Baru-baru ini, seorang kenalan kongsikan kisah kereta mewahnya yang ada masalah pada saya.

Dia hantar kereta ke pusat servis keretanya yang diiktiraf.

Selepas di buat pemeriksaan apa yang tak kena, sebut harga dikeluarkan. Memang mahal harga yang diberikan tu, tapi disebabkan dia yakin, tentu pusat servis kereta tersebut mencadangkan penyelesaian yang terbaik, maka dia setuju.

Nak yakin pada siapa lagi kalau bukan pusat servis jenama kereta itu sendiri?

Kereta ditinggalkan untuk dibaiki.

Bila dah siap, dia datang ambil semula keretanya.

Selepas beberapa hari pakai kereta itu, dia dapati, masalah yang sama masih berulang lagi. Tidak selesai juga rupanya.

Dia kecewa.

Dia bawa semula ke pusat servis kereta itu untuk buat aduan dan mahu dilihat semula apa yang tak kena. Duit dah habis bayar. Banyak juga tu. Tapi masalah tak selesai sepenuhnya.

Bila diperiksa semula, mereka buka lagi sebut harga.

Sudah tentu dia tak puas hati!.

Dia mula rasa tak berapa nak yakin dengan keupayaan pusat servis kereta itu untuk selesaikan masalah.

Dibawanya kereta itu ke pusat servis luar pula.

Selepas diperiksa, pusat servis luar itu dakwa dia dah tahu apa masalah sebenarnya. Tapi solusi yang diberikan nampaknya tak sama dengan apa yang diberitahu oleh pusat servis kereta mewah yang diiktiraf itu.

Oleh sebab harganya tak berapa nak mengarut, maka dia berikan peluang pada pusat servis kereta luar itu untuk selesaikan.

Sekejap saja, dah siap dan dia boleh ambil balik keretanya.

Selepas ambil kereta itu, memang ternyata masalah yang kereta itu ada dah hilang. Pusat servis kereta itu memang berjaya selesaikan dengan pantas dan murah pulak.

Antara bagus dan dilihat bagus

Kenalan saya itu merungut sebab pusat servis kereta mewah yang dia hantar bukannya pusat servis sebarangan. Ia merupakan pusat servis jenama kereta itu sendiri. Sepatutnya mereka jauh lebih arif berbanding pusat servis luar yang tak ada kaitan dengan jenama kereta tersebut.

Apa yang kenalan saya itu nak beritahu adalah, itu merupakan bukti bahawa pusat servis luar yang biasa-biasa itu sebenarnya jauh lebih baik dari pusat servis hebat dan megah milik pemegang konsesi jenama kereta itu sendiri.

Tapi dia hairan kenapa orang kita masih tak berapa nak percayakan pusat servis luar yang terbukti banyak kali lebih bagus berbanding pusat servis pemilik jenama kereta.

Dia minta pendapat saya tentang keadaan itu.

Saya jawab sama macam tajuk artikel ini kat atas tu.

Dalam bisnes, bagus saja tak cukup. Anda juga perlu dilihat bagus. Dan kedua-dua perkara itu adalah berbeza.

Pusat servis kereta pemilik jenama itu terbukti berjaya selesaikan matlamat untuk dilihat sebagai bagus. Tapi itu tidak bermakna dia memang bagus.

Pusat servis kereta luar yang dia bawa pergi baiki kereta tadi memang terbukti dan ternyata bagus. Tapi yang dia gagal buat adalah mempamerkan kedai atau bengkelnya kelihatan bagus.

Banyak bisnes kat luar tu memang bagus

Hakikatnya memang banyak syarikat atau bisnes yang ada kat luar tu memang bagus. Tak kiralah dalam apa industripun.

Banyak perniagaan kecil yang diusahakan oleh usahawan kecil kita kat luar tu memang bagus.

Tapi disebabkan tak ada modal, atau sebab jahil dan tak ambil berat. Atau mungin tak faham dan tak sedar tentang isu yang saya cuba terangkan dalam artikel ini.

Jika anda memang bagus sekalipun, masih tak habis lagi kerja membina syarikat anda itu. Anda juga perlu lihat dari sudut untuk mempamerkan perniagaan atau syarikat anda itu dilihat bagus juga.

Kena ada kedua-duanya sekali barulah ngam!

Kalau anda ada fahaman tak perlu nak menunjuk-nunjuk kata diri bagus, asalkan hakikatnya anda memang dah bagus. Anda tak berapa nak sesuai untuk masuk ke dalam dunia bisnes.

Pegangan jangan lihat kulit sahaja untuk tentukan isinya tak berapa boleh nak diamalkan dalam bisnes.

Bukan salah.

Tapi usahawan perlu terima hakikat bahwa majoriti besar manusia buat keputusan dengan menggunakan emosi.

Kebanyakan orang akan buat rumusan dengan hanya melihat kulit.

Tak boleh nak degil untuk mengharap semua orang menolak pemikiran sedemikian. Majoriti manusia memang lemah. Itu hakikat yang anda dan saya dah lihat dari kecil sampai besar berulang-ulang kali dari dulu sampai sekarang.

Mereka yang tidak tertipu dengan sekadar melihat kulit memang ada tapi tak ramai. Jadi tak boleh nak harapkan hanya pelanggan jenis itu saja yang akan masuk ke dalam kedai anda.

Macam mana nak buat dilihat bagus

Mudah saja.

Lihat kepada syarikat-syarikat besar terutamanya yang dah lama dalam pasaran dan ada modal besar. Memang hampir kesemua perniagaan mereka memang dilihat bagus.

Tirulah idea atau apa saja amalan yang mereka buat.

Bukan kesemuanya perlukan modal besarpun.

Contoh paling mudah, kalau dalam industri bengkel kenderaan, adalah dalam bab susun atur dan kebersihan. Bukan perlukan banyak modal untuk nak pastikan bengkel bersih dan tidak berterabur.

Malah segala barang yang membuatkan bengkel kelihatan berterabur dan semak berselerak boleh dijual untuk menjana duit.

Tapi ramai usahawan bengkel yang tak lihat perkara tersebut. Belum lagi cerita bab signboard, bab pemakaian, bab ketrampilan, bab profile dan page di FB atau media sosial lain, bab komunikasi pekerja, komunikasi di media sosial, bab imej pada profile dan banyak lagi …

Itu contoh mudah dalam industri bengkel kenderaan.

Sama juga dalam industri kedai makan atau peruncitan atau apa-apa saja.

Jadikan usaha untuk kelihatan bagus menjadi matlamat yang sama penting dengan menjadikan produk atau servis anda bagus.

Sebab sekadar produk atau servis yang bagus saja tak cukup. Perlu juga dilihat bagus …

Ini merupakan satu peringatan untuk diri saya sendiri. Juga untuk anda usahawan dluar sana yang bersetuju dengan apa yang saya cuba sampaikan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge

%d bloggers like this: