10 saluran paling berkesan pasarkan perniagaan

By | 29/03/2013
Saluran paling berkesan untuk pemasaran

Apa saja perniagaan yang dilakukan, anda perlu pasarkan perniagaan tersebut. Tetapi, dengan kos yang terhad, anda perlu tahu apakah saluran yang paling berkesan untuk pasarkan perniagaan.

Tak ada perniagaan yang akan hidup jika tidak diwar-warkan kewujudannya. Ada berbagai cara untuk anda memberitahu bakal pelanggan tentang kewujudan perniagaan yang anda jalankan.

Berikut saya senaraikan 10 cara yang paling berkesan untuk anda pasarkan perniagaan:

  1. Hantar surat – Anda mungkin rasa ini cara ketinggalan zaman. Tapi ianya adalah salah satu cara yang cukup berkesan. Saya sering menerima surat dari Tokong Siam yang mempromosikan kehebatan saminya meramal nombor ekor. Bagi mereka yang kaki tikam ekor ini mampu menarik minat. Saya yakin ramai yang secara diam-diam mendapatkan khidmat sami tersebut. Anda boleh gunakan teknik sama dengan tawaran yang lebih berfaedah.
  2. Website dan iklan pada enjin pencarian – Pastikan anda ada membina sebuah website bagi menerangkan apa yang ditawarkan dengan menarik. Ambil pakej iklan di google atau lainnya yang tawarkan iklan berbayar memalui ‘Pay per Click’.
  3. Bersosial secara maya dan juga secara zahir – Pilih beberapa kumpulan dari berbagai industri yang sering berjumpa dan bersosiallah secara aktif dan jujur. Pertukaran peluang dapat berlaku jika anda berjaya membina hubungan dengan baik dan ikhlas. Anda juga boleh gunakan media sosial dengan betul dan berfaedah dengan matlamat yang sama.
  4. Menggunakan sistem rujukan – Jika anda sudah punya beberapa pelanggan, berikan insentif yang menarik agar pelanggan merujuk anda pada kenalan mereka. Tapi pastikan produk atau khidmat syarikat anda memuaskan hati pelanggan yang sedia ada!.
  5. Kerjasama pemasaran – Anda boleh berpakat dengan usahawan lain yang bukan pesaing untuk melakukan tawaran hebat samada melalui email, surat, pameran atau keraian. Pastikan anda berkongsi prospek pelanggan yang sama. Contohnya buat jemputan makan bersama dengan menjemput pelanggan masing-masing. Anda boleh menarik pelanggannya dan dia boleh menarik pelanggan anda.
  6. Telemarketing – Ini sudah menjadi perkara biasa sekarang. Anda tentu pernah dihubungi untuk promosi pelancongan dan lain-lain. Pastikan ia dirancang dengan rapi dan tidak membuatkan orang yang anda hubungi terganggu.
  7. Iklan bilboard – Ini juga semua orang tahu dan adalah cara yang telah lama terbukti. Iklan pada meja kedai mamak, iklan pada bas awam dan teksi. Iklan pada billboard jalan raya atau pada stesen menunggu bas sudah lama diamalkan. Bilboards besar yang anda lihat di lebuh raya bernilai sekitar RM800 ribu setahun.
  8. Publisiti percuma – Setiap kali anda keluarkan produk atau servuce baru, atau anjurkan apa-apa program, buat rencana mengenainya dan hantarkan ke media. Wartawan dahagakan berita, oleh itu berikan berita menarik pada mereka. Pemilihan media juga penting. Pastikan anda tidak hanya mendapat glamour sebaliknya mendapat juga hasil jualan!.
  9. Pameran perdagangan – Ini cara yang amat berkesan kerana mereka yang hadir adalah sasaran anda. Pastikan setiap orang yang lalu di ruang pameran anda diambil kad perniagaanya. Pastikan anda tonjolkan produk atau servis sebaik mungkin.
  10. Iklan di majalah tertentu, website atau suratkhabar – Ada majalah, website atau akhbar yang menyasarkan kumpulan tertentu yang spesifik sebagai pembaca mereka. Meletakkan iklan di ruang sebegini biasanya berkesan.
Walau apa saja yang anda pilih sebagai saluran pemasaran, perkara yang paling asas adalah memahami kenapa orang teringin nak beli produk atau servis syarikat anda. Ada teknik mengolah iklan yang terbukti berkesan yang anda perlu tahu.
Begitu juga pemilihan saluran yang betul boleh menjimatkan wang anda daripada pembaziran. Ada seorang kawan saya yang cukup glamour kerana sering keluar akhbar dan TV serta media lain kerana tawaran unik yang ada pada perniagaannya.
Bagi para wartawan, perniagaannya adalah satu bahan yang menarik. Tetapi malangnya ia langsung tidak menjana jualan pada syarikat kerana pilihan media yang tidak membawa kepada bakal pelanggannya yang sebenar.
Hasilnya, dia hanya jadi cukup glamour sedangkan hakikatnya jiwa merana kerana perniagaan tak menguntungkan! Oleh itu fikirkan betul-betul segala langkah yang diambil. Ingat falsafah ini:

“Biar tak glamour, asalkan jualan syarikat meningkat banyak dan menguntungkan”

Ingat! fikirkan hasil dari aktiviti pemasaran anda terhadap perniagaan dan bukannya sekadar untuk publisiti taukeh sahaja sedangkan perniagaan tak kemana.

Selepas ini, jika anda nak buat aktiviti pemasaran sila kembali kepada artikel ini untuk semak semula apakah 10 saluran paling berkesan untuk anda pasarkan perniagaan anda.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

8 thoughts on “10 saluran paling berkesan pasarkan perniagaan

  1. gee

    as salam, sy nak tya berkenaan bengkel yg encik anjurkan…adakah bengkel nie yang sama dari awal hingga seterusnya@ berbeza setiap bengkel?? sy berminat untuk menyertai bengkel bulan mac tetapi bengkel sblm nie sy tak pernah hadir.terima kasih.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      W’salam,

      Asasnya adalah sama, cuma saya perkemaskan isinya hasil dari input peserta bengkel sebelumnya…ertinya bengkel yang sama cuma ada tambahan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge