran itu satu persatu.

Pekerja berfikiran dungu

Pekerja berfikiran dungu ini bukan bermaksud dia ada masalah kecerdasan akal. Tidak juga bermaksud dia ada spark pada otaknya yang membuatkan dia sewel dan seumpamanya.

Mereka orang biasa. Boleh berfikir. Boleh buat kerja. Boleh cari jalan penyelesaian. Malah tidak mustahil ada kecerdasan akal yang sangat tinggi.

Tapi malangnya, tumpuan utama orang jenis pemikiran ini hanyalah satu sahaja. Iaitu dirinya sendiri.

Apa saja yang dia buat, semua kearah kepuasan diri dan kepentingan dirinya sahaja. Pi mampus dengan orang lain. Dia tak ambil pot lansung. Malah tak terlintaspun untuk fikir pasal hak atau kepentingan orang lain.

Orang jenis pemikiran dungu ini tidak punya pengetahuan dan tak punya kemahiran untuk bertindak secara kumpulan. Tak mampu bekerjasama.

Dia akan buat kerja dia dalam sudut terasing. Semuanya demi kepentingan dirinya sendiri sahaja. Sebab itu dia mungkin boleh songlap duit. Mungkin boleh tipu laporan. Tipu overtime dan segalanya lagi mungkin. Asalkan mencapai matlamat untuk kepentingan dirinya sendiri.

Mungkin dia tak tipu atau songlap duit syarikat. Tapi dia tak ada pertimbangan terhadap semua pekerja lain selain dari dirinya sendiri sahaja. Tak ambil tahu pasal orang lain dan buat kerja dia sendiri sahaja.

Makan sorang diri. Tak ada komunikasi. Tak mahu rapatkan perhubungan sesama rakan sekerja dan lain-lain lagi seumpamanya.

Kumpulan pekerja berfikiran sebegini lansung tak tergerak dalam hati mereka untuk memberikan sumbangan pada syarikat atau pekerja lain. Yang pentingnya, dia untung seorang diri.

Pekerja berfikiran tribalisme

Ini jenis pemikiran kedua. Bagus sikit daripada kat atas tu. Ada kerjasama berkumpulan.

Tapi malangnya, mereka sangat kuat berpegang pada semangat kumpulan mereka sahaja. Fanatik kumpulan. Sangat setia pada ketua kumpulan mereka. Semuanya tertumpu pada kepentingan kumpulan mereka sendiri sahaja.

Kalau dalam syarikat, jika dia duduk bawah jabatan operasi, kebetulan dalam operasi ada beberapa kumpulan kecil lagi, akan ada jenis yang taat setia pada satu kumpulan mereka sahaja.

Kumpulan ini akan jaga kepentingan mereka sahaja tanpa perdulikan kepentingan atau hak semua orang lain. Mereka juga tak ada masa nak fikirkan pasal kepentingan syarikat secara keseluruhannya.

Mereka bergerak secara kumpulan. Mungkin tak satu jabatan. Tapi kebetulan ada lebih dari seorang pekerja dari negeri yang sama umpamanya. Mereka bersatu jadi satu kumpulan fanatik.

Biasanya, geng tribalisme ini sangat kuat syak wasangka terhadap kumpulan atau orang lain. Maka semua perkara yang berlaku ditafsirkan sebagai serangan terhadap kumpulan mereka.

Pekerja berfikiran Warga Syarikat

Ini sahaja satu-satunya pemikiran yang perlu ada pada semua pekerja di dalam sesebuah syarikat.

Orang yang punya pemikiran ini punya pengetahuan dan kemahiran untuk memberi pertimbangan terhadap kesemua orang yang ada di sekeliling mereka.

Mereka tahu bina perhubungan dan pandai menjalin kerjasama secara win-win situation.

Mereka tahu hak yang mereka ada dan perjuangkan hak tersebut tanpa menafikan hak semua orang lain. Mereka juga sanggup perjuangkan hak orang lain sekecil manapun demi mencapai maksud kesejahteraan sama rata untuk dikecapi oleh semua warga syarikat yang ada.

Kumpulan warga syarikat ini akan memberikan sumbangan besar terhadap syarikat. Sebab mereka sentiasa melihat semua perkara dalam kontek yang lebih besar dalam membuat apa saja tindakan dan keputusan.

Selain dari berikan pertimbangan terhadap diri mereka sendiri, rakan sekerja, pelanggan, pembekal dan masyarakat, mereka juga ambil berat pasal pemilik syarikat.

Hanya warga syarikat sahaja yang akan pertimbangkan kepentingan taukeh syarikat ni. Mereka tahu taukeh sudah tentu mahu pastikan pelaburannya membuahkan hasil. Jadi warga syarikat akan turut sama berusaha pastikan itu berlaku.

Bertentangan dari kumpulan pemikiran yang dia kat atas sana. Mereka ini memang tak ambil pot lansung pasal taukeh. Biarlah taukeh mampus asalkan perut mereka kenyang. Taukeh perlu tunaikan semua janji dan syarat tanpa gagal. Tapi mereka sendiri akan langgar semua amanah dan tanggung jawab sewenang-wenangnya.

Pekerja jenis mana satu?

Jika anda pemilik syarikat, kumpulan mana pekerja anda ada sekarang. Kalau kumpualn dungu atau tribalisme, elok buang sahaja. tak ada pun tak apa dalam syarikat.

Jika anda masih makan gaji, pastikan anda masuk dalam kumpulan pekerja yang berfikiran warga syarikat. Itupun jika anda mahu terus kekal kerja kat syarikat tersebut.

Jika anda jenis dungu atau tribalisme, elok ubah segera. Atau letak jawatan dan pergi cari makan sendiri. Jangan jadi parasit dalam syarikat.

Nota: Kredit pada ucapan Dr. Kethoser (Aniu) Kevichusa. Lihat pautan di sini.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge