teknik tarik perhatian terbaikMari kita cuba fikirkan cara terbaik buat pemasaran untuk melonjakkan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi.

Sebelum pergi lebih jauh dalam memikirkan cara terbaik buat pemasaran, elok juga kita cuba fahami apa sebenarnya matlamat pemasaran.

Secara ringkasnya segala aktiviti pemasaran adalah bertujuan untuk membuang hijab yang menutup antara perniagaan yang sedang kita jalankan dengan bakal pelanggan yang kta sasarkan.

Sebaik saja perniagaan dimulakan, akan wujud satu hijab yang memisahkan antara perniagaan kita dengan pelanggan. Ada perniagaan yang hijabnya terbuka pada masa yang sama dengan terbentuknya perniagaan kita.

Cara terbaik buat pemasaran kedai makan

Contoh perniagaan sebegitu adalah seperti perniagaan kedai makan yang dibuka pada satu pekan atau lokasi yang ada ramai orang. Itupun bergantung pada cara kita mempamerkan wajah fizikal perniagaan kita.

Seandainya kita gagal menzahirkan wajah yang boleh difahami bahawa ianya adalah sebuah kedai makan, samada ianya bertahap mewah atau sederhana, pintu hijab itu tak akan terbuka.

Bayangkan sebuah kedai akan yang kelihatan seperti tempat mengumpulkan sampah, hijab yang terbuka hanyalah kepada orang yang sedang mencari satu lokasi untuk buang sampah.

Rupa bentuk fizikal kedai kita juga mesti seiring secara keseluruhannya. Kita perlu fikirkan signboard, susun atur meja dan kerusi makan, suasana kedai makan, dan lain-lain yang berkaitan.

Fikirkan juga mesej yang boleh disampaikan samada ianya boleh diperhatikan dari jauh. Lebih jauh dan lebih meluas rangkuman mesej kita, lebih banyak hijab yang akan terbuka.

Sebab itu, usaha memasang satu signboard kedai makan yang amat besar, jelas dan menarik, yang boleh dibaca dari jauh dan difahami dari jauh di berbagai sudut adalah satu cara terbaik buat pemasaran untuk kedai makan.

Idea asas cara terbaik buat pemasaran

Saya sering berikan contoh yang hebat yang diberikan oleh Seth Godin dalam bukunya bertajuk Purple Cow. Beliau memberikan satu perumpamaan yang hebat dalam usaha menarik perhatian orang terhadap apa yang sedang kita lakukan.

Seth Godin merupakan seorang pakar dalam pemasaran internet, tetapi semua ideanya boleh dilaksanakan juga pada apa saja jenis perniagaan samada online atau offline.

Bayangkan jika anda sedang memandu dan melintas sebuah ladang ternakan lembu. Jika semua rupa lembu yang ada di padang ragut tersebut berwarna biasa, samada putih, coklat, kelabu atau hitam, tak ada istimewanya untuk kita toleh dari perhatian kita terhadap pemanduan.

Tetapi, cuba bayangkan jika dalam banyak-banyak lembu yang ada itu, ada seekor lembu yang berwarna purple / unggu. Apa yang berlaku adalah perhatian kita sudah tentu akan tertumpu pada seekor lembut tersebut. Berbagai persoalan akan timbul dan ia memang amat menarik minat kita untuk tahu lebih lanjut.

Jika ada masa barangkali kita akan berhenti untuk tahu lebih lanjut. Dan jika tak sempat, maklumat itu akan dikongsikan pada siapa saja orang pertama yang akan kita jumpa nanti.

Bukankah itu satu idea tarik perhatian yang cukup berkesan. Kita memaksa orang lain, siapa saja yang melintas ladang lembu itu untuk menyebarkan maklumat tersebut. Aktiviti pemasaran berlaku secara percuma hasil dari keberkesanan kita menarik perhatian.

Proses kedua cara terbaik buat pemasaran

Saya dah kongsikan idea apa yang perlu dilakukan apabila pelanggan sudi masuk untuk mencuba pengalaman mereka terhadap perniagaan kita. Itu dinamakan proses memikat pelanggan.

Ia adalah anjutan daripada aktiviti hebat menarik perhatian pelanggan di atas. Pastikan perniagaan kita bukan saja menarik untuk dicuba, malah mereka juga teruja dan terkejut apabila menghampiri perniagaan kita secara lebih dekat.

Kesinambungan proses pemasaran dari awal sehingga tamat amat penting. Ertinya pemasaran hebat perlu diterjemahkan pula pada produk atau perkhidmatan yang sama hebat atau lebih hebat.

Sebab itu, orang rumuskan bahawa jika produk anda tidak ada kualiti, membosankan dan tidak menepati jangkaan, aktiviti menarik perhatian yang hebat hanya akan membuatkan anda tutup kedai lebih cepat!.

Tukar pelanggan jadi ajen pemasaran adalah kemuncak cara terbaik buat pemasaran

Tidak dapat dinafikan bahawa produk hebat adalah kemuncak kepada cara terbaik buat pemasaran. Biarkan produk kita sendiri yang membantu aktiviti pemasaran perniagaan kita.

Ada contoh baik yang diberikan dalam buku yang saya baca bagaimana produk kasut jogging lima jari berjaya melakukan kerja pemasaran ini sefara tidak disedari oleh pelanggan atau pengguna produk itu sendiri.

Ketika memperkenalkan kasut jogging lima jari pada pelanggan, syarikat kasut jogging itu hanya melakukan satu pengumuman media. Mereka kemudiannya mula menjual kasut itu tanpa bujet pengiklanan yang besar atau mega seperti mana syarikat-syarikat lain.

Orang yang memakain kasut jogging itu ketika bersenam, sering menarik perhatian pejogging lain. Majoriti orang yang memakainya sentiasa di sapa. Sebenarnya mereka lebih menjurus kepada bertanyakan ksatu yang dipakainya.

Setiap kali ditanya pada pemakainya, dia akan mula menceritakan betapa selesanya dan hebatnya menggunakan kasut tersebut. Malah dia juga akan memaklumkan tentang harganya sekali dan di mana boleh mendpatkan kasut yang sama.

Setakat itu saja idea cara terbaik buat pemasaran yang dapat dikongsikan di sini. Moga anda ada idea bagaimana nak terjemahkan idea ini pada perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang. Jika anda ada tambahan idea, sila kongsikan di runag komen di bawah. Selamat mencuba!!!

Total
4
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge