HILVERSUM, NETHERLANDS - FEBRUARY 06, 2014: Social media are trending and both business as consumer are using it for information sharing and networking.

Adakah anda salah seorang daripada usahawan yang abaikan penggunaan internet dalam aktiviti pemasaran anda ? (sumber gambar)

Data daripada bancian yang ditaja oleh Google tahun lalu (2014) memungkinkan bahawa anda boleh jadi telah abaikan internet untuk kerja pemasaran.

Majoriti besar usahawan di Malaysia terlepas pandang terhadap penggunaan internet sebagai medium penting pemasaran.

85.7% usahawan abai internet dalam aktiviti pemasaran

Menurut data, terdapat lebih kurang 700 ribu syarikat perniagaan kecil dan sederhana kecil di Malaysia. Dari jumlah tersebut, jumlah syarikat yang mempunyai website hanyalah sekitar 100 ribu sahaja !.

Mengejutkan bukan !

Hanya 14.3% daripada syarikat SME yang ada website !. Mana lagi 85.7% syarikat SME ?

Jika sesebuah syarikat SME tidak ada website, peluang untuk mereka melakukan aktiviti jualan dan pemasaran dengan menggunakan internet adalah terbantut.

Ada website tapi tak guna untuk pemasaran

Jumlah mereka yang abai internet sebagai salah satu medium aktiviti pemasaran mungkin jauh lebih besar.

Sesebuah syarikat yang ada website, bukan bermakna mereka menggunakan website tersebut secara optimum untuk memasarkan perniagaan yang dijalankan.

Biasanya, usahawan yang rajin lebih kerja kuat ini lebih suka kekalkan tradisi untuk mengamalkan apa yang mereka tahu saja.

Website yang mereka ada mungkin hanya terhasil setelah dipujuk oleh kawan atau kenalan yang tahu pasal internet dan pandai buat website.

Kebetulah pula mereka ada duit sikit, maka mudahlah upah kawan untuk buat website. Bila website siap, kawan belah, dan website jadi macam meteor hanyut di angkasa maya, tak ada siapa peduli.

Ramai usahawan yang tidak peka untuk memandaikan diri mereka dengan ilmu-ilmu baru bagi meningkatkan hasil perniagaan yang mereka jalankan.

Nota: Salah satu cara menggunakan internet dalam aktiviti pemasaran adalah dengan penggunaan Facebook. Jika berminat nak tahu macam mana orang buat duit dari FB, boleh mendalami ilmunya dengan membeli buku berkaitan dunia Facebook

Macam yang saya sering katakan sebelum ini. Dalam bab membaca pun majoriti daripada kita sudah kantoi !.

Macam-macam alasan yang diberikan untuk melegakan rasa hati mereka supaya kekal berada di tahap yang lama. Dari mana nak dapat ilmu baru jika malas membaca ?

Tambahan pula jika usahawan itu jenis kerja kuat siang malan buat terperap dalam dunia perniagaannya, tak sempat tambah kenalan. Siapa yang akan bantu berikan maklumat atau berikan idea atau ilmu baru ?

Malaysia negara no 1 dunia baca internet dengan telefon pintar

Mungkin anda yang membaca blog ini memang afir internet dan tidak abai internet dalam aktiviti pemasaran.

Anda aktif Facebook. Anda juga ada website dan boleh menjual menggunakan website tersebut dan oran boleh membeli dengan internet.

Tapi adakah anda tahu samada website anda telah dioptimumkan dari segi mobile internet?. Maksud saya adakah website anda mobile friendly ?

Ini satu pertanyaan penting sebab negara kita merupakan negara nombor satu dunia yang peratusan rakyatnya masuk internet dengan menggunakan telefon pintar.

Rakyat kita jauh mengatasi semua negara lain dunai termasuk negara maju samada amerika !.

35% daripada rakyat negara kita bergantung pada telefon pintar untuk masuk internet. Mereka tak pakai komputer atau tak ada laptop untuk melayari internet.

Itu merupakan satu jumlah pasaran yang amat besar. Jika diabaikan, peluang melepas adalah terlalu tinggi.

Tahukah anda bahawa 41% pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar untuk cari maklumat berkenaan barangan yang nak mereka beli ?

Peratusan itu amat tinggi berbanding negara lain. Misalnya di Jerman, hanya 20% daripada rakyatnya cari maklumat dengan telefon pintar. Di UK pula hanya 21% daripada rakyatnya guna telefon pintar untuk mendapatkan maklumat pembelian.

Saya tidak mengajar apa-apa ilmu baru dalam artikel ini berkenaan cara menggunakan internet untuk aktiviti pemasaran.

Apa yang saya berikan hanyalah data untuk anda fikirkan bahawa jika nak jadi usahawan sekarang ini, jangan abaikan internet dalam aktiviti pemasaran anda.

Peringatan ini juga adalah untuk diri saya sendiri.

Insyaallah saya juga tak akan masuk dalam kategori orang yang abai internet dalam aktiviti pemasaran. Moga ada kekuatan untuk melaksanakannya.

Sekadar maklumat tambahan untuk anda semua. Pembelian dengan menggunakan telefon pintar oleh rakyat Malaysia pergi paling banyak kepada turutan berikut di bawah:

  1. Pembelian  tiket kapal terbang
  2. Pembelian penginapan hotel
  3. Peralatan dan pakaian
  4. Tiket wayang
  5. Insuran

Jika anda seorang usahawan online, itu maklumat penting. Dan saya yakin ramai orang yang masih makan gaji di luar sana dalam masa yang sama menjalankan perniagaan secara online.

Biasanya mereka inilah yag amat celik dan tak abai internet dalam aktiviti pemasaran mereka. Lagipun, majikan tak sedar mereka curi masa untuk buat aktiviti perniagaan mereka dari internet, betul tak ?

Buatlah apapun asalkan ianya halal. Asalkan majikan tak halang aktiviti tersebut dan amanah yang majikan berikan anda tunaikan, buat sajalah.

Tapi jika anda berani keluar dan berniaga secara fulltime, sayab yakin anda akan lebih cepat maju dan mampu tinggalkan usahawan lain yang dah lama berniaga dek keupayaan anda yang tak abai internet dalam pemasaran.

Tapi kalau gagal ! jangan salahkan saya pula. Saya hanya menghasut watak keusahawanan yang ada dalam diri anda itu saja.

Total
29
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Sebut pasal internet marketing. Sebelum anda cuba buat bisnes online, seeloknya buat kajian sedikit sebanyak persaingan dlm dunia perniagaan anda dialam maya. Jangan sekadar orang ada, anda pun perlu ada. Orang lain dapat impak positif, anda dapat impak negatif. Sekian.

  2. Kebanyakkan website/blog yang saya layari masih belum tukar kepada mobile friendly.

    So make sure, jika anda ada blog/website pastikan ia mobile friendly.

    “Pengunjung pun suka, anda pun bahagia 🙂 ”

    P/S : blog hidupringkas.com ini memang mobile friendly. hehe
    Adzrif Sidek recently posted…Bangkit Selepas Jatuh TersungkurMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge