membina pelanggan setia dalam bisnesPelanggan setia merupakan matlamat paling atas yang perlu dicapai, dalam aktiviti membina sesebuah perniagaan yang berdaya saing dan tahan lama.

Tak ada satupun perniagaan yang mampu bertahan lama jika pelanggan setia tak wujud.

Melainkan perniagaan yang dibuka hanya berhasrat untuk buat duit sementara boleh, (dengan cara pekena orang) kemudian lari bila dah dapat bayak duit, itu saya tak boleh nak komen apa-apa.

Sebagai pelanggan, anda perlu pandai membuat pertimbangan samada produk atau servis yang anda cuba ada unsur-unsur nak pekena atau tidak.

Sekarang ini, dengan adanya media sosial, perniagaan yang memang dari awal nak pekena orang lambat laun akan diketahui juga akhirnya. Jadi berhati-hatilah dalam memilih perniagaan atau produk serta perkhidmatan yang mahu ditawarkan.

Jika anda ta ada niatpun nak pekena orang, kadangkala dek kejahilan, apa yang anda buat berakhir dengan orang rasa terkena.

4 langkah menuju pelanggan setia

Ada 4 langkah yang sesebuah perniagan perlu capai dalam aktiviti membina syarikat perniagaannya ke tahap yang paling maksimum;

  1. Dapatkan prospek – Ini berkaitan dengan kerja pemasaran.
    • Iaitu segala urusan bermatlamatkan untuk orang tahu dan tertarik dengan syarikat perniagaan anda dan apa yang ditawarkan.
    • Jika orang tahu dan tertarik, belum tentu mereka akan jadi pelanggan.
    • Tapi jika orang tak tahu lansung anda wujud, sah 100% mereka sampai bilapun tak akan jadi pelanggan.
  2. Tukar prospek kepada pelanggan – Ini melibatkan aktiviti jualan.
    • Bila orang dah tahu dan tertarik, mereka mula berhubung samada telefon, PM atau datang terus ke premis perniagaan anda.
    • Jika mereka datang dan beli, maka tercapailah matlamat jualan.
    • Jika mereka datang, tanya dan tak beli, ertinya proses menjual anda masih lemah atas sebab-sebab yang perlu dikenal pasti. Kita skip dulu bab itu dalam artikel ini.
  3. Jadikan pelanggan biasa kepada pelanggan setia – Bila orang dah mencuba sekali produk atau servis anda dah kira baik. Tapi belum mencukupi.
    • Anda perlu sasarkan pelanggan kali pertama itu datang lagi untuk kali kedua dan seterusnya.
    • Jika sekali datang dan terus tak datang, ertinya produk atau servis anda tak ada kualiti.
    • Kualiti bermaksud, apa yang anda janjikan adalah sebagaimana pelanggan dapat. Oleh itu pastikan perniagaan anda telus, jelas dan tidak ada unsur yang membolehkan orang salah faham.
  4. Jadikan pelanggan setia kepada pelanggan fanatik – Walaupun pelanggan dah setia dan datang banyak kali, ini juga masih belum mencukupi untuk mantapkan perniagaan anda.
    • Pelanggan fanatik perlu ada sebab mereka akan menjadi ajen pemasaran secara percuma dan sukarela terhadap perniagaan anda.
    • Secara mudahnya pelanggan akan jadi fanatik bila ada unsur wow terhadap produk atau servis anda. Ia mesti lebih dari sekadar berkualiti.
    • Untuk itu anda hanya perlu berikan lebih sedikit sahaja daripada apa yang dijanjikan. Jika janji 10, berikan 11. Kualiti terus bertukar jadi wow !.

Jika perniagaan yang anda lakukan sekarang berjaya mencapai ke tahap yang ke-4, dan jumlah mereka pula cukup ramai dan sentiasa bertambah, anda tak perlu habiskan membaca artikel ini.

Boleh pergi relaks main dengan anak-anak lebih baik. Sebab anda dah tak perlukan input daripada artikel ini.

Masih tiada atau kurang pelanggan setia

Kebanyakan usahawan yang sedang membina syarikat perniagaannya kat luar sana tu, hanya berjaya mencapai setakat tahap ke-2 sahaja. Itupun tak berapa ramai jumlahnya dan tidak mencukupi lagi.

Jika dibiarkan berterusan dengan keadaan jumlah pelanggan yang berjaya ditukar menjadi setia terlalu sedikit, lama-lama kelamaan anda akan habis minyak.

Kereta yang kehabisan minyak akan berhenti. Dalam keadaan itu, anda hanya boleh gerakkan kereta hanya dengan turun dan menolaknya sahaja.

Tak ada lagi cara lain. Itu kerja yang meletihkan.

Bayangkan jka orang sentiasa melihat anda kemana saja dengan menolak kereta.. Orang akan kata anda gila dan sedang dirasuk oleh kereta anda sendiri.

4 tanda tiada pelanggan setia

Oleh itu, pastikan anda ada ramai pelanggan setia. Bagaimana nak tahu bahawa perniagaan anda sekarang tak ada pelanggan setia mudah sahaja.

Dengan hanya melihat 4 tanda yang saya berikan di bawah ini, anda boleh agak samada anda sedang menghadapi masalah yang saya jelaskan kat atas tu.

#1. Staf jarang bertentang mata dan senyum pada pelanggan

Cuba lihat bagaimana para staf anda melayan atau menyambut pelanggan. Adakah mereka menyambutnya dengan mesra dan bertentangan mata. Adakah mereka lemparkan senyuman mesra secara spontan dan tidak berpura-pura.

Kes pelangan yang rasa pekerja di sesebuah syarikat tidak mesra pelanggan (mesra alam) banyak membuatkan pelanggan berazam tak akan datang lagi ke situ. Pelanggan biasanya secara spontan tanam azam tidak akan kembali berurusan dengan perniagaa anda kecuali dalam darurat sahaja.

Bagaimana pelanggan dilayan oleh staff anda sekarang ?

Kalau bisnes internet macam mana ? staff tak boleh senyum dan tak boleh bertentangan mata secara maya.

Untuk bisnes online, anda perlu tafsirkan aktiviti komunikasi dan layanan secara maya itu yang membuatkan pelanggan rasa anda mesra alam. Ia banyak bergantung pada ayat yang dipilih dan kepantasan memberikan respon.

Cuba cari maklumat lebih lanjut untuk terjemahkan layanan mesra dan bertetangan mata secara maya dalam bahan-bahan bacaan yang ada atau pergi kursus.

#2. Staf tak ambil tahu sangat pasal pelanggan

Kalau tadi merupakan amalan staf ketika melayan pelanggan, kali ini pula adalah sikap staf dibelakang pelanggan. Aktiviti seperti mendalami maklumat berkenaan pelanggan dan membuat kaji selidik tidak dilakukan langsung.

Paling malang adalah staf tak boleh kenal pasti yang dia sedang berurusan dengan pelanggan yang dah datang lebih dari sekali bertemu dengannya. Kalau anda sendiri jadi pelanggan sebegitu, tentu rasa hampa dan kecewa bukan !.

Cuba tanya pada staf anda berapa ramai pelanggan yang dia masih ingat dan adakah dia tahu dengan terperinci demografik pelanggan yang dia kenal.

#3. Pelanggan beli hanya berdasarkan harga rendah

Ini juga petanda yang berat. Pelanggan datang ramai hanya bila anda buat lelongan harga runtuh. Dalam keadaan biasa perniagaan anda sunyi sepi.

Jika pelanggan datangpun, dia akan tekan untuk dapatkan harga paling rendah. Jiia anda tak layan dan degil dengan harga yang ditetapkan. Dia akan kata nanti saya datang balik. Anda sendiri tahu dia tak akan datang lagi selepas itu.

Aktiviti anda sejak awal berniaga hanyalah cuba pastikan harga produk atau servis anda lebih murah daripada semua pesaing terdekat anda. Bukannya cuba pertingkatkan kecekapan dan kepuasan pelanggan.

Perniagaan yang sebegini sudah tentu membuatkan taukeh merana dan rasa menyesal berniaga. Tunggu masa saja untuk tutup.

#4. Pening kepala macam mana nak perbaiki aktiviti servis pelanggan

Ini perkara logik bila pelanggan datang sekali dan terus tak datang lagi. Sudah tentu disebabkan aktiviti ‘customer servis’ anda telah kecundang.

Anda rasa buntu tak tahu nak buat apa dan tak tahu nak mengadu kat siapa. Jika ada orang yang sudi mendengar luahan anda, anda rasa macam nak peluk ornag tersebut.

Anda dambakan idea dan mahu perbaiki reputasi meningkat di mata pelanggan dan pengguna lain.

Bayangkan jika FB Page yang anda buka terpaksa ditutup sebab dalam 10 komen, 9 darinya adalah negatif !. Anda rasa menyesal dengar cadangan kawan supaya buat FB Page ketika itu.

Cara membina pelanggan setia

Anda dah baca kesemua 4 tanda yang menunjukkan bisnes yang sedang dijalankan sekarang tak punya pelanggan setia yang mencukupi untuk membuatkan bisnes pergi lebih jauh.

Persoalannya sekarang, macam mana nak atasi masalah tersebut ?

Sebenarnya kalau anda perasan, saya dah terangkan 4 proses bisnes anda menjemput pelanggan kat atas tadi. Ia mengandungi langkah asas yang perlu anda faham dalam membina pelanggan setia.

Semua langkah yang saya terangkan kat atas tu, dari membina prospek sehnggalah membentuk pelanggan fanatik perlu dilakukan satu persatu.

Jika tahap pertama tak buat, tidak akan ada tahap kedua. Jika kedua tiada, maka ke-3 juga sudah pasti tak ada. Jadi kena buat satu persatu-satu.

Untuk tips permulaan, saya sarankan anda terlebih dahulu senaraikan kesemua perkara asas yang perlu ada untuk membuatkan pelanggan puas hati dan rasa tak tertipu dengan produk dan servis anda.

Bila dah siap senarai tersebut, berikan markah pada setiap satunya dari 1 ke 10 dengan 10 adalah markah sempurna. Jika kesemua perkara asas itu dapat 10 markah, ertinya, anda dah ada dilandasan yang betul.

Saya tak akan perincikan kesemua langkah tersebut satu persatu-satu kat sini sebab akan jadi panjang sangat. Lagipun urusan tersebut bukanlah urusan mudah yang boleh diselesaikan hanya dengan baca artikel atau baca buku.

Biasanya ia memakan masa sekurang-kurangnya setahun untuk menampakkan kesannya. Untuk itu, mendapatkan khidmat Business Coaching amat berbaloi. Dengan adanya coach, anda boleh berbincang secara sistematik dan berkala dengannya untuk mencari idea dan jalan keluar.

Dengan adanya coach juga, anda ada seseorang yang akan memantau dan pastikan anda ambil tanggung jawab terhadap segala perancangan bisnes  yang dijalankan.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk anda dan saya.

Total
25
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge