Buat kawan tak perlu rasuahDalam apa saja urusan kita dengan orang lain. Samada untuk mendapatkan bantuan, untuk buat jualan atau untuk dapatkan kontrak, gunakan teknik buat kawan dan tinggalkanlah amalan rasuah.

Jika kita cari makan dalam dunia sales, terutamanya yang memerlukan aktiviti pertemuan empat mata dengan prospek pelanggan, pendekatan buat kawan untuk meyakinkan prospek itu jadi pelanggan kita adalah jauh lebih mudah daripada pendekatan berikan rasuah.

Berdasarkan pengalaman sepanjang menjalankan perniagaan, saya dapati amalan mencari jalan untuk buat kawan terlebih dahulu sebelum nak mula jual apa-apa produk dan perkhidmatan adalah jalan paling berkesan dan paling baik.

Kalau orang yang kita jumpa itu tak jadi pelanggan, sekurang-kurangnya kita dapat seorang lagi kenalan baru.

Antara buat kawan dengan beri rasuah

Bukan semua perniagaan boleh menggunakan pendekatan rasuah untuk pastikan orang yang kita sasarkan jadi pelanggan kita. Dalam perniagaan di pasaran terbuka dan berurusan secara terus dengan pengguna, rasuah tidak ada tempat untuk dijadikan amalan.

Tak akan ada orang yang cuba merasuah seorang suri rumah untuk memastikan dia beli mesin basuh kain. Kalau cuba juga tentu ada yang tak kena dengan akal jurujual itu.

Tetapi seorang kontraktor yang cuba dapatkan kerja dari jabatan kerajaan ada potensi untuk menggunakan kaedah rasuah bagi mendapatkan kerja dengan mudah dan pantas.

Begitu juga jika kita berurusan dengan syarikat atau organisasi besar yang mempunyai pegawai yang dilantik untuk menjalankan kerja bagi pihak majikannya.  Kaedah menghulurkan rasuah adalah satu kaedah paling pantas dan mudah untuk membuat jualan.

Perkara inilah yang memeningkan kepala saya ketika masuk bekerja hari pertama di sebuah syarikat antarabangsa satu ketika dulu. Perkara pertama yang saya buat pada hari pertama itu adalah pergi berjumpa dengan seorang rakan sekerja yang buat jualan untuk syarikat.

Dia merupakan seorang wanita dan antara jurujual yang hebat di syarikat itu. Rupanya cantik, dia sentiasa pakai pakaian seksi dan bentuk badannya juga mengamcam nyawa. Gayanya yang manja pula boleh membuatkan sesiapa saja mudah tergoda.

Ketika berjumpa dengannya, soalan saya adalah, “macam mana you buat sales?”

Dia terus pandang saya atas dan bawah agak lama, kemudiannya bertanya semula soalan ini pada saya, ” sebelum you pergi jumpa prospek, dah ada 20 orang lain yang pergi dulu dan tawarkan produk yang sama, dengan harga yang sama…, jadi kenapa prospek itu perlu pilih you…?”

Saya dengar dan terkedu, saya bangun dan terus berfikir panjang dan secara mendalam. Soalan yang amat berbisa yang perlu saya jawab. Baru saya sedar langit itu tinggi atau rendah, baru saya sedar apa itu dunia sales. Itulah soalan yang semua orang buat sales kena jawab kalau nak pastikan dia berjaya menjual.

Rasanya saya dah kongsikan cerita ini pada artikel yang dulu. Jadi nak diringkas cerita, saya ambil pendekatan buat kawan sebagai strategi untuk bua jualan dan memang itulah cara yang paling baik.

Buat kawan dan pastikan orang suka kita

Rahsia untuk menawan hati orang dan membuatkan orang selesa berurusan dan membeli dengan kita adalah pastikan mereka suka dengan kita.

Dalam kes kawan wanita saya di atas, itulah yang dia buat. Pakai seksi, aksi menggoda, jaga badan jaga penampilan dan semua itu adalah pakej lengkap yang boleh mencairkan semua lelaki yang ada kelakian.

Jika anda seorang lelaki, tak boleh berpakaian seksi atau bergaya manja, itu hanya akan membuatkan orang rasa meluat dan menyampah nak berurusan dengan anda melainkan orang yang ditemui itu ada sejarah pelik.

Oleh itu, belajarlah cara-cara bagaimana nak buat orang suka pada kita jika mahu jadi jurujual yang berjaya. Antara teknik yang amat mujarab adalah menggunakan teknik NLP. Beli dan baca buku berkenaan NLP yang dah ada banyak di pasaran.

Pastikan orang suka pada kita terlebih dahulu dan selepas itu barulah cuba menjual. Jika anda tak berusaha berbuat begitu, alamat lambatlah orang nak beli apa-apa dari anda.

Pesan saya yang terakhir, untuk mereka yang berurusan dengan wakil majikan, tak payahlah beri rasuah, elok buat kawan dan anda akan lebih selamat dan aman sentosa kehidupan sekarang dan esok hari.

 

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

  1. Memang betul amalan rasuah ini memang agak berleluasa, bukan sahaja di Malaysia tapi diserata dunia. Bukan mudah nak atasi dan bukan nak salahkan sesiapa. Yg pasti ia berpunca dari keadaan ‘competitive’ dalam dunia perniagaan hari ini serta kesesakan hidup mereka yg makan gaji.

    Pernah org tanya mengapa ahli perniagaan tidak lapurkan SPR sahaja bila org dalam mintak rasuah. Masaalah org dalam selalunya beroperasi dalam satu kumpulan di opis. Bila satu kena tangkap, yg lain akan pulaukan businessman itu. Bila tak bagi, ada berbaris lagi ahli perniagaan lain yang akan buat. Amat menyedihkan hakikat ini.

    Org dalam pula biasanya bila baru masuk kerja mmg idealistik dan takkan makan rasuah. Tapi bila dah join geng2 lain, mulalah bercelaru kepala.

    In the end, ia bergantung pada siapa yg jadi ‘leader’. Jika leader di organisasi itu BERSIH dan anti rasuah atau apa2 perkara yang tidak baik, insya-allah semuanya ok. Kalau kepalanya pun mcm crook. Habislah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge