Small-Business-Failure (1)Ada dua golongan yang ketara dalam mana-mana kumpulan mereka yang menjalankan perniagaan dalam mana-mana industri.

Kumpulan pertama…

Adalah mereka yang sedang-sedang saja pencapaian perniagaan mereka. Ini merupakan kumpulan paling besar dan biasanya merangkumi 80% daripada keseluruhan industri.

Kumpulan kedua…

Adalah mereka yang pencapaiannya hebat jauh melebihi orang lain dalam industri. Kumpulan ini biasanya merangkumi hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan usahawan dalam satu-satu industri. Dan biasanya dalam lingkungan 20%.

Jika diperhatikan, kumpulan pertama merupakan kumpulan yang paling banyak sekali memegang fahaman salah dalam bab menentukan harga produk.

Kumpulan kedua pula biasanya amat mahir dan jelas dalam proses menentukan harga produk yang bakal dikenakan pada pelanggan sasaran mereka. Di samping itu, mereka juga amat jelas siapa sebenarnya pelanggan mereka dan siapa yang bukan pelanggan sasaran mereka.

3 salah faham tentang harga produk

Berikut saya berikan 3 salah faham dalam menentukan harga produk atau perkhidmatan perniagaan yang sedang anda jalankan. Mungkin ada lebih banyak lagi salah faham lain, tapi biasanya inilah yang diamalkan oleh para usahawan.

  1. Harga produk hanya ditentukan oleh kos barang. Ini paling ramai yang menganuti fahaman salah ini. Dalam kebanyakan perniagaan yang dilakukan, usahawan akan dapatkan kos barang, dan kemudian mark-up sikit untuk dijadikan untung. Itulah keuntungan perniagaannya dan kalau dia tak mampu dapatkan harga barang lebih murah, margin keuntungannya akan menjadi mangsa. Dan akhirnya dia salahkan orang Cina kerana tak jual harga barang murah pada orang Melayu.
  2. Harga produk mesti lebih murah dari orang lain. Ini satu lagi fahaman salah tentang harga produk. Ramai yang amalkannya dan hilang arah dalam perniagaan apabila dia tak dapat lawan harga orang lain yang lebih murah daripadanya. Ia adalah hasil daripada salah faham pertama di atas tadi. Bagi fahaman salah ini, satu-satunya nak hidup dan maju dalam perniagaan adalah dengan cara jual produk lebih murah daripada pesaing. Lalu masing-masing campakkan harga dan akhirnya satu demi satu tutup kedai.
  3. Beri diskaun untuk tingkatkan jualan. Susulan daripada fahaman pertama dan kedua, lalu langkah paling mudah untuk naikkan jualan dan panjangkan sedikit lagi tempoh jangka hayat perniagaan mereka daripada gulung tikar awal, mereka buat promosi diskaun 20% atau lebih. Ini membuatkan margin keuntungan menjadi nipis walaupun jualan meningkat. Sampai berapa lama aktiviti sebegini mampu bertahan?

Tak setuju dengan konsep harga produk di atas?

Mungkin anda seorang usahawan dan tidak setuju atau tak nampak kenapa saya katakan 3 perkara di atas adalah salah faham dalam menentukan harga produk dalam perniagaan anda.

Secara logiknya, tentu saya nak syorkan bahawa jangan asyik nak turunkan harga supa boleh bersaing dengan orang lain. Kekalkan harga atau tinggikan lagi harga jika servis anda lebih premium berbanding pesaing.

Memang itulah yang nak saya syorkan, tinggikan lagi harga dan secara automatik margin keuntungan anda jauh lebih baik daripada pesaing. Dengan itu anda mampu laburkan pada aktiviti meningkatkan lagi kepuasan pelanggan. Dan anda akan pergi jauh lagi tinggalkan pesaing.

Kalau anda masih tak setuju dengan konsep harga produk di atas, saya faham. Kerana sebab itulah anda hanya masuk dalam kumpulan pertama yang saya sebutkan di atas tadi.

Sengaja saya tak panjangkan artikel berkenaan harga produk ini di sini. Saya nak biarkan anda berfikir dan membuka minda dan beranikan diri untuk mencuba dan cari jalan. Lagipun bukan senang nak masuk kumpulan kedua sebagaimana yang saya sebutkan di atas.

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

  1. mak aku selalu jual barang runcit lebih murah berbanding kedai lain
    katanya kalau harga sama, orang kampung tak datang beli

  2. Betul tuu. Ada macam-macam cara nak naikkan sale selain dari kurangkan harga. Antaranya tambah add on servis. Contoh buat servis aircond, main harga barang ( kalo gas murah, naikkan harga tinggi bagi untung lebih). naikkan upah servis. Buat pakej beberapa bulan skali servis. Cas Transport, welding servis. dll.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge