Apa berlaku apabila syarikat perniagaan membesar?

Perkara paling awal berlaku sudah tentu timbul rasa bersyukur, bangga dan seronok, pemilik kepada syarikat tersebut.

Tak ada yang lebih puas dan membanggakan kepada seorang usahawan selain dari melihat syarikat yang diusahakannya membesar.

Penat lelah bermula dari seorang diri, hanya dari cetusan idea, lalu diterjemahkan kepada kenyataan satu persatu, bertambah seorang demi seorang pekerja. Dan sedar tak sedar syarikat perniagaan membesar ke peringkat yang sebelum ini hanya ada dalam angan-angan sahaja.

Untung naik bila syarikat perniagaan membesar

Jika pengurusan dibuat dengan baik, paling utama aliran kewangan syarikat dipantau dengan betul, untung akan naik bila syarikat perniagaan membesar.

Logiknya macam itulah.

Syarikat yang membesar secara organik, berlandaskan permintaan yang nyata, insyaalah akan mencatatkan keuntungan yang baik.

Jangan pula syarikat perniagaan membesar sebab disuntik dengan botox yang diambil dari pinjaman bank. Botox dalam perniagaan bagi saya adalah duit pinjaman.

Pertambahan pekerja, pertambahan premis perniagaan semuanya disara oleh duit yang datang hasil dari duit pinjaman. Kononnya bila suntikan botox itu dibuat, orang akan nampak syarikat perniagaan anda gah.

Bila perniagaan kelihatan gah, menderu-deru pelanggan akan datang dan hasil jualan akan naik.

Andaian sebegitu kebanyakannya adalah salah. Ramai orang kenal syarikat anda, ramai orang rasa syarikat anda hebat, belum tentu diterjemahkan kepada peningkatan jualan yang tinggi.

Contoh paling mudah cuba ingat semula restoran yang baru dibuka dengan amat bergaya, hebat yang anda pernah lihat sebelum ini. Timbul sedikit rasa cemburu dalam diri.

“Bilalah aku nak berkemampuan buka restoran macam ni”, mungkin itu bisikan yang bermain dalam kepala anda bila pertama kali melihatnya.

Selepas tak sampai setahun, anda lalu semula depan restoran itu, habis semua dah kosong. Pada shutter kedai yang tertutup rapat itu terpampang notis besar, ‘UNTUK DISEWA!’.

Banyak kali saya lihat senario yang di atas tu berlaku dari dulu sampai sekarang. Itu risiko make-up lebih tanpa usul periksa dalam perniagaan. Kalau pakai duit sendiri nasib baik juga walaupun duit semua hangus. Tapi kalau pakai duit pinjama bank, lebih parah untuk buat balik perniagaan baru.

Dalam artikel ini, kita andaikan syarikat perniagaan membesar secara organik dan sihat.

Masalah mula timbul bila syarikat perniagaan membesar

Mulanya memang seronok!

Yalah! untung naik, duit bertambah! siapa tak seronok?

Jumlah bilangan pekerja juga turut bertambah. Dari ingat kesemua nama pekerja termasuklah asal usul dan di mana mereka tinggal, lama kelamaan, ramai pekerja anda sendiri namapun anda dah tak berapa tahu.

Anda harapkan orang bawahan disetiap cabang organisasi anda uruskan kesemuanya. Anda ada visi dan misi yang jauh lebih besar untuk diuruskan.

Lama kelamaan bila anda lihat semula margin keuntungan yang syarikat buat, semakin kurus. Kalau masa kecil dulu, masa kenal semua pekerja dulu, margin atau nisbah keuntungan lebih dari 20%, sekarang anda lihat dah kempis tinggal tak sampai 10%.

Ertinya, kalau dulu, dalam setiap RM100 jualan, anda buat untung lebih dari RM20 bersih. Sekarang dalam setiap RM100 jualan, anda hanya ada kurang dari RM10 sahaja untungnya.

Secara kasarnya, anda seolah-olah buat kerja 2 kali ganda teruk sekarang untuk dapat keuntungan yang sama macam masa kecil dahulu.

Tentu tak best jadi macam tu kan! kalau anda rasa macam tu best, saya tak boleh nak kata apa-apa.

Memang anda jenis yang suka kerja kuat untuk ganjaran yang sedikit.

Kalau anda memang suka dengan konsep semakin kuat kerja semakin sedikit untung, saya angkat tangan! Moga bahagia dengan pilihan itu.

Jika anda normal, macam semua orang lain, tentu tak suka jadi macam itu. Tentu timbul tanda tanya apa yang tak kena dengan syarikat perniagaan anda sekarang.

Nota: perhatikan betapa pentingnya ukur nisbah keuntungan. Jangan seronok awal tengok jumlah untung sebelum tengok nisbah keuntungan perniagaan.

Masalah pekerja timbul bila syarikat perniagaan membesar

Pada asasnya, syarikat anda jadi macam itu bila membesar dan bertambah jumlah kakitangan, adalah disebabkan masalah produktiviti. Dan ianya ada kaitan yang rapat dengan masalah pekerja di syarikat anda.

Itulah masalah yang akan mula timbul bila syarikat dah membesar.

Kenapa timbul masalah pekerja bila syarikat membesar? Kenapa produktiviti menurun? kenapa semangat macam dah hilang dan pekerja dah tidak seghairah dahulu lagi?

Biasanya kalau tanya para pekerja yang ada, anda akan dapat jawapan macam di bawah,

  1. ‘Saya tak rasa dihargai…’
  2. ‘Saya rasa macam tak ada tujuan jelas, samada untuk diri sendiri mahupun untuk syarikat…’
  3. ‘Saya pulun macam manapun, tak kan ada apa-apa perbezaan..’
  4. ‘Bos mana peduli dengan saya…’
  5. ‘Apa yang syarikat jangkakan lansung tak masuk akai..’
  6. ‘Macam-macam nak kena handle dalam masa yang sama..’
  7. Dll lagi seumpamanya.

Itulah antara contoh-contoh jawapan yang anda akan dengar dari kebanyakan pekerja. Itupun jika anda luangkan masa untuk tanya dan buat pencarian.

Tapi biasanya, jawapan itu hanya diketahui oleh pesaing syarikat anda ketika menemuduga pekerja anda!

Apa jalan penyelesaiannya?

Tak payahlah saya nak ajar anda macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Saya yakin anda dah boleh gunakan pengalaman yang ada untuk selesaikan semua itu supaya pulih balik.

Anda hanya perlu mulakan dengan merapatkan semula diri dengan semua pekerja. Buat satu sistem supaya pekerja sentiasa rasa bos dan syarikat sentiasa bersama dengan mereka dan sentiasa ambil perduli kepada kerja dan kehidupan mereka.

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. bisnes semakin membesar maka kos operasi semakin bertambah…

    kos operasi banyak dalam kepada tenaga pekerja kerana mereka adalah aset syarikat yang amat utama..

    lain la syarikat banyak guna mesin automatik tetapi masih juga memerlukan tenaga pekerja

    wajarnya biarlah bisnes berkembang secara konsisten daripada mendadak ..

    tidak bersedia jadi buruk padahnya
    mrhanafi recently posted…Pengalaman Sebenar Lelaki Jadi Pengasuh BayiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge