penjual insuran benci blog hidupringkasTahukah anda bahawa blog hidup ringkas ini tidak disukai oleh penjual insuran yang pernah masuk ke sini?

Kalau anda nak tahu kenapa orang penjual insuran benci bog ini, boleh pergi ke artikel kat sini. Di dalam artikel itu saya ada tulis pasal bagaimana orang boleh kaya dengan jual insuran.

Agak panjang lebar saya terangkan bagaimana membeli insuran untuk melindungi diri anda secara logik akalnya adalah satu perkara yang amat pelik. Tapi walaupun secara logiknya ia sesuatu yang agak pelik, masih tetap ramai juga orang yang termakan dengan teknik menjual yang para penjual insuran gunakan.

Perkataan ‘kalau’ berlaku sesuatu, membuatkan kita mula risau dan terus fokus pada kemungkinan jika akan berlaku sesuatu yang tak baik ang dimaksudkan itu.

Lalu, jika ada duit lebih sedikit, kita terpaksa beli juga untuk memadamkan perasaan risau yang berjaya dicetuskan oleh penjual insuran tadi.

Berapa ramai buat tuntutan insuran

Ini satu persoalan yang saya memang tak ada jawapan.

Bila saya buat pencarian, ada banyak penerangan dalam banyak sumber. Tapi kesemuanya adalah dari sumber negara barat dan tidak ada dari negara Malaysia. Atau mungkin saya tak jumpa.

Saya baca banyak artikel dan malangnya terma-terma yang mereka pakai membuat saya rasa sangatlah bodoh.

Untuk tidak terus merasa diri bodoh, maka saya buat keputusan untuk relaks dahulu dan minta pakar insuran terangkan nanti jika ada yang sudi.

Saya tak pasti jika ada pelajar doktorat yang ada membuat kajian tuntutan insuran di negara Malaysia untuk tesisnya atau tidak. Adakah kajian telah dibuat berkenaan statistik tuntutan insuran berdasarkan jenis atau produk yang ada di pasaran.

Kalau ada sudah tentu amat menarik dan perlu didedahkan kepada umum untuk membuat pilihan samada nak beli atau tidak dan kalau nak beli, insuran jenis apa.

Bila tak ada data, maka saya hanya buat kajian rambang yang tdak boleh dijadikan sumber akademik. Saya lihat diri saya sendiri dan bertanyakan kawan-kawan sekeliling, berapa kali mereka buat tuntutan insuran yang mereka telah beli.

Dan keputusannya memang sebagaimana yang saya jangkakan. Jauh lebih tinggi tak buat tuntutan berbanding mereka yang buat tuntutan. Tengok contoh insuran kereta sudahlah. Berapa ramai yang buat tuntutan, dan berapa ramai pulak yang tidak.

Dalam data statistik insuran, yang saya lihat antara paling tinggi orang buat tuntutan adalah di dalam insuran perjalanan atau travel insurance. Data menunjukkan seramai seorang daripada 6 orang akan buat tuntutan selepas mengembara atau selepas pulang dari perjalanan.

Ini menandakan aktiviti kembara punya risiko yang agak tinggi. Tapi itu data kat negara barat dan sekali lagi, saya tak ada data dari negara kita sendiri.

Duit lesap bila tak mampu bayar

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pembeli insuran adalah bila mereka beli perlindungan dan kemudiannya setelah 3 atau 4 tahun dah tak mampu nak sara sebab kena buang kerja atau ada masalah lain.

Dalam kes sedemikian kalau anda tak bayar dalam tempoh tertentu, insuran akan terbatal dan anda sudah tidak ada perlindungan lagi. Ada produk insuran yang kita boleh tuntut balik wang baki yang masih ada, kalau anda ambil produk sedemikian, oklah, walaupun jumlahnya sudah tentu tidak sebaik jika anda masukkan ke dalam Amanah Saham tapi adalah juga.

Tapi ada juga yang tak paham dan ajen pulak buat-buat pekak dan buat tak tahu. Maka habis semuanya lesap dan insuran jadi milik penuh semua jumlah ansuran yang telah dibuat selama ini.

Sekali lagi saya tak ada data pasal maklumat itu. Iaitu berapa peratus pembayar insuran yang terhenti dan akhirnya perlindungan tamat dan mereka hanya dapat kenangan pilu sahaja.

Bukan nak kata insuran penipu

Walau apapun, jika anda tak berapa faham apa yang saya nak cuba terangkan kat artikel yang saya berikan pautannya kat atas tadi, sekarang saya nak cakap dengan lebih terang.

Saya cerita semua itu bukan nak kata Hoi! jangan beli insuran atau Takaful atau apa-apa saja yang seumpama dengannya!

Saya hanya nak terangkan bahawa secara logiknya adalah susah nak yakinkan orang untuk terima bahawa dia kena beli insuran. Tetapi dengan teknik jualan yang betul, orang akan tetap beli juga.

Dan teknik itu adalah;

“Tekankan dan tonjolkan kebaikan utama produk dan simpan bawah tikar segala perkara lain”

Itulah yang saya nak kata.

Saya nak berikan idea pada pembaca yang kebanyakannya usahawan bagaimana nak belajar dari penjual insuran untuk menjual prduk masing-masing.

Bukannya nak cari gaduh dengan penjual insuran yang ramai juga masuk kat dalam artikel itu serang dan hentam saya tak cerdik, tak study dan sebagainya yang rendah-rendah lagi.

Bila saya tawarkan untuk buat artikel dan berikan penerangan jelas pasal insuran untuk saya siarkan kat blog ini, tak sambut le pulak. Saja nak lepas marah dan bukannya nak ambil kesempatan betulkan keadaan.

Kalau buat artikel, selitkan sekali promosi dan alamat perhubungan atau nombor telefon untuk jual insuran yang dijual tu pada prospek. Tapi tak ada seorangpun yang mahu ambil kesempatan. Malah yang herdik saya tak cerdik dan pandai buat spekulasipun tak sambut peluang tu.

Jadi selepas ini, saya harap penjual insuran jangan na marah-marah lagi ya !

Selamat jual insuran pada jurujual insuran semua !

Total
46
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. Saya suka topik takaful berbanding insuran..

    Dalam takaful ada satu konsep yang samgat murni iaitu saling menjamin risiko atau musibah..

    Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka duit dana takaful para peserta akan disumbangkan kepada peserta yang ditimpa musibah.

    Jika tiada tuntutan kerana tiada musibah maka duit peserta boleh dikembalikan setelah tempoh matang..

    Jika peserta rasa nak berhenti pun duit mereka di kembalikan dengan prosedure yang betul..

    Tiada istilah rugi kerana takaful adalah instrumen kewangan untuk bantu mereka mengurus wang dengan bijak..

    Insuran saya tak tahu la pulak..
    mrhanafi recently posted…Hijrah Diri : Usaha Sehabis BaikMy Profile

  2. Terbaik Tuan.. ada betulnya apa yang Tuan kongsikan.
    Saya sendiri sebagai agen biasa sebelum ini dapati banyak misselling dari kawan-kawan agen. Kadang-kadang bukan nak “tolong” client sangat pun, lebih kepada mengejar sales target dan intensif syarikat seperti gadget dan melancong. Yang fokus nak kejar MDRT pun ada… itu belum termasuk yang “rembat” duit client lagi. Sebab tu BNM mempelkenalkan beberapa syarat baru dalam memastikan industri insuran dan takaful di negara kita ni berkembang baik. Boleh lihat di link ini >> http://www.bnm.gov.my/guidelines/02_insurance_takaful/03_prudential_stds/nt_life%20framework.pdf
    Selepas ini Insya Allah, industri takaful / insuran akan bertambah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge