siapa pelanggan sebenar anda?Bagi usahawan atau bakal usahawan yang dah ada produk atau servis, masa yang diperuntukkan untuk kenal pasti siapa pelanggan sebenar perniagaan anda amat penting.

Aktiviti ini merupakan antara perkara paling penting yang perlu anda fikirkan terlebih dahulu sebelum merangka apa-apa strategi atau aktiviti pemasaran dan jualan dalam perniagaan.

Jangan kedekut untuk peruntukkan masa yang secukupnya untuk buat latihan perah otak ini.

Percayalah cakap saya!

Jika anda buat betul-betul, walaupun banyak masa habis untuk sempurnakan idea siapa pelanggan sebenar perniagaan anda, masa yang diluangkan itu amat-amat berbaloi.

4 langkah kenali pelanggan sebenar

Saya andaikan anda yang membaca artikel ini dah punya idea perniagaan yang nak dijalankan dalam kepala.

Atau anda memang dah jalankanpun pernigaan. Tak kira dah berapa lama. Tapi masih terkial-kial tak jumpa jalan untuk merangka startegi pemasaran dan jualan bisnes anda itu.

Untuk buat sesi perah otak ini, anda perlukan sekurang-kurangnya seorang lagi rakan yang dapat membantu.

Pastikan rakan atau pembantu anda itu tahu pasal produk yang anda buat dan tahu lebih kuran siapa yang akan beli produk tersebut.

Bila anda dah jumpa rakan yang sesuai, yang mungkin rakan kongsi perniagaan anda, mula fikirkan satu persatu 4 langkah yang saya senarikan kat bawah ini:

#1. Tentukan demografik pelanggan anda

Pernah dengarkan perkataan demografik?

Saya yakin anda pernah dengar. Kalau tak pernah lagi, sila hafal perkataan ini. Ia diambil dari perkataan Bahasa Inggeris Demographics.

Kalau produk atau servis yang anda tawarkan adalah pada individu, maka demografik adalah seperti umur, jantina, jumlah pendapatan atau gaji mereka, dan lokasi di mana mereka berada.

Kalau anda sasarkan pada perniagaan, demografik bererti perkara seperti industri apa, besar mana syarikat itu dan lokasi seperti negeri atau negara yang perniagaan itu beroperasi.

Semua maklumat berkenaan demografik itu mestilah jelas dan terang.

Jangan main belasah pukul rata dan rasa-rasa macam tahu tapi sebenarnya tak pasti.

#2. Bagaimana tabiat membeli mereka

Bagaimana tabiat pembelian dilakukan?

Adakah amat kerap atau jarang-jarang?

Tentukan kekerapan mereka membeli produk atau servis yang anda nak tawarkan itu samada setiap hari, seminggu sekali atau sebulan sekali.

Atau mungkin mereka akan beli hanya sekali selang beberapa tahun.

Orang akan minum teh tarik mungkin lebih dari sekali dalan masa sehari. Mungkin di kedai yang sama. Begitu juga kalau makan nasi lemak untuk sarapan. Ini semua produk yang orang akan kerap membuat pembelian.

Dalam kes pembelian kereta pula umpamanya, biasanya orang akan beli sebuah kereta sahaja dalam tempoh 5 tahun atau lebih. Kalau syarikat mungkin mereka akan beli lebih dari sebuah untuk tempoh yang sama.

Lagi jarang orang beli adalah seperti rumah. Mungkin orang biasa hanya akan beli sekali sahaja seumur hidup mereka. Bagi yang berada pulak akan beli dua atau tiga kali.

Sekarang lihat produk atau servis yang anda nak tawarkan dan fikirkan tabiat membeli pelanggan ideal anda itu. Ia penting untuk anda buat unjuran dalam sasaran perniagaan anda nanti.

Juga penting bila anda nak rangka program jualan dan pemasaran seperti program kesetiaan dan sebagainya.

#3. Tentukan siapa yang akan buat pembelian

Bukan semua orang yang nak pakai atau guna produk akan keluarkan duit beli produk itu. Kalau anda jual pakaian anak kecil, tak akan ada anak kecil atau baby yang akan merangkak ke kedai beli pakaian mereka sendiri.

Ibubapa yang akan beli pakaian anak-anak mereka. Dan biasanya ibu yang lebih besar peranannya dalam bab beli pakaian anak-anak ini.

Kemudian siapa pula yang akan buat keluar duit. Kalau ibu yang tak kerja, sudah tentu si ayah yang akan keluarkan duit.

Atau mungkin juga dalam kes beli pakaian baby umpamanya, anda sasarkan kawan-kawan bakal ibu yang nak beli untuk hadiah baby lahir nanti.

Macam mana pula biasanya mereka bayar. Adakah secara tunai, atau Kad Kredit, atau mungkin pinjaman bank.

Jika pinjaman bank diperlukan, anda perlu fikirkan bagaimana nak permudahkan proses buat pinjaman ini.

#4. Apa dorongan buat mereka beli

Apa yang mendorong pembelian?

Adakah untuk selesaikan masalah seperti nak jimatkan kos, cepatkan masa, tingkatkan keselamatan dan seumpamanya.

Atau adakah untuk naikkan status seperti supaya nampak bergaya dan anggun dan berjaya.

Anda perlu juga fikirkan apakah faktor penentu yang dipertimbangkan dalam membuat keputusan pembelian.

Adakah dari segi kualiti barang, adakah dari segi perkhidmatan dan layanan dari awal ke akhir, atau adakah atas faktor harga.

Macam contoh pakaian baby kat atas tadi, dorongan pembelian pakaian baby untuk hadiah sudah tentu atas dasar mengeratkan hubungan atau penghargaan. Dalam kes sebegitu, sudah tentu kualiti dan bukan harga yang lebih banyak memainkan peranan.

Dapat gambaran pelanggan sebenar

Bila anda dah selesai dapatkan semua maklumat yang saya sebutkan kat atas tu, anda dah punya satu gambaran yang amat jelas siapa sebenarnya pelanggan ideal anda.

Barulah lebih mudah untuk anda tentukan kat mana anda nak buka perniagaan anda nanti. Juga lebih mudah untuk anda buat pengumuman tentang perniagaan anda.

Dan yang paling penting, anda boleh dapatkan angaran berapa sebenarnya saiz pasaran produk atau servis, perniagaan yang anda lakukan.

Bagi yang tak faham apa tu saiz pasaran, ia adalah jumlah keseluruhan mereka yang masuk dalam kategori 4 perkara yang saya sebutkan di atas tu. Tak semestinya semua akan jadi pelanggan anda, tapi sudah tentu anda sasarkan sebahagian jumlah yang logik daripada keseluruhannya.

Peratusan itulah yang perlu anda pulun untuk dapatkan. Katakan anda sasarkan nak dapatkan 2% daripada keseluruhan pasaran yang ada dalam tempoh 6 bulan. Apakah dengan 2% itu anda dah mampu melepasi titik pulang modal atau tidak?

Adoi!

Awat buat orang rasa susah sangat ni?

Kalau anda rasa susah dan tak mau nak cuba faham, elok pergi rehat dahulu dan jangan nak stress-stress. Bila dah segar nanti mai baca semula.

Ini perkara penting yang mahu tak mahu anda perlu faham supaya anda lebih banyak belajar tentang dunia keusahawanan yang memang mencabar.

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge