tumblr_ndyvsuGOtz1tubinno1_1280Adakah anda merupakan salah seorang pembaca blog ini yang dah jalankan perniagaan?

Tak kisah samada perniagaan anda itu kecil atau besar, baru atau lama, produk atau servis, di bandar atau di kampung, untuk lelaki atau perempuan, tua atau muda, full-time atau part-time atau apa-apa saja…

Kalau jawapannya adalah “YA!”, ada satu lagi soalan penting untuk anda…

Adakah anda masih lagi buat aktiviti pemasaran cara lama dan tidak buat pemasaran guna Facebook?

Atau anda lebih teruk lagi seperti mana ramai para usahawan lain yang langsung tidak aktif buat aktiviti pemasaran.

Untuk makluman, ramai usahawan hanya sekadar mengharapkan bantuan cadangan daripada rakan dan kenalan untuk membawa pelanggan bertemu dengan perniagaan anda.

Dan lucu jugak jadinya apabila usahawan sebegitu cekak pinggang sambil mengeluh kenapa perniagaan mereka tidak menjana jualan yang tinggi !.

Buat pemasaran guna Facebook

Sebelum saya nak jelaskan kenapa anda perlu buat pemasaran guna Facebook, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa aktiviti pemasaran adalah wajib dilakukan berterusan sepanjang masa selagi anda masih ingin meneruskan perniagaan.

Tak kisah samada anda nak pilih buat pemasaran cara konvensional atau tradisional atau apa lagi nol, jangan berhenti buat aktiviti pemasaran.

Ingat! aktiviti pemasaran berfungsi untuk membuka sekatan yang memisahkan antara perniagaan yang anda jalankan dengan bakal pelanggan anda.

Tanpa adanya aktiviti pemasaran, tak ada sesiapa yang akan sedar akan kewujudan anda ! Lebih berkesan aktiviti pemasaran yang dipilih, lebih besar jumlah prospek yang sedar kehadiran perniagaan anda.

Apakah antara aktiviti pemasaran di zaman ini yang amat berbaloi dengan kos yang amat rendah, malah hampir kosong?

Jawapannya adalah dengan menggunakan Facebook. Itu merupakan salah satu dari alasan utama kenapa anda perlu buat pemasaran guna Facebook.

Pemasaran guna facebook percuma

Sebagai orang yang jalankan perniagaan, kos ideal adalah percuma. Buat pemasaran guna Facebook ada ciri-ciri ini. Oleh itu kalau anda tak reti macam mana nak buat pemasaran guna Facebook, jangan tangguh untuk cari ilmu untuk memahami dan melakukannya.

Ramai yang berniaga sedar kewujudan Facebook ini, tapi tak sedar ia boleh digunakan secara optimum untuk memasarkan perniagaan mereka.

Antara alasan adalah, tidak tahu macam mana nak buat pemasaran guna Facebook. Untuk membantu anda yang menggunakan alasan tersebut, saya boleh syorkan anda dapatkan panduan Bagaimana nak buat pemasaran guna Facebook di dengan cari buku kat pautan ini.

Pemasaran guna facebook lebih fokus

Satu lagi kelebihan buat pemasaran guna facebook adalah sifat boleh pilih sasaran yang anda mahukan. Anda boleh pilih demografik yang bersesuaian dengan produk atau servis yang ditawarkan dan terus fokus hanya pada sasaran tersebut.

Pemasaran guna Facebook dengan izin

Pernahkan anda tengah makan, tengah suap nasi masuk dalam mulut tiba-tiba disergah oleh jurujual direct selling yang menjual berbagai barangan?.

Apa perasaan anda bila bertemu dengan keadaan sebegitu?

Kalau anda jenis panas baran, anda akan secara spontan mengecilkan hati jurujual tersebut. Anda akan sergah kembali pada jurujual itu sebab hampir membuatkan ada mati tercekik!. (exagerate sikit sebab nak tunjuk betapa marahnya anda).

Nak bagi tahu kat sini bahawa jenis main sergah orang tak tentu kalu untuk jual barang yang belum tentu pelanggan perlu atau mahu itu adalah jenis pemasaran tanpa izin.

Semua orang tak suka dengan sikap jurujual yang tak reti hormat hak kedamaian orang lain dari diganggu.

Tapi, jika anda buat pemasaran dengan Facebook, anda akan lebih terarah untuk buat pemasaran dengan izin. Anda pilih hanya orang yang berkemungkinan memerlukan produk atau servis anda.

Anda akan hanya bercerita kepada mereka yang sudi mendengar. Ini lebih bersopan dan tidak menyakitkan jiwa orang lain.

Pemasaran guna facebook mengelakkan lagha

Ramai orang jadikan facebook untuk lepas geram. Mereka curahkan rasa panas dalam jiwa dengan update entah apa-apa.

Ada juga yang guna facebook untuk sebar fitnah yang tak tentu hujung pangkal.

Ada juga yang guna facebook untuk pamerkan kehebatan yang dibesar-besarkan.

Ada yang guna facebook nak kelabukan mata orang supaya anggap mereka sempurna, dan bila orang percaya habis semua terkena.

Tetapi jika anda fokus buat pemasaran guna facebook, anda akan elakkan diri daripada leka dan lagha. Ia memberikan kebaikan pada perniagaan dan meningkatkan produktiviti perlakuan anda.

Belajar buat pemasaran guna Facebook segera

Kalau anda sedar betapa moleknya kemudahan Facebook yang percuma itu digunakan untuk aktiviti pemasaran, maka jangan tunggu lagi. Belilah panduan buat pemasaran guna Facebook yang saya syorkan ini. Klik di sini untuk cari buku.

Total
22
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge