Apa perkara lebih baik lagi yang sesebuah perniagaan dapat lakukan selain dari menjadikan diri mereka sangat bermanfaat kepada pengguna.

Itulah tujuan utama wujudnya kesemua entiti perniagaan yang hebat-hebat di luar sana. Hebat sebab mereka ada visi dan misi yang mahu disempurnakan.

Bukannya wujud sekadar nak belasah ambil duit orang.

Bukan juga bertujuan untuk minta simpati dari orang.

Jika anda fokus pada membantu orang melepaskan masalah mereka, maka sudah tentu segala masalah anda akan turut sama berjaya diselesaikan.

Kenapa perniagaan anda wujud?

Cuba tanya kenapa agaknya perniagaan anda tu wujud. Tentu ada banyak jawapan. Saya yakin dalam banyak-banyak jawapan atau sebab yang ada tu, pasti salah satu darinya adalah untuk memenuhi keperluan anda.

Anda yakin, jika anda dapat penuhi keperluan pelanggan, maka ia akan sekali gus dapat selesaikan segala keperluan anda. Kelebihan yang anda ada, mahu digunakan untuk saling bantu membantu melepaskan maslaah masing-masing.

Macam yang saya baca dalam tulisan Peter Drucker. Perniagaan anda wujud sebab ada sesuatu, samada produk atau servis, yang anda mahu tawarkan pada mereka yang memerlukannya. Itu asas paling utama.

Kalau produk tak ada, servis pun tak, macam mana nak bantu orang?

Lagi banyak manfaat yang anda berikan pada orang ramai, lagi baik kedudukan anda di hati pengguna. Sebab itu jenama-jenama yang hebat tak pernah lokek untuk memberikan sumbangan yang relevan dengan apa kelebihan yang mereka ada setiap kali berlakuknya cubaan yang berat melanda masyarakat.

Dalam banyak-banyak syarikat, berikut adalah jenama yang dilihat sangat membantu sepanjang berlakunya cabaran Covid-19.

Maklumat ini saya dapat dari agensi yang membuat kajian dan bancian terhadap 1,083 rakyat Malaysia. Mereka salurkan maklumat ini pada saya untuk disiarkan dalam blog hidupringkas ini. Baca laporannya di bawah.

Jenama syarikat yang membantu rakyat

Berikut laporan tentang Jenama Syarikat yang Berusaha Sama dalam Membantu Rakyat Malaysia

Malaysia, 2 Jun 2020 – Jenama Malaysia telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dalam membantu rakyat Malaysia dengan jumlah bantuan yang bersamaan jutaan ringgit.

Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh Vase.ai ke atas seribu lapan puluh tiga (1,083) rakyat Malaysia di seluruh negara, menunjukkan 10 jenama terkemuka yang menarik perhatian para pengguna dalam tempoh yang mencabar ini.

Dalam satu tinjauan terbuka, seribu lapan puluh tiga (1,083) rakyat Malaysia diminta untuk menyenaraikan semua jenama yang telah menunjukkan rasa prihatin kepada pengguna semasa wabak COVID-19.

Laporan ini memperincikan 10 jenama yang kerap disenaraikan oleh responden. Terdapat 5 jenama lain yang juga mendapat perhatian rakyat Malaysia atas usaha mereka.

Tinjauan ini disertai oleh panel Vase.ai yang direkrut melalui GetVase.Com.

Hasil dapatan dari 1,083 rakyat Malaysia terhadap sokongan dan inisiatif jenama tempatan:

  • Jenama yang didapati mengambil initiatif awal pada peringkat awal COVID-19 adalah syarikat telekomunikasi.
  • Jenama kategori Kesihatan & Kecantikan membantu menangkis mitos mengenai COVID-19. Jenama ini berkongsi informasi yang berkualiti untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Jenama hiburan menawarkan pakej-pakej promosi dan kandungan secara percuma semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
  • Jenama Barangan Pengguna yang Bergerak Pantas (FMCG) menyumbang dana dalam jutaan ringgit untuk membantu golongan yang memerlukan, serta para petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19.

10 jenama yang dikenali atas sokongan mereka

Berikut di bawah disenaraikan 10 jenama yang dikenali atas sokongan mereka.

  1. Digi menawarkan data & faedah internet percuma untuk perniagaan.
  2. Celcom menawarkan perlanjutan waktu untuk akses internet tanpa had dan tempoh pembayaran pada bil.
  3. Maxis melancarkan #KitaSapotKita untuk mendorong rakyat Malaysia untuk menyokong satu sama lain dan perniagaan tempatan pada waktu yang mencabar ini.
  4. Dettol menangkis mitos COVID-19 bersama ‘Myth VS Truth Series’.
  5. U Mobile turut serta dalam memerangi COVID-19 dengan menyediakan Data Internet Percuma, menaik taraf liputan mereka dan berkolaborasi bersama artis tempatan dan perniagaan.
  6. Unifi menyediakan saluran percuma di UnifiTV, melancarkan E-Bazar, Pakej Mobil Pelajar dan Pakej Sokongan Data Internet.
  7. Gardenia memperuntukkan RM 1 Juta untuk Bantuan COVID-19.
  8. Astro menawarkan tontonan percuma untuk semua rakyat Malaysia.
  9. Shopee memulakan Dana Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) COVID-19 untuk membantu petugas kesihatan barisan hadapan Malaysia.
  10. Grab membantu petugas barisan hadapan dan memastikan rakan strategik mengambil langkah keselamatan optimum.

Jenama-jenama di bawah ini juga penting dalam membantu untuk menangani wabak COVID-19:

  • Nestlé bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, menyumbang sebanyak RM15 Juta untuk mengatasi wabak COVID-19.
  • Watson Malaysia menyumbang produk dan bekalan ke hospital dan petugas kesihatan barisan hadapan.
  • Ayam Brand menghantar 9,600 produk sedia makan kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh.
  • McDonald Malaysia menyumbang wang tunai sebanyak RM25,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Lifebuoy Malaysia berkongsi himpunan soalan lazim berkenaan COVID-19 dan mitos, serta fakta untuk pengetahuan rakyat Malaysia.
  • Vase.ai berkongsi maklumat tentang tabiat pengguna yang berubah semasa COVID-19.

Laporan penuh boleh didapati di: https://vase.ai/resources/covid-19/

Mengenai Vase.ai

Vase.ai adalah firma teknologi penyelidikan pasaran yang khusus dalam penyelidikan pengguna dalam talian untuk membantu jenama pengguna membuat keputusan yang mendorong ke arah keuntungan yang lebih tinggi.

Dengan penekanan pada kepantasan dan ketepatan, produk perisian terkemuka kami, ‘Every’ membolehkan anda mendapatkan pengguna lebih dari 300,000 rakyat Malaysia dan memperoleh hasil dalam waktu kurang dari 2 jam.

Sama ada anda seorang penyelidik yang baharu mahupun pakar, Vase dapat membantu anda membuat keputusan berdasarkan data yang lebih baik, cepat, dan lebih tepat.

Sila Hubungi:
Jay Nair,
Content Marketing Manager
012-5838230 / jay.nair@vase.ai

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge