tips menggoda pelanggan agar setiaTanpa pelanggan, perniagaan tidak punya erti. Oleh itu usahawan mesti pandai memikat pelanggan agar mereka selesa berurusan dan sentiasa datang kembali pada perniagaan kita.

Apa saja perniagaan yang kita jalankan, cara memikat pelanggan yang terbaik mestilah dicari dan diperbaiki selalu agar kita sentiasa berada di depan dan menjadi perniagaan pilihan pelanggan.

Perlu diingat bahawa memikat pelanggan tidak sama dengan menarik perhatian pelanggan. Proses memikat pelanggan hanya berlaku setelah kita berjaya menarik perhatian mereka untuk datang. Kita akan membicarakan tentang projek menarik perhatian pelanggan pada sesi yang lain.

Merangka proses memikat pelanggan

Walau apa saja perniagaan yang sedang dijalankan sekarang, pastikan anda buat satu carta aliran. Carta yang mempamerkan proses bermula daripada kedatangan pelanggan yang telah berjaya anda tarik perhatiannya, masuk ke premis perniagaan anda, merasai pengalaman berada di dalam premis, dan berakhir dengan pelanggan tersebut keluar semula dari premis perniagaan.

Apa yang kita sasarkan adalah supaya pelanggan keluar untuk balik sambil membawa hasil belian daripada premis perniagaan kita, dan sudah pastinya kita bayangkan dia tersenyum kepuasan. Kalau boleh, pelanggan itu akan rasa tidak sabar untuk menceritakannya pula kepada setiap orang lain yang ditemuinya.

Cuba bayangkan jika anda berjaya melakukan perkara seperti yang saya sebutkan diatas!, sudah pasti perniagaan anda tidak memerlukan belanja yang banyak untuk membuat aktiviti pemasaran.

Kecekapan anda memuaskan hati pelanggan akan membuatkan setiap pelanggan yang keluar dari premis perniagaan anda bertukar menjadi agen pemasaran kepada perniagaan secara percuma dan berkesan.

Tidak ada agen jualan yang lebih handal selain daripada mereka merupakan pelanggan anda sendiri. Kita semua tentu sedar betapa selama ini cadangan dari kawan atau keluarga terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan menjadi salah satu penentu utama dalam membuat keputusan pembelian.

Mula fikirkan idea cara memikat pelanggan

Setelah kita membuat carta aliran yang saya sebutkan di atas, cuba perah otak anda semaksimum mungkin bagaimana elemen-elemen yang mampu memikat pelanggan anda dapat diserapkan dalam setiap proses.

Sebagai contoh, katakan anda menjalankan perniagaan makanan dengan membuka sebuah restoran. Proses memikat pelanggan bermula sebaik sahaja pelanggan memberhentikan kereta, parking, keluar dari kereta menuju ke intu masuk kedai atau restoran anda.

Di situ saja sudah ada beberapa proses yang berlaku. Pertamanya proses parking, kedua keluar kereta dan ketiga berjalan masuk atau menuju ke pintu masuk restoran. Berbagai perkara hebat yang kita boleh fikirkan untuk diselitkan dalam semua proses-proses tersebut agar pelanggan terkesima dan teruja.

Tips asas memikat pelanggan

Jika anda faham apa yang saya cuba sampaikan, sudah tentu anda lebih bijak daripada saya untuk merangka idea sendiri bagaimana mahu memikat pelanggan. Ia mesti bersesuaian dengan perniagaan yang anda jalankan dan hanya anda sendiri yang tahu prosesnya secara terperinci.

Dalam merangka proses memikat pelanggan pastikan anda memikirkan beberapa idea asas yang boleh diguna pakai di bawah:

#1. Jadikan perniagaan anda mudah dan selesa

Sentiasa fikirkan bagaimana dapat dilaksanakan agar perniagaan anda sentiasa ringkas, mudah dan memudahkan serta selesa kepada semua pelanggan.

Jangan sampai pelanggan merasa sukar untuk berurusan dengan perniagaan, jangan pula biarkan pelanggan rasa susah nak masuk ke premis dan jangan biarkan pelanggan rasa sukar untuk bergerak di premis perniagaan anda.

Jika kita jalankan perniagaan online pula, perkara sama perlu difikirkan. Jangan biarkan pelanggan termanggu-manggu 5 minit hanya untuk memahami apa yang anda jual dan cuba mencari alasan kenapa dia perlu beli dari anda.

Jadikan semua proses mudah, ringkas dan selesa. Lagi pendek sesuatu proses itu dalam mencapai matlamat, lebih baik.

#2. Sabar dan sentiasa sanggup mendengar

Untuk mencapai tahap yang terbaik dalam menyediakan proses memikat pelanggan, anda mesti sentiasa sabar dan sanggup mendengar. Jangan jadi taukeh yang panas baran yang hanya suka dengar pujian tetapi bertukar menjadi raksaksa apabila dikritik.

Pastikan juga anda mendengar dua kali banyak daripada bercakap. Jangan bercakap tak berhenti tanpa memberi peluang pada pelanggan membuka mulut untuk bersuara. Tindakan begitu, yang biasanya kita sangka pelanggan suka sebenarnya membuatkan dia mahu segera beredar dan tamatkan perbualan dengan anda.

#3. Jangan berlebihan sehingga lari dari nilai utama perniagaan

Semua perniagaan mesti ada nilai-nilai utama yang mahu diberikan pada pelanggan. Jika kita jalankan perniagaan kedai makan, ada berbagai nilai berbeza yang boleh diterapkan.

Peniaga restoran boleh janjikan pada pelanggan mereka sedap, mungkin juga santai, atau mungkin pantas, atau mungkin keriangan keluarga, atau mungkin perhubungan kawan-kawan. Itu semua adalah konsep atau nilai yang anda mahu serapkan pada perniagaan restoran anda.

Jika kita dah tetapkan nilai yang mahu ditonjolkan, maka semua idea untuk menjayakan perkara tersebut mestilah selari dengan nilai utama tersebut.

Demikianlah sedikit tips memikat pelanggan yang boleh saya kongsikan di sini. Mohon kongsikan idea anda pada runag komen di bawah jika anda ada inpt lain bagaimana untuk memikat pelanggan.

Total
10
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Perkongsian hebat,terima kasih tuan. Macam saya sendiri, apa yang paling saya tekankan Service After Sales. Beri tawaran pada pelanggan yang dah datang ke kedai, sebab dah tentu dia dah merasa pengalaman walk in terus ke kedai. Lagi satu, buatkan satu surat rasmi atau ucapan hari lahir & hantarkan surat tersebut terus ke alamat rumah pelanggan. Dalam surat tu boleh letakkan sekali diskaun ataupun tawaran yang lain. Paling penting, DATABASE 🙂 .

  2. Selalu follow up customer secara whatsapp atau sms kepada pelanggan yang sudah beli produk kesihatan.

    Mesti customer happy sebab dia tak anggap kita nak untung semata-mata.

    Biasa selepas follow up, customer akan order lagi hihi. inshaaAllah.
    Akmal Aizat recently posted…Promosi Jimat Februari 2014My Profile

  3. InsyaAllah Akan dipraktikkan..

    sama ke macam kita pikat marka (gf) kita dulu? kalau sama kita pasti berjaya sebab masa tu kita buat sungguh2. tekniknya kena dengan “pelanggan” tu, sabar kita tahap dewa, bukan main caring..belum sakit dah tanya “dah makan ubat”?? ..haha

    kalau masih tak berjaya lagi pikat pelanggan anda..mungkin kita guna teknik yang tak kena, macam pikat isteri kita sekarang..layanan ala kadar je, baju dah pakai sepah2. isteri masak kita asyik baca suratkhabar, jarang bersembang, urusan anak semua letak kat isteri.. dah dapattt..orang kata. ( bukan kawan-kawan yang ikut blog ni la..)

    kat pelanggan tak boleh buat macam tu…masa nak pikat buat sungguh2 dah berjaya pikat.. lagi mau sungguh2..sebab senang lagi nak jaga yang dah jadi “isteri” sebab seluk beluk dia kita dah tau, menu apa yang pelanggan suka, waktu bila dia datang, berapa ramai biasa datang..

    kalau saya, setiap pelanggan yang dah 2 3 kali datang mesti saya ajak sembang2 sikit.. sambil2..tanya nama, tinggal kat mana, anak berapa orang etc.. kalau nak lagi debom..buat surprise sikit… sesekali belanja pelanggan kita tu makan free..(memang saya buat sedikit budget setiap bulan untuk belanja pelanggan TEGAR) nak nak masa dia rekmen kawan dia makan kat restoran kita.. fuuhh..tp suruh staff kita cakap..”boss belanja”..kalau kita cakap sendiri ramai yang segan..mesti nak bayar jugak..pahala pun dapat beb..tp mau ikhlas..dan jangan kerap sangat belanja pelanggan yang sama..takut dia segan nak datang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge