Morning-Coffee-On-Outside-Cafe-Table-With-Plant-MenuAda soalan daripada pembaca yang nak tahu macam mana saya buat pemasaran syarikat pest control yang mula-mula saya ceburi satu masa dulu.

Buat ayat “satu masa dulu”, macamlah lama sangat!, sebenarnya tak lama sangat, saya terjun buat pest control pada tahun 2003.

Sebelum itu saya makan gaji di sebuah syarikat antarabangsa DHL. Asalnya syarikat tempat saya kerja itu bernama Danzas Logistics, juga syarikat logistik antarabangsa yang besar kepunyaan Deutsche Post dari negara Jerman.

Menarik untuk saya ceritakan sedikit berkenaan Deutsche Post ini. Untuk makluman, asalnya syarikat itu hanyalah sekadar sebuah pejabat pos kepunyaan kerajaan Jerman.

Sekarangnya, Deutsche Post merupakan sebuah syarikat raksaksa dalam industri penghantaran barang terbesar di dunia dengan jumlah pekerja menghampiri setengah juta orang di lebih dari 220 buah negara.

Bayangkan bagaimana hanya sekadar post office, berevolusi sedemikian rupa. Kenapa tak berlaku pada pejabat pos negara kita? itu satu soalan yang boleh kita cuba fikirkan.

Kembali pada kerja makan gaji saya di syarikat Danzas dulu, tak lama saya kerja dengan Danzas, syarikat itu bergabung pula dengan DHL, dan di situlah saya mengenal erti kerjaya sebagai seorang salesman.

Bagaimana salesman buat pemasaran

Ingat lagi hari pertama saya masuk kerja di syarikat itu sebagai seorang salesman. Saya diperkenalkan pada semua pekerja bahagian sales oleh boss, yang juga merupakan seorang berbangsa Cina dan seorang wanita yang cantik (tapi dah kahwin).

Dalam ramai-ramai itu, dia perkenalkan saya pada seorang perempuan berbangsa Cina. Kebetulan tempat perempuan itu tak jauh daripada saya. Dan paling menarik adalah dia seorang yang cun dan mengancam jiwa seorang lelaki muda macam saya.

Pakaiannya seksi, cakapnya lembut dan manja sekali. Tubuh badannya ramping tinggi dan biasalah, semua orang Cina kulitnya putih gebu.

Secara semula jadi, dia menjadi antara tempat rujukan pertama saya untuk tahu macam mana nak buat sales.

Hari pertama saya dengan muka selamba, terus duduk di depan mejanya dan bertanya tentang sales. Saya minta dia kongsikan pengalamannya untuk membawa balik hasil kepada syarikat.

Selepas soalan itu ditanya, dia pandang saya dengan serius, lalu berkata…

” You bayangkan keadaan ini.”, katanya

“You pergi jumpa pegawai dari sebuah syarikat yang menguruskan hal-ehwal logistik di situ, apakah you ingat hanya you satu orang saja yang dah pergi jumpa dengannya?”, tanya perempuan cantik itu pada saya dengan serius.

Saya hanya mendiamkan diri, cuba meneka ke mana nak dia bawa saya dengan soalan tersebut. Terus terang saya tak ada langsung apa-apa idea.

Kemudiannya dia sambung lagi setelah melihat saya hanya diam terkebil-kebil menatap mukanya…

“Sebelum you pergi jumpa pegawai tersebut, dah ada 10 salesman yang pergi berjumpa dengannya. Dan setelah you balik, akan ada lagi mungkin 10 salesman pergi jumpa lagi…”, jelasnya pada saya.

“You tahu tak?”, dia lanjutkan dengan pertanyaan.

“Semua yang berjumpa dengan pegawai itu menawarkan perkara yang sama, dengan harga yang lebih kurang sama, atau mungkin lebih bagus daripada yang you tawarkan..”, sambungnya lagi.

Dia renung mata saya. Saya renung matanya. Saya dah tak nampak kecantikan lagi pada perempuan di depan saya itu.

Apa yang saya nampak adalah satu cabaran baru yang berat. Perempuan itu membuka minda kerisauan saya dengan soalan berat itu. Saya terus diam.

“Sekarang you jawab sama saya, kenapa pegawai itu perlu ambil you punya tawaran…?” itu soalan cepumas yang dia habiskan untuk saya jawab.

Serius! saya tak tahu apa nak jawab. Saya hanya anguk-angukkan kepala, bangun pandang lantai dan terus beredar pergi ke tempat saya semula.

Rasa macam nak berpeluh pun ada, rasa takut pun ada. Saya jenuh berfikir tentang soalan akhir yang perempuan Cina yang comel itu tanyakan pada saya tadi.

” Kenapa pegawai itu nak ambil tawaran saya kalau semua orang tawarkan perkara yang sama, dengan harga lebih kurang sama, atau mungkin lebih rendah…”.

Saya mesti berusaha jawab soalan ini. Kalau tidak saya akan ditunjukkan pintu keluar dari syarikat tempat kerja saya dengan pantas. Pergi cari kerja lain! awak ak layak jadi salesman di sini!!!.

Cara buat pemasaran mudah

Sepanjang hari saya memikirkan soalan itu. Balik rumah saya masih berfikir. Dalam kereta, dalam bilik mandi, dalam lif sedang makan atau ketika nak tidur.

Akhirnya saya rumuskan hanya satu jawapan. Pegawai itu, jika lelaki, dia akan pilih saya jika saya wanita seksi yang manja dan menggoda. Malangnya saya bukan wanita. Sebab itu perempuan yang menakutkan saya tadi berpakaian seksi dan menggoda.

Jika perempuan, mungkin dia akan pilih saya jika saya layan dia dengan baik. Lebih mudah jika perempuan itu belum berkahwin.

Semuanya membawa kepada satu rumusan sahaja. Orang akan pilih saya jika orang itu selesa dan kenal dengan saya. Mereka akan pilih saya jika mereka percaya pada saya.

Maka saya rumuskan bahawa sebelum nak jual apa-apa produk, kita mestilah:

  1. Berkawan terlebih dahulu. Lupakan sales dan berlaku jujurlah untuk berkenalan dan berkawan.
  2. Bina kepercayaan terlebih dahulu. Lupakan sales dan binalah kepercayaan. Jangan tergopoh-gapah nak jual sampai orang meluat.
  3. Sabar dan ambil masa. Ramai orang tergesa-gesa nak paksa orang beli produk atau servisnya. Majoriti orang tak suka macam itu. Proses membina kepercayaan mesti ambil masa dan mesti natural dan bukan paksaan.
  4. Samada orang beli atau tidak, itu urusan Tuhan. Kita sekadar berusaha memberitahu kawan apa yang kita buat dan apa yang kita tawarkan. Jika dia berminat, dia tanya lebih lanjut. Kalau tidak ceritalah benda lain macam anda bercerita dengan kawan rapat ketika minum kopi di kedai.

Dengan formula tersebut di atas, maka saya meletakkan sasaran untuk membina kawan seramai mungkin. Sudah tentu mereka yang berkemungkinan memerlukan produk atau khidmat saya.

Tapi menjual bukanlah matlamat utama saya. Saya disiplinkan diri dengan formula tersebut dan hanya akan berikan penerangan lanjut jika mereka bertanya nak tahu lebih lanjut.

Bermula dari situ, setiap kali saya buat appointment, saya akan tekankan bahawa saya mahu berkenalan dan berkawan. Saya tak sebut pasal nak jual langsung. Dan saya buat apa yang saya katakan.

Namun begitu, saya berjaya buat sales dengan mudah dengan hampir semua orang yang saya jumpa. Mereka mengambil tawaran saya secara sukarela.

Ada juga yang tak ambil. Saya tak kisah dan terus berkawan dan berjumpa setiap kali ada kesempatan. Biasanya, lambat laun mereka akan ambil khidmat saya juga apabila memerlukannya.

Begitulah lebih kurang cara saya buat pemasaran.

Bagi saya pemasaran adalah proses mengumumkan kewujudan anda dan apa yang anda buat.

Adalah lebih mudah menjual pada orang yang anda kenal dan percaya pada anda daripada menjual pada mereka yang langsung tak kenal. Oleh itu, bina kenalan kawan, rapatkan hubungan dan bina kepercayaan.

Yang lain akan berlaku secara tidak anda sedari.

Moga cerita ini berikan anda satu idea bagaimana nak buat pemasaran cara saya. Ianya amat berkesan untuk perniagaan yang memerlukan anda sendiri keluar berjumpa dengan orang.

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. Sambil mencari-cari maklumat tentang perniagaan, terjumpa blog Tuan. Meskipun saya belum mula berniaga, moga saya dapat mencontohi usaha Tuan kelak insha’allah. Kalau boleh bertanya, saya merancang untuk melakukan bisnes sewa. Pada pandangan Tuan, kalau saya melakukan promosi seperti di atas, mulakan dengan berkawan ramai orang, adakah berkesan? Saya tidak pernah menjual jadi cabaran untuk jadi salesman/promoter agak tinggi buat saya.
    Adib Safwan recently posted…Parallel Chart: A Reflective EssayMy Profile

  2. Tk tuan Subhi sesungghnye perkongsian ilmu & pengalamn berniaga ini merupkn ilmu yg cukup bernilai yg x leh jumpe pun di sek mahupun d univ, atas keikhlasannye mudh2an Tuan trus dberikn kekuatn n rezki yg murah & barokah. Amin

    1. Terima kasih mendoakan saya. Amat saya hargai dan moga Allah berikan yang jauh lebih baik dan bernilai buat Malik pula… Insyaallah !

  3. Terima kasih respon. Mudah- mudahan saya dapat terapkan ilmu yang tuan kongsikan ini. Semoga tuan berjaya dunia akhirat hendaknya.

    1. Sama-sama, soalan tuan menarik untuk dikongsikan. Malah membantu berikan idea nak tulis apa pada saya. Terima kasih doakan saya dan moga Allah berikan yang jauh lebih baik untuk bakal jurujual.. insyaallah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge