instagram baik dari facebookDalam zaman serba internet, serba online, serba pintar ini, mungkin tak berlebihan jika saya katakan,

“Kalau nak berniaga tapi tak mahu belajar bagaimana nak menggunakan media sosial dan internet untuk perniagaan anda, lebih baik tak payah berniaga ! “

Internet merupakan satu fenomena yang tidak pernah dialami oleh generasi manusia sebelum zaman kita ini.

Dunia berubah sama sekali hasil daripada ledakan teknologi internet.

Ditambah pula dengan teknologi telefon pintar, segalanya ternyata jauh berbeza berbanding zaman tok nenek kita dahulu.

Jumlah manusia yang menjadi terkenal di dunia sekarang semakin bertambah. Mungkin orang yang terkenal itu tidak pernah datang ke sesebuah negara tertentu, tapi dek teknologi internet dan telefon pintar, penduduk negara tersebut masih tetap mengenalinya.

Saya menyedari tentang perkara ini setelah membaca buku tulisan Seth Godin tentang ‘Tribe’.

Dari buku tersebut saya dapat bayangkan anda dan juga saya boleh membina sebuah negara cyber dan menjadi raja di dalam negara tersebut, tanpa perlu hubungan fizikal atau bertemu mata.

Capaian perhubungan antara manusia menjadi terlalu pantas dan rapat walaupun berjauhan beribu batu.

Malah, akibat daripada mudahnya perhubungan sebegitu, kenalan atau orang yang ada di tepi kita diabaikan dek leka melayan orang yang jauh di alam cyber.

Ok ! panjang pula mukadimah tentang tajuk penggunaan Instagram dan Facebook ni !.

Apapun, mesej yang nak saya berikan adalah betapa penggunaan media sosial dan internet adalah satu kemestian kalau usahawan nak pergi lebih jauh dengan mudah dan pantas.

Sedikit maklumat tentang Facebook

Fenomena media sosial benar-benar mengubah budaya hidup rakyat Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 30 juta orang.

Dari jumlah penduduk seramai itu, jumlah rakyat Malaysia yang aktif menggunakan Facebook adalah seramai 10.4 juta orang !.

Facebook merupakan media sosial paling aktif digunakan oleh rakyat negara kita.

Dari jumlah 10.4 juta pengguna Facebook tadi, 33.6% daripadanya adalah dari kalangan pengguna berumur antara 18 ke 24 tahun. Itu satu jumlah yang amat tinggi untuk satu demografik umur.

Dari keseluruhan pengguna Facebook negara kita itu, 67% daripadanya adalah penggunan tegar yang akan sentiasa masuk dan menggunakan Facebook secara harian !.

AirAsia yang tak asing lagi dalam industri penerbangan negara kita benar-benar melihat Facebook ini satu peluang. Tidak hairanlah di kalangan entiti perniagaan, Air Asia masuk dalam senarai antara paling tinggi mempunyai pengikut iaitu seramai 2.9 juta orang.

McDonald juga tak ketinggalan menggunakan Facebook di negara kita. Jumlah pengikutnya adalah seramai 2.2 juta orang.

Dan dari segi jenama di negara kita yang benar-benar hidup dan cepat bertindak balas melalui Facebook adalah seperti berikut:

  1. Maxis
  2. Maybank
  3. CIMB Malaysia
  4. Zalora
  5. Hotlink

Boleh dikatakan entiti perniagaan yang berjaya menghadirkan diri mereka dalam dunia Facebook tentu mempunyai kumpulan pekerja yang berdedikasi untuk menjayakannya.

Bagaimana dengan perniagaan anda ?

Kenapa perlu juga guna Instagram

Kalau jumlah pengguna Facebook adalah seramai 10.4 juta orang di Malaysia, jumlah pengguna Instagram pula adalah seramai 5.5 juta orang. Hampir separuh kurang dari Facebook.

Tapi itu bukan satu ukuran untuk anda melebihkan Facebook dan melupakan instagram dalam aktiviti pemasaran perniagaan anda.

Instagram mempunyai kelebihannya yang tersendiri terutamanya dari segi kemesraan pengguna menjalinkan perhubungan secara online.

Tahukah anda bahawa melalui kajian yang dilakukan oleh Forrester Research, pengguna Instagram adalah 58 kali lebih cenderung untuk samada ‘like’ atau berikan komen terhadap jenama atau posting yang dibuat, berbanding pengguna Facebook !.

Bukan sekali dan bukan dua kali ganda, tapi lebih 58 kali ganda lebih cenderung berikan respon pada posting yang anda buat !!!.

Sebab itu saya katakan bahawa anda perlu mula memikirkan penggunaan Instagram selain daripada Facebook dalam sebarang promosi dan penjenamaan perniagaan yang sedang anda buat sekarang.

Ianya boleh difahami dengan mudah sebab Instagram menggunakan keberkesanan gambar dalam komunikasinya. Dan manusia memang lebih tertarik dengan gambar.

Lagipun Instagram adalah mudah dan amat ringkas untuk difahami dan digunakan. Sebab itu perlu mula belajar macam mana nak guna Instagram degan betul untuk perniagaan anda sekarang.

Saya dah guna Instagram ke ?

Saya masih bertatih-tatih lagi dan sedang mencari maklumat untuk meyakinkan diri bahawa Instagram merupakan satu kemestian untuk pemasaran dan penjenamaan.

Sebab itu saya kongsikan semua maklumat yang saya dah kaji kat sini untuk anda kat luar sana yang malas nak buat kajian.

Dan hasilnya, itulah yang saya dapat. Memang perlulah nampaknya kita semua mula beralih arah menggunakan Instagram pula.

Apapun kita perlu belajar dan menguasai bagaimana menggunakannya dengan betul dan berkesan. Boleh cuba lihat mereka yang dah berjaya dengan menggunakan Instagram ini dan cuba fahami dan tiru mereka.

Kalau nak tahu kesemua itu, paling penting anda perlu daftarkan diri dan buka akaun terlebih dahulu. Kemudian boleh cuba cari orang lain yang ada ramai pengikut dan menggunakan dengan aktif dalam memasarkan perniagaan mereka.

Sedikit tips untuk Instagram

Apa yang saya boleh faham terhadap penggunaan media sosial ini adalah berkenaan teknik penggunaan pengaruh individu dalam sebarang aktiviti mendapatkan pengaruh.

Sama juga macam pemasaran kat luar sana secara tradisi, penggunaan orang yang memang dah ada pengaruh amat berkesan untuk manrik kepercayaan orang terutama para pengikut orang yang berpengaruh itu.

Mungkin sebab itu ramai orang yang menggunakan Fizo Omar dalam bab pemasaran menggunakan Instagram. Sebab Fizo Omar dah ada ramai pengikut di Instagram dan dia amat aktif di situ.

Apa saja yang dia buat posting dalam Instagramnya, akan ada beribu-ribu orang yang akan like. Fizo Omar ada seramai 858 ribu orang di Instagram.

Satu lagi yang hebat yang saya sedang follow dan cuba faham adalah pengguna yang bernama Nelydiasenrose. Pengikutnya adalah seramai 1.3 juta orang dan setiap kali dia buat posting antara 10 ribu ke 20 ribu orang akan like !

Itu satu fenomena yang saya masih cuba fahami. Tapi yang saya tahu dia memang amat cun, itu sudah pasti satu kelebihan dan satu daya tarikan yang amat berkesan.

Bayangkan anda bawa dia pergi restoran kepunyaan anda dan belanja dia makan percuma dan kemudiannya suruh dia selfie dan post kat Instagram. Berikan juga hashtag nama restoran anda kat posting tu, tentu kedai anda akan meletup.

Banyak lagi nak kena belajar nampaknya…

Selamat belajar dan selamat mencuba !

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Assalamualaikum..

    Dah mula guna instagram..betul juga kata cikgu Bihi kita..Facebook dah terlalu padat dan tepu..
    banyak nak kena belajar dengan instagram ni..paling tidak tanya mem..dia dah berkurun guna instagram..
    satu idea yang menarik..boleh panggil Fizo n Nelydia senrose untuk viralkan iklan kita..tunggu dia orang balik kampung nanti..terbaik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge