6 cara untuk buat posting jadi viral dengan mudah

By | 24/07/2017

cara buat posting jadi viralMacam mana nak buat supaya posting jadi viral?

Ini satu persoalan yang menarik untuk anda ketahui terutamanya jika anda sedang pening kepala untuk cari idea tingkatkan populariti.

Dalam dunia perniagaan yang amat sengit sekarang ini, keupayaan untuk jadikan perniagaan anda cepat dikenali amat penting.

Bukan sekadar cepat dikenali, malah paling penting, anda dapat lakukannya dengan kos yang paling minima. Zaman ekonomi yang tak berapa memberansangkan ini, semua orang perlu berhemah terhadap segala aktiviti perbelanjaan.

Cari sebab kenapa posting jadi viral

Soalan ini dah lama saya cuba rungkaikan.

Dalam perjalanan saya buat dan kekalkan blog hidupringkas.com ini, saya dari awal cuba buat posting jadi viral untuk ketengahkan blog ini.

Sasaran paling penting adalah untuk pastikan salah satu dari artikel di blog ini menjadi artikel yang mendapat sambutan pembaca. Bukan bertujuan untuk buat duit, itu adalah tujuan sampingan sahaja dan bukan yang paling utama.

Tetapi lebih kepada nak berbakti pada seramai mungkin orang supaya saya capai salah satu dari sasaran saya sebelum mati. Iaitu untuk memberikan manfaat kepada seramai mungkin manusia. Sebab manusia yang paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain.

Untuk tujuan tersebut, mahu tak mahu perlu buat kerja secara serius dan buat sedikit kajian.

Kenapa perlu buat posting jadi viral

Bagi anda yang tak berapa faham bagaimana nak jadikan blog mendapat jumlah trafik yang tinggi, saya kongsikan sedikit konsepnya kat sini.

Jika anda tak ada duit untuk iklankan blog supaya orang klik dan masuk ke blog anda, anda perlu pastikan blog anda masuk dalam senarai carian google dengan belajar teknik SEO. Dengan teknik itu, harapannya adalah, supaya setiap kali orang buat carian pada google, blog anda masuk ke page pertama carian google.

Ada banyak sebab kenapa goggle akan letakkan artikel pada blog anda di mukasurat pertama. Salah satu sebabnya adalah kerana ia beranggapan bahawa blog anda amat polular.

Salah satu sebab goggle anggap artikel anda popular adalah apabila artikel tersebut mendapat perkongsian yang banyak. Di situlah kepentingan untuk cari jalan supaya artikel anda viral.

Orang akan kongsikan artikel anda dengan berbagai cara. Salah satu cara yang mudah adalah dengan sediakan butang media sosial pada blog anda. Bila orang suka, dia akan klik Like.

Ada juga yang rajin untuk tampalkan artikel anda pada forum yang ramai pengikut. Bila orang buat begitu, secara automatik, artikel dan blog anda mendapat link yang penting dari forum yang terkenal.

Sama juga jika ada orang cut n pasti artikel anda pada blog mereka dan berikan kredit. Bertambahlah pautan blog anda di merata tempat. Dan banyak lagi tanda-tanda yang boleh berikan isyarat bahawa blog anda popular di mata google.

Bila banyak perkataan penting yang orang cari dari goggle, dan google akan senaraikan artikel anda di muka hadapan sekali, maka semakin ramai orang akan datang masuk ke blog anda. Begitulah proses itu berulang-ulang dan akhirnya blog anda jadi popular.

Jadi, untuk jayakan sasaran saya supaya blog ini mendapat berikan manfaat kepada seramai mungkin pembaca, mahu tak mahu kena cari jalan untuk buat artikel viral.

Berjaya buat artikel viral

Dalam banyak-banyak artikel yang saya tulis, ada beberapa artikel yang berjaya saya jadi viral. Antara artikel yang paling awal menjadi viral sampai saya terkejut adalah artikel berkenaan nasihat Li Ka-Shing.

Artikel itu dibaca oleh orang ramai dan majoriti yang membacanya akan kongsikan pula pada kawan-kawan mereka dengan tekan butang like. Ia satu fenomena yang amat ajaib! Artikel itu berterbangan di alam cyber dan orang ramai masuk berpusu-pusu ke blog ini sehingga akhirnya terus crash tak boleh buka lagi sebab dah habis bandwidth.

Satu lagi artikel yang jadi viral tetapi secara perlahan adalah artikel pasal 100 idea perniagaan yang boleh anda buat. Artikel itu sampai sekarang jadi sebab utama orang masuk ke blog ini. Dari rtikel itu juga saya boleh kumpulkan lebih dari 13 ribu ahli di Kelab Usahawan Hidup Ringkas di Facebook.

Kenapa posting jadi viral

Saya sendiri tak tahu kenapa posting yang saya beritahu kat atas tu boleh jadi viral. Mungkin hanya secara kebetulan sahaja apabila kena pada masa dan kena pada tempatnya.

Sehinggalah saya jumpa buku yang menceritakan pasal fenomena sesebauh isu itu mampu menjadi viral. Ia ditulis oleh Jonah Berger hasil daripada kajian yang dilakukannya terhadap semua fenomena viral.

Menurut beliau ada 6 sebab kenapa sesuatu itu boleh menjadi viral. Saya kongsikan kat sini untuk anda jadikan panduan.

#1. Perlu ada status sosial

Bagaimana sesuatu itu dapat memberikan status sosial banyak memberikan kesan samada ianya akan jadi viral atau tidak. Ini mudah untuk difahami.

Manusia suka tunjuk dia pandai berbanding bodoh. Orang juga lebih suka jika dikatakan dia berada daripada miskin. Orang juga suka tunjukkan bahawa dia baik dan warak berbanding jahat dan jahil.

Bila ada yang kongikan dengan pantas nasihat kebaikan dari ulama terkenal, iai dapat berikan mesej pada orang lain yang dia seorang yang cintakan kebaikan dan ilmu.

Orang akan rasa sedikit bangga bila dia sedang minum teh tarik kat kedai mamak dan diletakkan atas mejanya iPhone dari model terkini. Pengguna iPhone kebanyakannya amat berbangga jika dia mampu pakai produk tersebut. Ertinya ada nilai status sosial kat situ yang membuatkan produk iPhone jadi viral.

#2. Perlu ada unsur pencetus

Dalam bahasa orang putih, mereka panggil Trigger. Iaitu perkara yang boleh mencetuskan tindakan yang berikutnya. Posting yang mampu kaitkan dengan sesuatu perkara yang mampu mencetuskan ingatan atau tindakan lebih mudah jadi viral.

Apa yang membuatkan anda ingat kepada hari cuti?

Salah satu perkataan yang boleh membuatkan anda ingat pada hujung minggu adalah perkataan hari jumaat. Jika anda buat posting untuk galakkan orang ramai pergi berkelah umpamanya, buatlah posting tersebut pada hari jumaat atau hubungkaitkan posting anda dengan hari jumaat.

Begitu juga kalau anda nak buka kedai melepak ala-ala mamak, kaitkan posting anda dengan Teh Tarik. Pastikan unsur pencetus itu adalah sesuatu yang dah lumrah dan terkenal supaya orang mudah ingat.

#3. Perlu menyentuh perasaan

Kenapa anda kongsian posting yang dibuat oleh kawan?

Biasanya emosi memainkan peranan yang tinggi. Jika kawan buat posting yang mampu menimbulkan rasa teruja, anda tak akan segan silu tekan like.

Begitu juga jika anda baca bahan yang membuatkan anda naik marah. Tak payah nak pesan, anda akan terus kongsikan atau berikan komen supaya kemarahan anda dapat diluahkan.

Ada juga posting yang boleh buat anda jadi tenang. Posting ini tak banyak membantu orang kongsikan. Bila tenang, kebiasannya orang lebih suka tak buat apa-apa.

Begitu juga jika posting yang membuatkan orang sedih. Orang sedih biasanya lebih suka berdiam diri melayan perasaan. Jadi dia tak terpanggil untuk bertindak.

#4. Perlu terbuka pada umum

Ada perkara yang orang tak boleh tengok secara terbuka. Perkara yang tersorok biasanya tidak akan menjadi ikutan dan kekal tersorok.

Contoh paling mudah ada pada produk Apple. Mereka amat peka pada logo buah apel kena gigit pada semua produk mereka. Logo apple akan diletakkan pada sisi paling mudah untuk membuatkan orang melihatnya.

Apple juga yang paling awal perkenalkan earphone berwarna putih. Sebelum itu semua earphone berwarna hitam. Bila mereka buat warna putih, semua orang boleh lihat dan membezakannya dengan amat mudah.

Kalau nak jadikan produk anda viral, ia mestilah diserapkan unsur terbuka kepada umum itu. Jangan tulis pasal aktiviti hubungan kelamin dan harapkan orang baca dan kongsikan dengan meriah, sebab itu aktiviti yang tertutup.

#5. Perlu ada nilai praktikal

Apa saja posting yang ada nilai praktikal amat mudah untuk orang kongsikan pada orang lain. Ia memberikan manfaat atau dapat selesaikan masalah orang.

Sebab itu apa saja posting yang memberikan tatacara atau teknik mudah yang praktikal mudah mendapat tempat untuk jadi viral.

#6. Perlu ada penceritaan

Akhir sekali, semua yang anda nak ketengahkan perlu digarap dalam bentuk penceritaan yang menarik dan menghiburkan.

Jangan terlalu akademik dan sukar untuk difahami.

Buat penceritaan yang mudah untuk orang faham dan terpanggil untuk ceritakannya semula.

Usaha buat posting jadi viral

6 langkah yang saya berikan kat atas tu tak semestinya perlu ada kesemuanya untuk buatkan ia jadi viral. Kadangkala cukup hanya satu sahaja dan boleh meletup.

Saya ulas hanya secara ringkas dan secara dasar sahaja. Kalau anda nak tahu lebih lanjut sekali dengan contoh dan penceritaan yang menarik, sila baca buku bertajuk Contagious.

Walaupun semuanya nampak mudah, tapi hakikatnya bukan mudah nak jadikan sesuatu itu viral. Yang paling asas yang perlu dibuat adalah terus mencuba. Labih banyak mencuba, maka lebih tinggi kemungkinan untuk berjaya

9 thoughts on “6 cara untuk buat posting jadi viral dengan mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge