7 tips ringkas "Pemasaran" Usahawan kecil

By | 16/08/2013
Business coaching

“Sales & Marketing” Kenapa dua perkataan ini sering bersama? jika diterjemahkan dalam bahasa kita bunyinya menjadi “Jualan & Pemasaran

Bolehkah kita sebagai usahawan atau peniaga hanya melakukan satu sahaja daripada aktiviti tersebut.
Satu sahaja di sini sudah tentu adalah hanya melakukan “Jualan” sahaja?
Untuk menjawab soalan di atas mari kita buat definisi berkembar ringkas terhadap “Sales & Marketing”:

” Pemasaran membuka pintu pagar yang memisahkan antara produk atau perkhidmatan usahawan dengan pelanggan, manakala jualan pula memastikan aktiviti pembelian berlaku”

Definisi ringkas itu memberikan penjelasan yang jelas pada kita bahawa ‘Jualan dan Pemasaran’ tidak dapat dipisahkan. Ianya adalah seumpama Irama dengan Lagu, kedua-duanya mesti ada.
Kalau pintu pagar tak dibuka, maka tak akan berlaku aktiviti jualan, tapi jangan bayangkan pagar tersebut macam pagar dawai sekolah, budak sekolah masih boleh beli jajan dari penjaja yang melepak di tepi pagar. Bayangkan dinding pemisahnya adalah sekukuh tembok Berlin !.
Bagaimana pemasaran merobohkan pagar? antaranya aktiviti penting adalah dengan:
  • Kenal pasti kehendak pelanggan
  • Mencari jalan bagaimana produk atau perkhidmatan memenuhi kehendak pelanggan.
  • Mencari jalan bagaimana berlaku jualan ulangan
Melihat ketiga-tiga proses di atas, kita dapat mengagak betapa semua kerja tersebut memerlukan wang. Wang diperlukan untuk membentuk jenama, pengiktirahan pada jenama dan seterusnya kepercayaan pada jenama.
Jika ditanya mana mula dahulu antara jualan atau pemasaran, sudah tentu jawapannya adalah pemasaran. Jika anda mahu berniaga goreng pisang, lokasi, kiosk dan penampilan perlu difikirkan terlebih dahulu.
Jika anda buka gerai goreng pisang di sebalik hutan terbiar di taman perumahan, sudah tentu anda tak perlu membayar sewa atau mendapat gangguan daripada pegawai penguatkuasa majlis perbandaran, tapi hanya penagih dadah (kalau ada) yang akan membeli dan sekali gus pau semua peralatan dapur serta goreng pisang anda.
Mahu tak mahu sekecil manapun aktiviti pemasaran, anda terpaksa juga keluarkan wang…dari situ ada kebenarannya bahawa ‘wang buat wang’ yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang.
Di situ berlaku satu fenomena apa yang Orang Putih sebut ‘chicken and egg’. Pemasaran perlukan wang untuk membantu jualan berlaku, manakala jualan perlu ada untuk menyara aktiviti pemasaran.
Di sinilah dilema seorang usahawan bermula. Tutup kepala nampak kaki, bila tarik tutup kaki terjengul pula kepala. Alahai pening…! bila duit tak cukup.
Nota: Saya katakan duit tak cukup di sini kerana fokus adalah kepada usahawan kecil. kalau dia duit banyak, dia tak jadi usahawan kecil!
 
Ok!, dengan sedikit penjelasan ringkas di atas dan setelah memahami masalah kita sekarang adalah budget yang terhad, mari kita lihat sedikit tips ringkas yang perlu difikirkan untuk aktiviti pemasaran:
  1. Jangan lawan dengan gergasi – Jika kita lihat gergasi perniagaan seperti Nestle, TM, Maxis, Petronas dan lain-lain seumpamanya, mereka perabih duit buat iklan dengan budget yang cukup besar. Mereka mahu membina pengiktirafan jenama dan jualan masa depan. Usahawan kecil jangan ikut cara mereka yang duitnya “jenuh”, reka dan bina aktiviti pengiklanan agar jualan berlaku sekarang juga…kesinambungan anda bergantung pada jualan sekarang…NOW! dan bukan esok, lusa atau lain kalilah!.
  2. Untuk itu, jangan lupa buat tawaran istimewa – Pandai-pandailah anda buat atau reka apa-apa tawaran supaya iklan anda menghasilkan jualan. Contoh mudah adalah berikan diskaun 99%…!
  3. Buat jalinan kerjasama – Pastikan anda kenal usahawan lain yang mengusahakan produk atau perkhidmatan yang tidak bersaing secara terus. Berpakat untuk perkenalkan dan buat promosi barangnya pada pelanggan anda dan sebagai balasan, dia perkenalkan barang anda pulak pada pelangannya.
  4. Buang buku teks pemasaran antik yang anda ada – Jangan lupa sekarang ada terlalu banyak kaedah iklan secara percuma terutamanya melalui internet. Jika anda masih ikut tips dahulu kala, anda akan kelemasan. Anda ada FB, ada Twitter, ada Blog dan lain-lain, gunakannya secara berkesan.
  5. Tarik mai, jangan ligan pi! – Istilah orang utara yang anda tentu paham. Maknanya buat sesuatu yang menarik sehingga prospek tak dapat  tidur selagi tidak mencadangkan pada kawannya yang sedang mencari produk yang ditawarkan. Salah satu cara mudah adalah dengan buat blog yang mengancam dan meyakinkan pelanggan sehingga mereka menjadi cair!.
  6. Intip aktiviti pesaing – Lagi banyak maklumat anda dapat tentang apa yang dilakukan oleh pesaing, lagi tinggi anda dapat mereka pakage yang jauh lebih menarik daripada mereka.
  7. Kecilkan budget iklan – Jika anda ada buat iklan, jangan bernafsu sangat buat besar-besar. Buat testing pada reka bentuk dan ayat power dulu dan lihat hasilnya. Jika mengena, baru all-out!

Banyak lagi tips yang boleh diberikan jika anda sering berjumpa dengan usahawan yang telah berjaya. Oleh itu pastikan anda bina jaringan. Bekerjalah dengan bijak dan bukannya kerja kuat tapi tak bergerak.
Atau rajin-rajinlah membaca buku berkenaan usahawan berjaya. Anda boleh cuba baca buku Usahawan Kecil Boleh Berjaya untuk dapatkan idea lain.
Jika anda mahu lebih terbimbing, macam biasa Klik sini. Selamat mencuba!
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

15 thoughts on “7 tips ringkas "Pemasaran" Usahawan kecil

  1. Aju Mohit

    konsep demand and supply sangat penting, dulu mmg ada konsep konsortium utk usahawan bumiputera, beli stok in bulk tp saya tgk tak brp menjadi utk peniaga melayu, sebab kita anggap itu persaingan rather than kebersamaan

    Reply
  2. Irwan Alessa

    adat orang berniaga mesti lah ada saingan.. bersaing untuk memenuhi kehendak pelanggan, dan siapa yang berjaya itu lah peniaga yang bijak merebut peluang yang tersedia.. Di negara kita, masih di monopoli oleh bangsa lain, itu IA akui, memang bangsa kita lemah sedikit untuk berniaga.. Ada tu memang ada, tetapi hanya minoriti..

    Reply
  3. Zuan

    selain pemasaran menggunakan media social, saya suka pemasaran cara mouth to mouth.. 🙂

    Reply
    1. Zuan

      maksudnya kelebihan produk tu yang belum ada pada mana mana produk kan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge