iklan botakSaya ada kongsikansebelum ini bagaimana nak buat iklan yangbetul untuk tarik pelanggan kepada perniagaan kita. Kali ini saya paparkan satu contoh iklan yang tak berapa betul dan kurang menepati sasaran.

Saya ambil satu contoh iklan yang telah dibuat oleh salah seorang peserta bimbingan perniagaan peribadi atau HR Biz Coaching yang saya anjurkan. Harap peserta itu tak marah dan anggaplah ini sebagai salah satu daripada promosi perniagaannya juga.

Sebelum itu, ingin saya maklumkan pada pembaca terutamanya pembaca di sebelah utara tanah air, usahawan ini merupakan seorang usahawan yang saya kagum.

Dia amat positif dan sentiasa mahu majukan dirinya sendiri dan juga perniagaannya. Fikirannya amat terbuka dan beliau memberikan komitmen yang tinggi dalam program HR Biz Coaching yang diberikan.

Kalau tuan-puan pembaca mengalami masalah sistem pendingin hawa kereta, bolehlah pergi dapatkan perkhidmatannya. Saya yakin dengan kesungguhan beliau untuk menjayakan perniagaannya dan sudah tentu dia akan berusaha memberikan yang terbaik untuk para pelanggannya.

Cara tulis iklan yang kurang menarik

Cuba anda lihat paparan iklan yang saya lampirkan pada gambar di atas. Adakah anda dapat kesan kat mana salahnya cara tulis iklan tersebut.

Kalau diperhatikan, pengiklan memulakan dengan ayat besar dan terang pada ruang atas sekali penyataan berkenaan syarikat perniagaannya. Ini yang saya katakan pengiklan yang fokus pada perniagaan sendiri dan bukannya pada pelanggannya.

Di situlah letaknya kesalahan paling asas. Kita buat iklan untuk pelanggan dan bukannya nak cerita tentang diri kita. Oleh itu cara tulis iklan yang betul perlulah dimulakan dengan ayat yang menceritakan tentang pelanggan kita.

Sepatutnya pengiklan memulakan ayat:

“Aircond Kereta anda tak sejuk ???”

Ayat itu perlu digantikan dengan ayat

“BR Auto aircond servis entreprise” 

Barulah nampak jelas kita sedang berkomunikasi dengan sesiapa saja yang sedang menghadapi masalah aircond kereta yang tak sejuk. Dan sudah pasti orang yang sedang menghadapi masalah tersebut amat berminat sekali untuk membaca lanjutan daripada ayat di dalam iklan itu.

Selanjutnya, berikan satu lagi ayat power untuk membuatkan pembaca yang sedang ada masalah aircond kereta tak sejuk itu lebih tertarik. Anda boleh buat ayat seperti…

” Anda mahukan perkhidmatan servis aircond kereta dari technician kami yang berpenglaman lebih dari 10 tahun dalam servis semua jenis kenderaan?”

Selepas itu anda buat lagi tarikan agar dia tak mahu lepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan servis aircond anda dengan ayat…

” Datang buat pemeriksaan percuma! kenal pasti masalah dahulu, tak mau repair tak apa….!”

Kemudian tambah lagi dengan ayat berikut di bawah agar dia buat Uturn dan datang terus ke workshop anda dengan ayat berikut…

“20 pelanggan pertama layak untuk diskaun 50%… datang segera!”

Kemdian barulah anda berikan perincian tentang workshop anda berserta dengan nobor telefon dan sebagainya. Barulah iklan tersebut betul dan menepati ciri-ciri atau cara tulis iklan yang betul… selamat mencuba

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Bak kata orang jual kebaikan & faedah kepada pelanggan. Bukan jual bisnes. Memang tepat tuan. Saya sokong.

    Jika saya jadi pelanggan pun, saya kurang berminat dengan iklan jual bisnes sebab tak nampak kebaikan.

    Terima kasih atas blog yang bermanfaat. Saya dah kutip banyak sangat ilmu dalam blog ni. Ringkas tapi power.

  2. Memang stylo cara Tuan. Saya pening duk pikir macam mana nak buat ayat nak tarik orang. Tengok Tuan buat simple sangat2 rupanya.

    1. Iklan untuk pelanggan awam biasa, ayat perlu simple… lainlah kalau pelanggan sasaran jenis peka dan mendalam ilmu teknikal mereka

  3. Benar sekali tuan.
    Pelanggan mana tau apa itu cooling coil, blower, filter dryer, kalu yg tau cuma sedikit ja… depa tau aircond sejuk atau tak sejuk saja…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge