Artikel cara untuk jadikan produk yang berkualiti atau perkhidmatan anda berkualiti di mata pelanggan ini adalah lanjutan dari artikel ang sebelum ini.

Dari komen yang saya dapat di bawah artikel sebelum ini, saya rasa seperti mesej yang cuba saya sampaikan pada artikel yang lalu masih samar-samar di kalangan pembaca.

Jadi saya buat satu lagi penerangan supaya maksud kualiti menjadi lebih jelas dan memberikan rasa lega.

Terutamanya pada anda yang sedang berusaha untuk menhasilkan satu produk yang berkualiti dan seterusnya jadikan perniagaannya dilihat sebagai berkualiti di mata pelanggan.

Produk yang berkualiti relevan dengan transaksi

Apa saja urusan yang tidak ada hubung kait dengan satu lagi pihak lain, selain diri anda sendiri tidak akan menimbulkan apa-apa keperluan terhadap kualiti.

Bayangkan jika anda hidup sendirian dalam hutan. Tak ada undang-undang dan tak ada apa-apa kekangan mana boleh dan mana yang tak boleh.

Apa saja yang anda buat adalah untuk keperluan anda sendiri sahaja.

Dalam keadaan sebegitu, rumah atau pondok, sebagai contoh, yang anda bina, tidak timbul persoalan samada berkualiti atau tidak berkualiti. Ikut suka anda sendiri nak buat pondok macam mana berdasarkan selera anda sendiri.

Cuba bayangkan pula ketika merayau-rayau mencari ilham dalam hutan tersebut, lalu terjumpa seorang lagi penduduk hutan yang juga tinggal sendirian. Lalu anda menjemputnya pergi ke pondok buruk anda untuk berkenal mesra.

Bila dia lihat pondok tersebut, timbul rasa ingin memiliki pondok yang sama. Dia minta anda membuat untuknya sebuah. Anda bersetuju jika dia sanggup berikan seekor rusa jantan sebagai ganjaran kerja menyiapkan sebuah pondok untuknya.

Kualiti ada di mata pelanggan

Jika kedua-duanya bersetuju dengan pertukaran produk atau khidmat tersebut, maka barulah timbul persoalan produk yang berkualiti atau tidak.

Pondok yang berkualiti sudah tentu bergantung pada kepuasan kawan baru anda itu. Begitu juga seekor rusa yang berkualiti bergantung kepada kepuasan anda menilai rusa yang dia berikan pada anda.

Jika pondok yang anda bina gagal menepati jangkaan kawan baru anda itu, keyakinan anda sendiri bahwa pondok buatan anda sudah amat baik dan berkualiti tinggi adalah sesuatu yang dipanggil sebagai syok sendiri sahaja.

Kualiti hanya ada di mata pelanggan anda dan bukannya anda sendiri yang tentukan.

Cara jadikan produk yang berkualiti

Jika anda faham senario yang saya buat kat atas itu, anda boleh berusaha dengan lebih mudah untuk jadikan produk anda berkualiti.

Perkara pertama paling awal yang anda boleh lakukan adalah cuba memahami dengan jelas bagaimana pondok yang kawan baru anda itu mahu. Apa yang perlu ada dan apa yang tak boleh ada pada pondok yang bakal anda bina nanti.

Tanpa perbincangan yang jelas dan terperinci, sudah tentu akan berlaku salah faham. Apa yang kawan baru anda bayangkan di dalam kepalanya sudah tentu tak akan sama dengan apa yang ada dalam kepala anda. Semua orang punya definisi dunianya yang tersendiri.

Sebab itu syarikat-syarikat yang faham duduk sebenar isu kualiti itu, akan pastikan semua urusan tidak mengundang salah faham antara penjual dan pembeli. Cara moden, dokumen bertulis digunakan, satu untuk salinan kepada pelanggan anda dan satu lagi untuk simpanan dan rujukan anda sendiri.

Cara lama adalah dengan mengadakan seorang lagi saksi sebagai orang tengah jika berlaku apa-apa salah faham kemudian hari.

Jelaskan perincian produk anda

Jika anda punya produk atau perkhidmatan sekarang, soalan pertama yang anda perlu bertanya pada diri sendiri adalah, adakah anda jelas perincian produk atau perkhidmatan yang anda mahu tawarkan pada pelanggan.

Adakah rupa bentuk atau nama produk anda itu boleh mengundang salah faham dan salah jangkaan dimata pelanggan. Untuk pastikannya, mahu tak mahu anda perlu bertanya pada pelanggan.

Tidak cukup hanya dengan membuat andaian sendiri sebab bisnes yang anda buat adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan. Bukan untuk syok sendiri dan marah-marah bila orang tak puas hati.

Sebab itu saya sebutkan dalam artikel yang lalu, kualiti tak ada kena mengena dengan teknologi, masa, produk atau servis.

Dalam kes pondok kat atas tadi, jika pondok anda dibuat dari pokok buluh, tak ada bilik dan muat hanya untuk seorang sahaja, jika itu yang pelanggan mahukan dan itulah juga yang anda berikan. Maka berkualitilah pondok tersebut. Tak semestinya pondok itu perlu dibuat dari kayu jati ada 3 bilik dan bumbung genting.

Asalkan jangkaan pelanggan sama dengan apa yang anda tunaikan, maka berkualitilah hasil kerja anda itu.

Moga artikel ini memberikan penjelasan yang lebih lagi pada para pembaca.

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge