Ada dua persoalan yang penting jika anda seorang usahawan.

  1. Apa yang anda fikir tentang diri anda sendiri ?
  2. Apa yang orang fikir tentang anda ?

Kalau orang tak beritahu, seorang usahawan akan tenggelam dalam soalan pertama di atas. Ini membuatkan dia syok sendiri dan tidak membantu langsung dalam memasarkan perniagaannya.

Ada banyak cara usahawan tenggelam dalam kes syok sendiri ini…

  • Ideanya hebat dan semua orang akan kagum dengan idea tersebut… kalau orang tahu tentang idea itu.
  • Produknya hebat dan semua orang akan tak mahu produk lain lagi… kalau orang tahu tentang produk itu.
  • Konsep perniagaannya hebat dan siapa saja yang terlibat tak akan cari konsep lain lagi… jika orang tahu tentang konsep perniagaan itu.
  • Dirinya hebat dan tak ada usahawan lain yang mampu buat apa yang dia boleh buat… kalau orang tahu tentang dirinya itu.
  • Kepakarannya hebat dan tak ada tolok bandingnya dan sekali gunakan kepakarannya tak akan cari kepakaran lain lagi… jika orang tahu tentang kepakarannya itu.

Senarainya boleh jadi panjang lagi kalau anda mahu. Buatlah sendiri tambahan kehebatan tentang diri anda dan perniagaan anda kalau anda mahu.

Tapi ingat! itu tak penting sama sekali dalam menentukan kejayaan perniagaan anda selagi anda tak berjaya buat sesuatu agar apa yang orang fikirkan tentang anda sama dengan apa yang anda fikirkan tentang dir anda.

Semua itu menjurus kepada satu kesimpulan,

“Apa yang anda tahu tentang diri anda tak penting, yang penting adalah apa yang orang fikirkan tentang anda…”

Merancang apa orang fikir tentang anda

Jadi bagaimana nak amalkan kesimpulan tadi di atas ?

Jawapannya adalah dengan menjalankan aktiviti pemasaran. Aktiviti tersebut mestilah menjurus ke arah membuat apa yang anda mahu orang fikirkan tentang diri anda.

Sebab itu seorang usahawan mesti belajar tentang pemasaran. Apa erti pemasaran dan bagaimana nak laksanakan aktiviti pemasaran secara menyeluruh.

Jika anda faham tentang pemasaran, anda akan sedar segala aktiviti perniagaan anda dari mula sampai habis terlibat dalam akviti pemasaran.

Ia melibatkan…

  • Bagaimana anda berkomunikasi atau bercakap atau buat ayat. Diri usahawan sendiri, pekerja syarikat keseluruhannya dari atas sampai ke bawah.
  • Bagaimana anda bertindak. Usahawan itu sendiri, pekerja keseluruhannya dari atas sampai ke bawah.
  • Bagaimana anda pamerkan diri anda, produk anda, pembungkusan, warna yang dipilih, lokasi, hiasan pejabat atau kilang atau premis perniagaan, kedudukan premis, dan senarainya amat panjang.
  • Bagaimana anda pilih pekerja
  • Bagaimana anda pilih pembekal
  • Bagaimana anda pilih pelanggan
  • Dan lain-lain…

Cerita ringkasnya adalah, jika anda menjual kereta BMW dan kereta yang dipamerkan berhabuk dan berdebu… dan anda pula melayan pembeli dengan memakai kain pelikat lusuh dengan singlet pagoda yang terkoyak…

anda sebenarnya sedang syok sendiri. Apa yang anda sedang fikirkan tentang anda tak sama dengan apa yang orang fikir tentang anda.

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. aku ada berselisih pendapat dengan kawan aku..bagi dia idea itu lebih mahal sebab bukan semua orang dapat fikir idea yang hebat…pada kau pula proses pembikinan lebih hebat sebab kena realisasikan idea ke alam nyata..hu3…tapi selepas berdebat aku rasa kedua-duanya sama hebat dan saling memerlukan..tanpa idea taka proses..dan tanpa proses pembikinan idea itu cuma tingal angan-angan..
    blogger lelaki recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge