aktivit iklan yang berkesanArtikel 4 sebab aktiviti iklan anda tidak berapa mendapat sambutan ini sebenarnya adalah termasuk dalam siri ‘4 tanda dalam masalah bisnes’ yang sering saya tulis kat blog ini.

Kalau sebelum ini saya dah sentuh pasal masalah pengurusan kewangan, kali ini saya nak sentuh pula bab yang masuk dalam kategori pemasaran.

Salah satu cara buat pemasaran adalah dengan buat aktiviti iklan.

Tak kisah samada iklan di FB, iklan di suratkhabar, iklan di Google, atau banner dan lain-lain lagi seumpamanya.

Kenapa perlu ada aktiviti iklan

Bila anda buat iklan, perlu berkesan. Matlamat paling asas dalam aktiviti iklan adalah untuk tarik perhatian pelanggan sasaran supaya mereka sedar kewujudan anda.

Ramai yang tak perasan bahawa masalah nombor satu yang membuatkan orang tak datang beli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam perniagan anda hanyalah disebabkan mereka tak tahu yang anda wujud.

Kalau orang tak tahu yang anda berniaga, apa yang anda tawarkan, kemungkinan untuk orang itu jadi pelanggan anda adalah 0%!

Ya! saya yakin 100% bahawa orang yang tak tahu dan tak pernah dengar pasal bisnes yang anda jalankan, tak akan sesekali jadi pelanggan anda.

Sebab itulah semua usahawan wajib buat aktiviti pemasaran. Dan salah satu caranya yang paling terkenal adalah dengan melakukan aktiviti iklan.

Aktiviti iklan cara hidupringkas

Mungkin anda dah banyak buat aktivit iklan ni.

Tapi nampaknya iklan yang anda buat selama ini tidak mendatangkan kesan yang menggemberikan.

Atau mungkin juga iklan anda selama ini langsung tak berkesan.

Memang ada kawan-kawan yang mengadu terutamanya yang cuba berjinak-jinak dalam bisnes online, yang iklannya langsung tak ada kesan.

Bagi yang ada modal lebih sikit, bolehlah ikuti mana-mana sifu FBads yang ada ramai kat luar sana. Mungkin ada yang masuk sekolah copy writting atau sekolah story telling.

Memang bagus semua usaha itu.

Tapi sekolah saya kat hidupringkas.com ini lain sikit.

Saya tak pandai bab copy writting atau story telling.

Saya hanya tahu bab yang mudah-mudah saja. Semua cadangan atau idea saya hanyalah yang ringkas-ringkas saja. Budak sekolah rendahpun boleh faham.

Jadi jika anda harapkan saya berikan idea hebat-hebat yang berdarjat tinggi, saya mohon maaf. Saya tak pandai bahasa tinggi dan tak ada pengalaman dalam dunia bangsawan.

Apa yang saya akan kongsikan dalam bab iklan ini hanya mungkin sesuai untuk orang kampung yang baru belajar nak berbisnes.

Tapi insyaallah, biasanya memang berkesan jika anda amalkan cara saya yang ringkas ini.

4 sebab aktiviti iklan tidak berkesan

Berikut saya berikan 4 sebab kenapa aktivit iklan atau tulisan iklan yang anda buat selama ini tidak memberikan kesan yang menggalakkan

#1. Nama syarikat besar atas sekali

Cuba semak semula semua iklan yang anda dah pernah buat.

Ada tak nama syarikat anda diletakkan paling atas, dalam huruf yang paling besar sekali dan amat mudah dilihat?

Kalau memang begitu iklan anda selama ini, itu kesilapan paling mula dalam aktiviti iklan anda. Itu tandanya anda syok sendiri kononnya syarikat anda mahsyur dikenali seantero negara.

Orang yang paling seronok dan bangga sekali bila lihat iklan yang anda buat sebegitu hanyalah anda seorang sahaja. Sebab hanya ada saja yang kenal dan amat mencintai syarikat anda itu. Mungkin juga anak isteri anda turut sama seronok dan berbangga.

Orang lain yang anda tak kenal, tak rasa apa-apapun. Dia akan abaikan saja iklan anda tersebut.

#2. Iklan penuh dengan titik tumpu

Apa benda ‘titik tumpu’ tu?

Sayapun baru saja jumpa perkataan itu. Biasanya kita sebut ‘bullet point’ saja, iaitu perkataan dalam Bahasa Inggeris yang lazimnya diguna pakai secara meluas. Saya google tadi ada juga yang berikan terjemahan sebagai titik peluru.

Tak kisahlah titik tumpu atau titip peluru, asalkan anda faham apa dia bendanya bullet point tersebut.

Tengok sekali lagi iklan lama anda tu. Ada banyak titik tumpu tak. Anda senaraikan satu persatu maklumat pasal syarikat dan perniagaan anda.  Tak menarik pulak tu di mata pembaca dan di mata orang yang tak tahu menahu tentang perniagaan dan syarikat anda.

Yang seronoknya sekali lagi hanya anda sahaja dan mungkin orang-orang yang rapat dengan anda.

Selepas bullet point itu, anda dengan bangganya berikan nombor telefon untuk dihubungi.

#3. Iklan tertumpu pada produk dan syarikat anda saja

Ini satu lagi kesalahan yang ramai suka buat. Oleh kerana dia amat berbangga dengan syarikatnya sendiri. Yalah! siapa yang tak berbangga dengan syarikat sendiri kan!

Dia pusing-pusing cerita pasal syarikat dan perniagaan atau produknya sahaja.

Ada kalanya punyalah panjang. Macam baca satu cerpen pulak. Rasa macam tak cukup kerta A4 yang besar tu. Anda masih ada banyak lagi benda yang nak diceritakan pasal prodk dan syarikat anda kat dalam iklan itu.

Satu lagi kes syok sendiri atau lebih tepat fokus hanya pada diri sendiri sahaja. Sedangkan sebaliknya anda perlu fokus pada bakal pelanggan anda dan bukannya tentang syarikat dan perniagaan anda.

#4. Iklan tawarkan khidmat nasihat dan sebut harga percuma

Selepas cerita panjang lebar pasal bisnes dan syarikat anda, anda tawarkan ayat yang berbunyi,

Sebut harga percuma!

atau

Khidmat nasihat percuma!

Ya la tu! mana ada orang kenakan bayaran untuk berikan sebut harga. Bila ada orang telefon anda tanya soalan atau nasihat yang ada kaitan dengan bisnes anda itu, takkan nak kenakan bayaran kut?

Tak payahlah nak tulis ayat biasa-biasa macam itu.

Perlu lebih menarik lagi. Perlu pastikan tawaran yang membuatkan orang tarik handbrake walaupun tengah memandu, semata-mata untuk menghubungi anda dan jadi pelanggan anda dengan segera.

Semak 4 tanda aktiviti iklan anda

Sekarang cuba tengok sekali lagi kesemua iklan yang dah pernah anda buat selama ini. Ada tak salah satu atau lebih dari satu dari apa yang saya ceritakan kat atas tadi?

kalau memang begitu anda buat iklan selama ini, memang sah ada kesilapan iklan selama ini yang membuatkan aktiviti iklan anda tidak berkesan dan tidak seperti mana yang anda harapkan.

Jadi macam mana nak buat iklan yang berkesan?

Macam mana cara iklan ringkas yang saya mahu cadangkan pada pembaca semua?

Cara iklan ringkas dan berkesan memang dah saya kongsikan lama sebelum ini di dalam blog ini. Cuba buat carian iklan berkesan dan cari artikel tersebut.

Bila anda dah jumpa artikel pasal iklan berkesan itu, baca dan cuba hadamkan. Saya tak kata anda akan terus dapat buat iklan yang berkesan sekelip mata. Asasnya sahaja yang saya berikan kat dalam artikel itu.

Cuba laksanakan asasnya dan buat beberapa cubaan. Ubah kemudian buat tensting, dan ubah lagi dan testing lagi, sampai ianya membuahkan hasil yang anda harapkan.

Selamat beriklan dan selamat mencuba.

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge