Pekerja bahagia, syarikat berjaya!

By | 28/06/2013

water-464953_960_720Sejak akhir-akhir ini banyak tumpuan diberikan ke arah hubungan bahagia dengan kejayaan sesebuah organisasi.

Adalah didapati, pekerja yang bahagia mendatangkan banyak manfaat pada sesebuah organisasi kerana:

  1. Pekerja yang bahagia biasanya punyai tahap kesihatan mereka lebih tinggi
  2. Pekerja bahagia biasanya jauh lebih kreatif
  3. Pekerja bahagia menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi
  4. Pekerja bahagia sanggup berkhidmat lebih daripada yang dijangkakan
  5. Kebahagiaan dan kegembiraan seseorang individu mampu memberikan jangkitan pada orang lain untuk turut sama bahagia.
  6. Jangkitan kebahagiaan menjalinkan kerjasama yang tinggi

Kenapa kita bahagia?, untuk bahagia ada 3 jalan:

  1. Menjalani kehidupan atau pengalaman yang menyeronokkan. Pengalaman menarik dan menyeronokkan dapat memberikan kepuasan pada kita. Pengalaman positif yang dilalui yang memberikan harapan untuk masa yang mendatang banyak membantu kebahagiaan hidup.
  2. Berendam dalam aktiviti yang kita mahir. Kepuasan muncul setiap kali kita mengadap atau asyik dengan kerja atau aktiviti yang banyak menggunakan kemahiran yang kita ada. Setiap kali melakukan aktiviti seperti itu, masa terasa begitu pantas berlalu tanpa disedari.
  3. Bermatlamat. Hidup yang tiada tujuan ataupun pejuangan adalah umpama mati. Dengan adanya matlamat kita rasa makna kehidupan dan puas apabila dapat memberikan sumbangan. Menjadi sebahagian daripada kumpulan atau pergerakan atau perjuangan yang lebih besar juga mampu menimbulkan rasa kepuasan dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Usahawan boleh menggunakan maklumat di atas untuk menyuntik suasana syarikat dan juga pekerjaan bagi melahirkan pekerja yang bahagia.
Apa yang perlu dilakukan adalah:
  • Pastikan perjalanan dan suasana syarikat dalam segenap segi dapat menimbulkan satu pengalaman hebat dan positif kepada para pekerja. Ini termasuklah menggalakkan perhubungan baik sesama pekerja, keluar makan bersama atau menganjurkan aktiviti luar bersama secara berkala.
  • Lihat dari sudut peluang pada setiap masalah atau cabaran yang dihadapi oleh syarikat agar pekerja mengambil pengalaman tersebut sebagai satu harapan untuk membina diri dan juga syarikat. Sebaliknya jangan menekan dan menghambur pekerja setiap kali timbulnya masalah atau cabaran.
  • Pastikan setiap pekerja ditugaskan pada kerja yang menggunakan kemahiran mereka secara maksimum. Pemilihan kerja pada setiap pekerja amat penting untuk membuatkan mereka bahagia dan mendapat kepuasan dalam kerja yang dilakukan.
  • Terangkan matlamat besar atau visi yang disasarkan oleh syarikat. Terangkan juga apakah peranan yang dimainkan oleh setiap pekerja dalam mencapai visi yang disasarkan. Dengan memahami matlamat atau visi tersebut dan tahu dimana peranan mereka, pekerja akan rasa ia makna segala kerja yang dilakukannya.
Cerita ringkas
Satu ketika saya makan mee goreng di sebuah gerai yang menjadi kegemaran saya. Seperti biasa taukeh kedai akan datang berbual jika tidak sibuk kerana dah menjadi pelanggan regular.
Dia kongsikan masalah terhadap pekerja yang tidak tetap. Datang silih berganti dan tidak dapat bertahan lama untuk terus bekerja dengannya.
Oleh kerana masalah itu, rancangannya untuk membesar dan membuka cawangan dikawasan lain terbantut kerana tidak adanya para pelapis yang boleh dilatih bagi menjalankan perniagaan di cawangan yang mahu dibuka.
Saya bertasnya adakah dia pernah menceritakan visi dan misinya pada para pekerja yang baru datang bekerja di situ?
Jawabnya tentu tidak, apalah sangat nak diceritakan tentang visi dan misi seorang penjual mee di gerai jalanan!.
Saya menjawab itulah kesilapannya!
Bayangkan kita menumpang kapal yang berjalan ke sana sini tidak tentu haluan dan tujuan. Untuk beberapa ketika mungkin seronok.
Tetapi jika berterusan begitu dan tak tentu hala tujunya tiada sesiap yang dapat bertahan, bila dia melihat adanya satu kapal lain berselisih yang kelihatan lebih mantap menarik dan menuju ke sesuatu destinasi, sudah tentu dia akan terjun ke situ pulak!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

9 thoughts on “Pekerja bahagia, syarikat berjaya!

  1. Hafizul

    Sangat menarik apa yang bro kongsikan ni…bila dah bahagia, macam2 boleh jadi kan..hehe

    Reply
  2. jal

    betol mmg penting kalau pekerja tu bahagia, tempat kerja part time sebelom ni pon boss dia pon pentingkan anak buah rasa selesa so mmg best lah kerja situ, so baru semangat nak kerja kan;…

    Reply
  3. suri

    banyak pekerja tak bahagian rata2 sebab majikan punya sebab.seperti gaji tak naik, tak dapat claim elaun dan banyak lagi heeee

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge